Wednesday, June 15, 2022

Telatah Fahri


Semalam balik ke rumah, aku dan Faz masuk ke rumah tapi hanya bagi salam perlahan. Kebisaannya kami ucapkan salam kuat kuat. Kerana masing masing dah terlalu letih, jadi ucapan salam tu hanya meniti di bibir perlahan. 


Aku terus masuk ke bilik dan tiba tiba Fahri datang "ibu , ibu tak cakap assalamualaikum pun tadi"


Aku pun tersenyum sendiri. Anak kecil ini begitu peka sekali hehe alhamdulillah. Terus aku memandang wajahnya dan berkata "oh yeke abang, abang tak dengar ibu bagi salam tadi ke? Okay ibu cakap lagi sekali ye- Assalamualaikum wa a'la ibadillahissolehin" sambil Fahri turut sama mengucapkan salam bersamaku. 


"Okay ibu , dah"

Terus dia keluar🤣


Tak sempat nak ucap terima kasih sebab ingatkan ibu dia ni😂


. . .

Gambar waktu bawa Fahri ke playground. So happy dia menikmati dunia kanak-kanak❤️


Dah 2 malam Fahri terbangun dan menangis. Tapi aku kentalkan hati juga tidurkan dia kat katil dia. Kalau ikut rasa nak marah, rasaaaa sangat. Tapi mujurlah tak marah marah.


Fahri sedang tumbuh dewasa. Punya banyak emosi untuk berbagi. Sedang berusaha menyelesaikan kemelut perasaan dan emosi nya. Dia anak kecil yang sedang belajar tentang hidup. 


Moga tumbuh membesar menjadi anak yang taat akan perintah Allah , anak yang soleh, yang sentiasa berbuat baik kepada ibu abi dan adik adik.


Terima kasih abang Fahri, sentiasa membahagiakan dan jiwanya penuh dengan cinta❤️

Friday, May 13, 2022

two weeks paused

 

im coming here again to rant on my life issue.


lately,

aku gagal mengawal kemarahan.

gagal mendidik diri untuk sabar, hinggakan Fadz sendiri come to me and ask "ayang ok tak?kenapa sekarang selalu arah marah?"


i cried.

aku tak tahu whats happening inside my head. 

aku rasa sangat pressure lately.

Fahri semakin tumbuh membesar dan sangat aktif. Alhamdulillah for the blessing ya Allah.

kadang aku lost control when he played hard on his brother. He punch he kick and all aku jadi marah. Dan lagi lagi bila dia lost himself sepahkan satu rumah oh wow aku terus rasa nak mengamuk.


padahal sebelum ni, Fahri memang pun selalu sepahkan toys and all, selalu main kasar dengan Furqan. Tapi aku takde pun mengamuk atau marah atau menjerit macam orang gila. Paling paling aku cubit dia.

why la aku ni?

dah tak sayang anak ke Syahira?

kenapa macam tu?

aku asyik fikir solusi mengawal diri, aku cuba pelbagai cara this past weeks. Aku cuba tonedown tapi lepastu naik hantu balik apebende entah dalam kepala aku.

kesian Fahri Furqan dapat ibu macam aku T.T

ya Allah in this time please heal my heart ya Allah.

jadikan aku Syahira yang sabar.

jadikan aku Syahira yang tenang.

aku nak mendidik anak dengan cinta, dengan kasih sayang, dengan taqwa.

bukan dengan kekasaran apatah lagi dengan herdikan.

hilangkanlah baran dalam hati aku Ya Allah.

moga nanti,

aku tergolong dalam kalangan orang orang yang sabar.

kelak para malaikat menyambut ku di pintu Syurga Mu dengan kalimah "salamun alaikum bima sobartum" amin ya Rabb.

Syurga untuk Syahira.

Syurga untuk Syahira yang sabar .


sayang selalu,

fahri dan furqan

:')

Friday, February 25, 2022

Lelah yang dicintai Tuhan


Ya Allah.

Jadikanlah pandanganku pandangan yang sering memandang kebaikan. Walau dalam apa keadaan sekalipun. Jadikanlah hatiku hati yang sering mencari dan mengharap redhaMu semata ya Allah.


...


Hari ini, hari yang agak meletihkan. Berkejaran pulang dari kursus nun jauh di surau kuarters. Kursus ibadah untuk pesakit. Dalam renyai hujan meredah lopak hujan. Habis kotor stokin ku. Alhamdulillah. Diberi nikmat merasa tanah dan titis hujan ciptaan Al-Khaliq.


