Monday, December 30, 2013

tentang Hati



saya tidak pantas mengeksploitasi hati sendiri.
maka saya sudah terlalu tahu,
bahwa saya hipokrit!

tapi sungguh, saya cuma mahu berubah.
agar mati saya sempat berbekal taqwa. .

apabila saya membisikkan kata untuk bermujahadah melawan kehendak nafsu, 
saya bersungguh. Benar, mahu bersungguh demi Tuhan !

fahamilah walah sendu yang bertakung di hati ini.
fahamilah dengan mata hati yang paling dasar !

saya tidak betah menebas seluruh rasa dengan sekali ayunan mata parang,
saya cuma terdaya menarik sedikit demi sedikit. . .

saya tidak mahu rasa ini berterusan .
saya tidak mahu ada debunga halus yang mampir,
bimbang ia kembali berbunga.
fahamilah,.

kata- kata yang mungkin hanya ibarat gossip liar si senah ,
walau kelihatan seperti gurauan seorang teman cuma,
tetap mengundang sejalur rasa yang mula memekar!.
saya tidak mahu. .

saya tidak rela,
ingin saja saya bangun meninggalkan gelanggang haruman si bawang,
agar hati terjaga. 
tapi langkah kaki ini seolah longlai,
beku dengan situasi.

kalian yang Allah sayang,
mengertilah.
saya tidak mahu berterusan dihinggapi penyakit wahn.
saya tidak mahu berterusan menggigit senyuman palsu.
saya tidak mahu dikaitkan dengan mana mana kumbang.
cukuplah hidup saya cuma sekadar mekar di taman milikNya,
yang terjaga demi Tuhan.
saya tidak mahu rasa itu ada . 
cukuplah ia menjadi ubat pahit yang menyembuhkan.

saya sudah penat bermujahadah.
saya sudah terlalu sakit untuk tersungkur rebah lagi. .
fahamilah..
kata ini tidak mampu saya lafazkan menjadi bait tutur kata di hadapan makhluk Tuhan persis kalian. .
kerana saya terlalu naif untuk menjadi peguam kepada hati.

walau saya cuma membalas dengan senyuman,
walau sesekali saya menjadi sangat annoying,
saya cuma mahu kamu tahu,
bahwa saya sedang cuba menyekat angin perasaan dari mengulit hati yang serba kurang.
saya tidak tahu bagaimana mahu meneutralkan rasa apabila dia di hadapan mata
fahamilah. .


mahukah awak menjadi batu penghalang saya dengan Tuhan ?
mahukah awak meletakkan diri awak sebagai asbab kejatuhan saya?
mahukah awak melihat saya memilih dia berbanding Dia ?

dan sungguh!
saya tidak mahu.
kerana itu saya memilih ini.
maafkan saya kerana terlalu pathetic.



Sunday, December 22, 2013

RM10

masuk kali ni, dah 3 kali kena peras ugut di negeri yang sama .

baru nak masuk kereta, tibatiba ada budak kecik 3 orang datang tarik tudung. Apa entah masalahnya, aku pusing lipat maut. Tudung aku bukan kain kat Kamdar yang kau beli 1meter 8 hinggit nak main tarik tarik. 

dahla tudung tu panjang, lagi seronok kau main tarik tarik. kena geget jugak nanti.

" kak! nak 2 ringgit! " yang paling tinggi di antara 3 orang tu bersuara.
" saya pun nak 2 ringgit! " yang paling kecik bersuara.
" saya pun nak jugak kak! " yang sedangsedang tinggi bersuara laju.

" akak tak kenal adik, pergi mintak duit dengan mak ayah eh " aku balas senyum. kaki cuba melangkah, tapi tiba tiba sekali lagi tudung aku direntap dari belakang kuat.

dalam banyak banyak benda, tudung aku jugak yang kau nak main! Aku paling pantang orang rosakkan tudung aku yang dah terletak elok atas kepala. Tu namanya cari pasal -.-

aku pusing lagi sekali, cuba menahan amarah yang dah mula naik satu level.

dan tiba - tiba..

eh, ramai pulak ni dah kenapa.. hati dah rasa tak sedap, tawar semacam.