Usai penat berkejaran, masuk ke bilik prosidur terus mulakan kerja. Tenaga hampir habis, entah kelelahan atau apa. Tapi kepala terasa berat sekali. Tapi kerja harus dihabiskan dulu. Kerja kan ibadah. Bila dilakukan kerana Allah, inshaAllah, redhaNya semata yang aku mahu. 


Usai pesakit keluar dari dewan bedah, dapatlah sekejap duduk dan melakukan EBM. Dapatlah hari ini Allah rezekikan 7oz untuk Muhammad Furqan. Battery pam susu dah nak habis pulak. Semalam tak charge. Tak banyak sangat. Tapi inshaAllah sentiasa cukup untuk ulama' kecil ibu. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah izin.


Usai segala, jam 5pm baru pesakit terakhir berlalu diambil staff wad. Barulah dapat berkejaran untuk solat asar pula. Alhamdulillah. Allah beri nikmat merasa solat tanpa perlu berkira waktu waktu yang berjalan kerana hari ini balik kerja jam 5.30pm. Jadi masih punya banyak waktu sebelum thumbprint.


Sudah letak di kepala, menu hari ini adalah telur dadar dan sup sayur untuk si anak bujang dan panaskan saja daging masakan semalam yang masih berbaki separuh yang aku bekukan untuk aku dan Fadz. Sayang pula mahu buang. 


Tapi Fadz cakap, harini tak perlu masak. Dia order sahaja. Apalagi, tersengih terus. Wooohoo tak perlu berkejaran dengan anak anak di dapur.


Penat sebenarnya. Tapi bila fikir masak itu pun ibadah, dapatlah merawat penat yang menggasak minda dan emosi tu. Jadi bila Fadz cakap tak payah masak, nikmatnya rasa. Alhamdulillah. Boleh fokus kan masa  untuk anak anak soleh ibu. Tapi kepala hari ini tak begitu memberi kerjasama. Berdenyut denyut.


Sampai sahaja ke taska melihat air muka dua anak soleh ibu tu, begitu seronok melompat lompat mereka melihat ibu abi. Alhamdulillah, Allah izin punya nikmat merasa punya anak dan berkasih sayang. Allahu. Banyaknya nikmat yang Allah izin aku rasa. 


Jiwa hari ini terasa penat. Kelelahan sendiri. Lalu aku cuba menaip di ruangan ini, mencatit segala yang terjadi dan memandang nikmat yang Allah beri. Agar bertambah syukur aku kepada Al-Kabir,Ar-Rizq. 


Apalagi yang aku mahu gapai dalam hidup yang serba singkat ini melainkan cuma redha Nya ?


Mengapa begitu mudah merasa kecewa walhal telah dihampar segala yang indah di hadapan mata.


Bukankah lelah mencari rezeki itu adalah lelah yang Allah cinta?


Bukankah lelah mengurus rumahtangga itu adalah lelah yang Allah kasih?


Bukankah lelah menyantuni anak kecil itu adalah ibadah yang Allah redha?


Lalu syahira, mengapa menangis? Mengapa masih tiada rasa untuk bersyukur?


Moga Allah selalu bukakan mataku dan hatiku untuk melihat dari sudut yang lebih membahagiakan. Jangan hanya cuma memandang lelah itu sebagai beban yang memberat lalu menyakitkan kepala dan melelahkan spiritual sendiri. 


Rabbi Yassir, wa la Tu'assir. Rabbi Tammim bilkheir🤍


Syahira.

0109H

Jumaat terakhir Rejab 1443H

Masih hingusan dalam menjadi al muttaqin.

Tuesday, December 28, 2021

Terus tenang

 0342H


Aku tahu semua ini akan mematangkan aku. Semua yang terhampar kini akan menjadi asbab yang bakal dihitung di akhirat nanti.


Sabar syahira.

Sabar.

Orang sabar Allah sayang.


Teruskan saja berbuat baik. Dan hamparkan ia ke hamparan lautan.

Andai ikan tidak terlihatkannya, Allah pasti mengetahuinya.


Terus saja senyum di sebalik air mata. 

Terus saja senyum di sebalik ujian.

Tuesday, November 30, 2021

Furqan turning one year old

 Alhamdulillah.


Actually dah lama sangat nak tulis. Tapi selalu waktu tak mengizinkan. Bak kata Fadz, kitorang berdua ni kena ambil diploma pengurusan masa🥲 sebab teruk sangat pengurusan masa dua dua. Kelaut dalam. 