" adik, bagi duit kat anak saya sekarang." seorang lelaki dalam linkungan awal 40-an , bermisai tebal, memberi arahan.

" tapi pkcik ni sape? " 

"saya ayah budak budak ni, ni mak dia. " balas pkcik tu sambil tangannya menunjuk pada seorang wanita yang bermakeup tebal, dengan eye-shadow pink terserlah di kelopak mata.

" kenapa saya pulak kena bagi duit kat anak pkcik, saya tak kenal pkcik . "

" sebab aku takde duitlah aku suruh kau bagi. ." jawab pkcik tu kasar.

" aku pun nak jugak. kau bagi je berapa kau ada" akak yang dari tadi memandang aku sinis bersuara.

dalam hati aku terdetik . Ni dah kes peras ugut ni!
budak budak kecik tu masih lagi steady tarik handbag aku. 
aku dah mula mengira langkah. Kereta dah dekat ni. kalau pkcik dengan mkcik ni takde alat yang bahaya,aku lari sempat ni.

aku buka dompet aku, hailaa. . takkanlah nak bagi semua..aku berkira-kira. Duit kedai pun ada dengan aku. Mahu nya kaya orangorang ni kalau aku bagi-.-

lalu, aku keluarkan sekeping not RM10. dan aku serah kat budak yang paling bongsu, sambil cakap, 
"nah dik, 100 "

sebaik sahaja aku habis cakap, kaki aku melangkah cepat. Masuk kereta, dan lock!
pkcik tu cuba mengejar anak dia. yelah, aku kasik '100' tadii..

cepat cepat aku reverse, dan mula keluar dari parking lot tu.

boleh kata sepanjang perjalanan nak balik rumah, 3 kali aku kena hon. Berangan time bawak kereta macam tu lah jadinya. orang dah Hijau, aku static lagi tak bergerak. patotlah pun kena hon bertubi tubi!

terengganu, kau makin bahaya sekarang -.-

balik rumah, aku cerita kat mak abah. Kalau ikut hati, nak simpan sensorang ja. Tapi memandangkan masa aku kalut reverse time nak keluar dari parking lot tu, aku tak perasan ada tiang, jadinya wassalam lah bumper kereta tu. 

mak pesan, lepas ni kalau kena lagi macam tu, jeritlah mintak tolong . Dah kena 3 kali pun takut lagi..
abah cakap, nanti apply kerja mintak sini ja (terengganu). Duk depan mata pun dah jadi macam ni, kalau jauh macane entah. 

i know, both of them worried too much. Nasiblah tak kena acu pisau ke acu pistol lagi. . 
aku kena belajar jadi berani. Pisau lipat memang aku dah bawak pergi mana-mana, tapi macam takde function bila tuan pisau tu terlampau takut-.-

so, from now on. jangan keluar sensorang lagi nak pergi mana- mana.

dan moral daripada cerita ni, sebab tu lah Allah sentiasa ingatkan golongan hawa, sentiasa bersama Mahram walaupun cuma nak ke kedai si eton tu ha kat sebelah. pulak lagi, dalam surrounding sekarang ni, orang sanggup buat apa saja demi nak duit. siang- siang hari pun orang dah tak peduli. Asal ada ruang dan kesempatan, mereka takkan fikir dua kali. 


titik.

Sunday, December 15, 2013

noktah bidayah : si buta

 bismillah.
in letting go, the answers lies in Love. Fall in Love. Yes, fall in Love. Fall in Love with something GREATER, Fall in Love with the REAL THING. See the MANSION. Only then, we will stop playing the dollhouse - Reclaim your heart, Yasmin Mogahed-

sakitnya hati dengan diri sendiri.
mengapa terlalu mudah melupakan Tuhan.

sakitnya jiwa dengan hati sendiri,
mengapa terlalu angkuh mencari dunia.

aku paling ingin orang menegurku di waktu silapku.
mengingatkanku tentang Tuhan,

aku paling ingin berhenti dari diuji dengan lelaki,
agar aku tidak tersangkut dengan penyakit hati.

aku paling mahu ada yang membangunkan aku untuk tahajud,
agar aku tidak terlepas menikmati saat indah bersama Dia

aku sangat ingin tiada lagi orang yang akan membicarakan kepadaku tentang gosip.
kerana aku sudah letih berhibur.
aku sudah terlalu banyak bergurau.
aku sudah terlalu fasih tertawa.
sedang aku tahu, 
Dia tidak redha.

aku paling mahu sahabat yang susah senang bersama,
yang paling tahu rasa hati saat aku sedih dan tawa.

ya,
sedih dan tawa.
aku meletakkan sedih di hadapan tawa,
kerana aku lebih banyak sedih dari tawa.
sungguh!
aku tidak peduli dengan air mata,
aku tidak hairan dengan kesedihan.
tapi,
aku cuma cemburu.
cemburu bila membaca kalam insan lain.

namun tetap, syukur aku panjatkan pada Dia.


aku tidak punya banyak kisah indah yang mampu aku gores untuk menginsafkan orang lain,
aku juga bukan orang hebat yang mampu melontar bicara gah,

aku bukan insan yang suci tiada dosa,
namun kerana kasih Tuhan,
Dia sedikitpun tidak menyingkap aib hambaNya.
betapa aku berhutang berjuta ,bahkan bertrillion budi denganNya. 

aku cuma seorang bakal medical-assistant, Nothing to be proud of. Takda apa yang orang akan pandang.

mindset aku selalu membuatkan aku rebah.
aku malu hendak berusrah dengan sahabat Shamsian yang lain sometimes,
atas alasan, aku cuma biasabiasa, dan PEMBANTU doctor cuma.
aku tak pernah merasa syukur dengan keindahan nikmat yang Dia anugerahkan.
hingga pernah satu saat, aku memohon pada Tuhan, agar bila aku terjaga dari lena, ini semua hanyalah mimpi ngeri yang aku takkan pernah lalui.

tapi, pagi esoknya.
aku masih perlu bangkit, 
menyarung kembali uniform hitamputih.

pernah terdetik dalam hati aku 
" jangan masuk sini, you might suffered. A lot " 

and, as time goes by, 
it's been two years since i last saying goodbye .
goodbye without leaving.
i miss them, Hardly.

and ,
i owe Him, a big time.


aku paling Iri dengan student Law.
aku paling - sangat Cemburu dengan peguam hebat,
aku paling sakit hati , bila tahu orang QUIT Law untuk masuk kos aku.

sungguh,
kerjaya aku selalu membuatkan aku jauh dengan jalan dakwah dan tarbiyyah
aku lemah bila berhadapan dengan mad'u yang lagi hebat, yang lagi ampuh darjatnya pada pandangan manusia.
bila di hadapan skuad satu-kolej,
aku berani menebar bunga-bunga agama,
kisah cinta Tuhan.
tapi hakikatnya,
aku cuma ibarat seekor tikus yang sedang cuba mencuri menggigit bucu sekeping roti .
penuh dengan rasa hina. takut. risau. gelisah.

aku tahu, walau seteruk manapun aku rasa, tetap ini semua takdir.
aku paling mahu berkongsi rasa ini dengan sesiapa.
sesiapa yang apabila aku membuka kisah ini, dia memahami dengan hati, bukan cuma dengan baris nasihat yang boleh aku dapat di google atau mana-mana buku motivasi. aku sudah lupa bagaimana rasanya difahami, bila kata-kata kadang tersekat dek situasi. aku tidak betah! berselindung dengan senyuman, bersembunyi di sebalik gurauan dan hingar tawa. Aku benci dengan diri aku yang terlalu hipokrit!

aku ingin sekali menghentikan masa,
memutar kembali saat aku kenal dakwah dan tarbiyyah.