Alhamdulillah anak ibu abi Muhammad Furqan dah satu tahun dah! Hehe membesar sihat tubuh badan, cerdas akal selalu ye anak ibu abi, adik abang Fahri ni❤️



Nak mengimbau sikit memori melahirkan anak soleh ni🌸

Walaupun pelbagai ujian yang Allah kirim saat melahirkan kamu ke dunia, Alhamdulillah ibu dah redha dan dah maafkan semua orang.

Furqan lahir 30 November 2020, jam 2320H, di Hospital Ampang (Wad 4D bed 16) Dengan berat 3.19kg dan tinggi 48cm.

Sehari sebelum, aku dan Fadz sakan berjalan ke Aeon big wangsa maju, pusing satu Aeon beli barang dapur, almaklumlah waktu tu baru lepas habis MCO. Selalunya Fadz je pergi beli barang sendiri. Jadi haritu aku teringin nak ikut sebab dah lama sangat tak keluar. Fahri tinggalkan kejap dekat rumah tokmanya. 

Balik dari jalan jalan tu okay je takde apa. Kalau ikutkan due date 9/12/2020 sama birthday dengan abang dia. Tapi perancangan Allah lagi indah. 

30hb tu pergi kerja seperti biasa. Walaupun dah sarat sangat tapi tetap aktif je macam biasa. Pagi tu ada turun darah sikit. Waktu tu dah takut eh nak bersalin dah ke, dah start rasa seram sejuk. Waktu Fahri warded awal, induce. Jadi takde pengalaman turun darah ke apa. 

Call Fadzlen cakap dah turun darah sikit. Nak kena pegi WCH. So pergi la sana dalam pukul 12 lebih macam tu. Sampai sana macam biasa doctor check bukaan baru 3cm. Wuu dah seram sejuk bila doctor cakap dah kena warded. 

Tunggu tunggu lagi, sempat solat zohor, solat asar semua. Pukul 5 lebih pakar datang review dia cakap alamat rumah dekat je. Tak payahla warded. Nanti air ketuban dah pecah atau memang dah tak tahan sakit sangat baru datang. 

Pulanglah aku ke rumah dengan jiwa yang tersakiti. Sebab tunggu punya lama tapi dia discharge so nanti nak beranak betul betul baru kena beratur balik tunggu kat situ😂

Fadz dah macam nak marah. Tapi yelah tiada daya dan kekuatan melainkan cuma dari Allah. 🤍

Malam tu maghrib fadz belikan nasi dia suruh makan dulu. Waktu tu dah terlalu sakit. Menangis tahan sakit sebab nak isyak dulu baru pergi hospital. Fahri waktu tu usia dia 2 tahun, hehe kecik sangat lagi alahai terbayang keletah dia yang comel asyik nak mintak ibu dukung waktu tu. Bila abi dia cakap ibu sakit, dia tanya ibu sakit kat mana😂

MashaAllah🌸

Usai solat isyak berjemaah, laju fadz angkat semua barang, dukung Fahri nak hantar ke rumah tokmanya. Jadi kebetulan, terus pergi ke Hospital Ampang dah dekat dengan rumah tokma.

Sampai je Hospital Ampang, terus ke PAC. Staff sangat baik kat situ. Nampak kita tengah tahan sakit, dia terus bawa masuk dan baring kat dalam tak perlu tunggu kat luar. Check bukaan jalan dah 6cm. Siap siap untuk tolak ke labour room. 

Bila masuk ke labour room, dari pukul 9 lebih sampai 1120 malam baru bersalin. Hakikatnya sakit yang maha dasyat sampaikan waktu tu duk fikir ya Allah tolong lah ya Allah sakit sangat ni ya Allah😭

Lepas je bersalin, bermulalah episod yang sangat trauma untuk seorang syahira.

Bermula dengan PPK perempuan yang tiba tiba nak marah marah suruh aku turun dari katil sendiri dan berpindah ke katil di LUAR bilik tu sendiri tauuu, bayangkan baru lepas bersalin dengan darah yang banyak,dengan sakit tak hilang lagi dengan penat bersalin, disuruh turun dari katil OT yang tinggi tu cepat cepat. Waktu dia suruh aku cakap elok lagi, "sekejap ye " lepastu dia tinggikan lagi suara suruh aku cepat. Aku nak bangun duduk pun sakit. Cukup 3 kali dia tinggikan suara aku pandang dia aku cakap "awak tak nampak ke saya tengah cuba untuk bangun ni? Awak boleh sabar tak?!" Aku jeling pandang dia lepastu baru dia macam datang dekat tanya "eh sorry sorry, okay tak ni" takut la tu aku buat complain. Dalam hati waktu tu Allah je tahu. Nak turun dari katil dan berjalan terus. Sakitnya waktu tu Allah je tahu. 