menjadi syahira- si pengawas skema.
tegas dengan prinsip.
berani demi kebenaran.
sanggup jadi sentri semta-mata demi mencegah maksiat.
sanggup mencuri masa demi memenuhi tuntutan iman.
walau panas terik mentari pijar, aku tempuh demi usrah.
walau hingga ke lewat malam, aku bersengkang demi agama
hujung minggu aku terisi dengan ilmu.
malamku indah dengan taman-taman syurga.
bila terleka, ada surat cinta yang menegur dengan penuh kasih-sayang.

aku berubah  .
dan kerana itu jugalah,
aku yakin!
kali ini aku juga mampu berubah lagi
menjadi Al-Fateh memang bukan mudah,
tapi juga tidak payah!
Allah ada.
Allah ada.
Allah ada.

aku selalu jarang melihat janji Allah.
yang terlintas dalam hati aku cuma keluhan demi keluhan
sedang dalam aku tidak sedar, keluhan itu ibarat menghempap aku kembali, hingga kadang aku terjatuh,
aku tidak lagi mampu bangkit. Aku mencipta angan dalam atmosfera aku sendiri. Aku mengharap bulan akan jatuh dalam dakapan. Padahal aku sudah begitu tahu, bulan itu andai jatuh dalam dakapan aku, maka gelap lah dunia tika malam muncul. Dan aku sendiri akan ketakutan.

aku selalu berharap agar bila aku bersedih, akan ada tangan lain yang menyapu air mata. Padahal aku sudah begitu jelas, aku punya tangan sendiri untuk mengambil sehelai saputangan dari poket rahsiaku dan tangan itu masih berfungsi untuk diangkat dan mengelap butir jernih yang jatuh. Lalu, apakah lagi aku tidak bersyukur?

kerana aku terlalu leka mendengar dongeng si cinderella, yang dilamar sang putera raja , lalu disarungkan dengan sepasang sepatu kaca, kemudian endingnya akan berakhir dengan frasa " .. and they live happily ever after ", padahal aku sudah begitu terawa bila melihat seekor tikus menjadi pemandu, sebiji labu menjadi kereta kuda, dan kemudiannya aku masih berimaginasi menjadi si cinderella. Betapa aku lupa untuk berpijak di bumi nyata.

ahh! sudahlah dengan cerita khayalan aku. Nasib aku tidak akan berubah, andai aku sendiri tidak berusaha mengubahnya , Allah once said in the Quran. Jadi wahai diri, kenapa masih tidak mahu berganjak dari litar ini? Sampai bila harus aku tunggu dengan kata  "on your mark" ?, sedang yang lain telah pun memulakan larian mereka? Bunyi tembakan di udara itu bukan mimpi lagi, tapi realiti. Dan perlumbaan telah lama bermula, tinggal aku sahaja yang masih kaku di sudut ini.


ku tenung bunga dan ku dapati harapan. Mereka berkembang dari sebiji benih, lalu mekar indah, walau ditiup angin kencang, tetap dia teguh di dahannya. dan hanya cuma luruh apabila tiba waktunya. Bukankah pada setiap penciptaanNya punya rahsia?

harini,
tulisan ini menjadi bukti,
bahawa aku ingin menyerahkan hidup dan matiku,
hanya pada Dia.

dakwah dan tarbiyyah. 
aku datang lagi, memenuhi janjiku pada Agama.
aku tidak mahu lagi tersenyum bukan dalam keredhaanNya.

" wahai lelaki di pentas dunia, jangan kau hampiri aku. Aku masih rapuh , aku belum kebal. Jangan singgah di dahan rapuh milik aku, kerana dahan ini belum cukup aku alasi dengan taqwa. Aku mohon, Jangan mendekat dengan aku! 
one-meter radius no less,
and it's enough " 



Friday, December 13, 2013

wahai Rabbul 'izzah



selalunya, 
bila kita dah terlalu terbiasa dengan sesuatu,
kita akan terasa lain bila sesuatu tu berubah.

tak kira la apa benda pon,
siang jadi malam,
spring jadi winter,
and etc~

sebab tu kita kena sentiasa ingatkan diri,
selesa dan bahagia, 
semua hanya hadir dengan izin Dia.
tampal syukur pada dahi setiap kali Dia hadiahkan bahagia.

tapi,
sebenarnya saya hipokrit.
saya cakap itu ini,
saya nasihat macam macam,
saya asyik tweet tweet yang baik baik,
tapi, berapa banyak ja yang saya betul amal?

saya kira,
hati ini ada double layer.
satu lapisan di luar,
taat mengikut arahan.
tapi satu lagi lapisan di dalam,
selalu berubah ubah.
sekejap dia kuat,
sekejap dia rebah.

saya cuba bagi arahan tegas.
jangan gantung harapan pada manusia,
tapi kemudiannya,
dia buat lagi.

sungguh,
dia meresahkan saya.

Allah,
saya kira ,
Engkau tahu betapa jasad ini mencuba membahagiakan iman yang tipis ini,
ahh,
saya tidak peduli,
walau manusia lain bilang saya gila,
juga saya tidak hairan.

kerana yang saya tahu,
Kamu ada untuk saya cinta.
Kamu ada untuk saya menagih kasih.

Allah,
saya sedar,
titik titik hitam yang mula bermaharaja di hati ini,
dalam setiap saat mula menghakis nama Mu ,

tapi ya Allah,
saya sedang berusaha.
berusaha mengejar bayangan kasih sayang Mu.

walau saya tahu,
manusia mula memandang enteng,
tapi saya tidak mahu ambil pusing.
kerana kini,
saya nekad mahu Kamu tahu,
yang saya sedang berusaha membahagiakan Agama Mu.

Tuhan,
aku mohon ,
sebarkanlah nama hina ini dalam kalangan penghuni langitMu,
kerana aku butuh doa mereka !

amat-paling-sangat

kata ini , tanda Iman.
walau mereka cuba mengeksploitasi keyakinanku.
tetap Engkau yang aku cuba tanam di dasar qalbu yang paling dasar!

Engkau yang bersifat Wujud, 
yang tidak punya fizikal yang mampu aku gambarkan, 
izinkan aku lelah dalam dakapan cintaMu,
walau cuma dengan lakaran sepi di sudut ini,
dengarlah aku.

wahai Tuhan pemilik langit dan bumi, serta seisiNya.

credits

wahai makhluk Tuhan bernama lelaki, jangan hinggap lagi di dahanku. kerna sayap aku masih rapuh untuk terbang tinggi.  Jangan singgah lagi di sudut hati milik aku, kerana sudut ini bukan jalan pintas untuk kau terbang mendekat dengan Tuhan. Aku tidak mengeluh dengan kisah semalam, kerana kisah itu aku belajar mengerti cinta Tuhan. 

Thursday, December 12, 2013

menentang hingga mati




perempuan,

menjadinya bukan pilihan,
menjadinya adalah ketentuan.


perempuan.

menggalasnya bukan mudah,
bukan sekadar indahnya paras,
atau kelembutan kata,
tapi tanggungjawab yang maha berat,
kerna kejadiannya menjadi fitnah.


fitnah.

buat sang lelaki.


aku tiada pilihan.

mahu menjadi perempuan yang dimuliakan,
atau menjadi perempuan yang terhina.


aku tiada pilihan,

selain menjadi perempuan yang menentang,
menentang hingga mati.


kerana arus ini,

lazimnya yang aneh dipandang hina,
yang asing dipandang sebelah mata.


tapi aku tidak peduli,

atas ketentuan menjadi perempuan,
aku takkan jatuh lagi.
menentang hingga mati,
menentang walau sesudah mati!




wahai hati,
kuatlah.

wahai nafsu,
binasalah!

wahai iman,
peliharalah.

wahai diri,
thabatlah!