Lepastu dekat luar bilik, nurse datang bawakan Muhammad Furqan anak soleh ibu abi yang kedua. Alahai merah mukanya lena ye tidur.

Nurse panggil abinya untuk azankan. Waktu ni kelakar sikit. Abinya azankan kat telinga kanan. Hehe kalut punya pasal. Lepastu baru abi dia sedar dan betulkan azan lagi sekali dan iqamah kan. Mujur sempat capai handphone dan tangkap gambar. Masa Fahri handphone tak bawa sebab waktu tu husband boleh masuk sekali. Jadi takde memori waktu tu. 


Lepastu nurse tolak ke wad 4D. Katil 16.
Waktu tu satu hari je duduk wad tapi rasa macam ya Allah lamanyaaaa nak balik🥲

Mintak segelas air dan biskut dgn nurse. Sebab terlalu lapar dan haus. Botol air tertinggal dalam kereta. Lupa nak bawa sekali sebab dah kalut. Fadz pun lupa. Dia ada call tanya nak apa apa tak tapi waktu tu dah jam 2 ke 3 pagi, mesti dia penat nak uruskan uri lagi nak balik uruskan Fahri lagi. Jadi aku cakap takde nak apa apa. Hakikatnya waktu tu tersangat lah haus. Bila minta dengan nurse dia cakap sekarang takde serve diet. Tunggu esok pagi😭
Sedih. Hahahaha. Menangis waktu tu tak tahu la kenapa sedih sangat. Tekak dah rasa macam berdarah sebab terlalu haus. Lepas dah berehat sekejap, susukan Furqan. Kuatkan diri bangun dari katil dan ke toilet untuk bersihkan diri. Waktu tu aku curi curi minum air paip. Sebab dah terlalu haus. Sedih kalau ingat balik. Moga Allah ampunkan dosa dosa aku. Ada la tu hikmah kan. Peringatan dan pengajaran untuk aku. 

Doctor lansung takde datang jenguk satu malam tu. Esok pagi pukul 7 lebih baru kalut kalut datang. Dahla line clotted air lansung tak jalan. Pagi tu nurse cakap alamak sepatutnya air ni dah habis puan. Nanti specialist marah ni kalau nampak air lansung tak turun. Aku dah bagitau staff malam tu yang drip tak jalan, dan sakit. Tapi dia cakap nanti dia flush okay. Tapi still tak jalan ingatkan dia datang balik rupanya sampai pagi tak datang dah. 

Esoknya nurse shift pagi mintak izin nak buang je drip tu sebab takut pakar marah katanya. Aku aahkan je lah. Malas nak layan fikir nak balik je waktu tu. 

Waktu pakar buat round, boleh pulak doctor yang present tu cakap 27years old female vietnam🥶

Aku yang dengar ni rasa macam nak jerit apooooooooo sejak bila aku jadi vietnam oi memang la muka selebet tapi melampau korang history taking tak ambik main belasah je suka hati. 

Tapi dia kena marah dengan pakar dia la time tu. Kesian la jugak. Pakar dia cakap " what? Vietnam? Did u see the patient last night? "

Dia jawab Yes i did. Whattttt lagi sekali rasa nak jerit apoooooo bila masa korang datang. Satu malam aku tak tidur tahan haus tahan sakit no one come and ask. 

Eee cubit pipi dia. 

Longs story short, anak ibu Muhammad Furqan dan berak kencing jadi boleh discharge. Pukul 8 pagi aku dah ready dah nak balik tapi nurse cakap pukul 12 jugak ni baru siap discharge note. Lambat.

Tapi tunggu la jugak dengan jiwa dan tak sabar nak keluar dari situ. Balik je tu jumpa Fadz, masuk kereta terus aku menangis bagai tiada hari esok dah🤣

Alhamdulillah. Hari ni dah setahun peristiwa tu berlalu. Aku dah maafkan semua orang, dan moga Allah ampunkan aku juga. 

Dalam hidup, tiada perkara yang lebih beerti melainkan apabila Allah redha akan kita, dan rahmati kehidupan kita.

Apalah guna hidup punya segala tapi di akhirat rugi semua. Moga Allah jadikan anak anak aku, anak anak yang soleh musleh muttaqin❤️

Selamat ulangtahun kelahiran Muhammad Furqan bin Mohamad Fadzlen.

🌸Bukti yang Terpuji🌸


Sekian coretan dari ibu Fahri Furqan. 
Yang masih belajar erti hidup. 
Yang masih sedang berusaha membina cinta setiap waktu🤍


Sayang selalu anak anak ibu🥰