Tuesday, December 10, 2013

things.

those time.


when you tried to spill something to someone, and they just said.

"you should know it shouldn't be done at the first place "

awal awal dah kena pangkah.

yes, i know , but common lah guys , kita manusia, .aren't we? 
yang salah betulkanlah, jangan pangkah dulu, .

i feel like killing em, not literally though. but macam tulah rasa nya sekarang --"

sedih lah ceni, hm hm. 


when people talk to you about things you don't have , or you' ll never have , or you just lost. without even considering your feelings, it hurts inside. d a m n m u c h .









Sunday, December 08, 2013

dream like

sebab hari esok tak pernah menjanjikan apa - apa.
maka, jangan sampai bermimpi .

takut nanti tidak terbangun.








Monday, November 18, 2013

sudut sepi

rindu.


ku labuhkan sauh di pantai rindu..
cubaku pancing seluruh lautan,
namun yang ku temu hanya kecewa yang maha sakit.

lalu aku kembali belayar,
lalu terlihat sebuah kepulauan sedamai saujana hati.,
sekali lagi aku cuba melabuhkan sauh,
terdampar cuma di pinggiran.
aku tidak betah lagi..
aku tetap dengan bisik kalbuku,
lalu kembali aku turunkan layar,
dan erat aku berlabuh di muara itu..

aku ingin menetap di sini,
aku ingin menjadi penghuni sepi di sudut ini,
aku ingin melakar irama di petak kosong ini..
aku tahu,
pantai rindu ini MilikNya,
pinggiran sepi ini jua kepunyaanNya,
aku tahu,
aku tidak punya daya,
tapi aku punya usaha.
doa itu ajaib!
tawakkal itu mujarab!

moga satu hari, rindu ini benar pada yang empunya hak.Demi Dia yang mencipta rindu,titiskan sang hujan,agar rindu ini basah dengan mengingatiMu.,hembuskan sang angin, agar rindu ini kan mententeramkan jiwa yang gundah..

sudut hati itu, moga milik si pelayar sepi.

Saturday, October 12, 2013

anis= teman setia

1st October 2013 / F-1-152 /1646



Dah lama rasa tu dipendam sorang diri.
Dah lama sangat.
Mungkin sehari dua nanti jadilah pekasam.
Dan bila dibubuh sikit garam, 
Ditambah sikit cabai burung,
Terus boleh buat sambal.

Nak sangat cakap “maaf “
Tapi payahnya mashaAllah.
Nak sangat pegi sebelah and bercerita itu ini,
Tapi ego tu, tingginya melangit.
Nak sangat ajak dia keluar hang out macam semalam.
Tapi malu tu tak terhitung oleh hati.

Makin kita rapat dengan seseorang,
Makin banyak kekurangan mereka yang kita temu,
Maka, makin bertambah fasa fade up kita,
and makin berkurang level iman dan sabar kita.

Ada dua cara ;
Satu.
Tinggalkan dia, lepaskan dia terbang ke mana mana tanpa perlu kita sekat naluri dia.
Biar dia mencari mereka  yang lebih sebati dengan firasat hatinya.
Dua.
Terus dengan dia, terima dia seadanya dia, 
terima segala kekurangan dia sebagai penambah kepada kelebihan kita, 
mungkin apa yang dia kurang adalah lebih pada kita, dan apa yang kita kurang pulak , mungkin lebih pada dia.
Semuanya depends on hati kita.
terima dia seadanya dia.
Dan sama sama baiki silap masing masing.

So syahira, which one kau nak pilih? (:
inshaAllah, 
saya pilih DUA.
sebab saya yakin,
Sayang saya masih untuk awak.
Kasih saya masih pada awak.
Kita sahabat, bukan untuk sehari dua.
Bukan untuk setahun dua tahun,
Tapi kita sahabat,
Dari toiletmate dunia hingga jiran di Firdausi (:

One fine day,
Dia jiran saya di Syurga, amin Ya Allah.

Dia anis saya, anis yang sangat setia.
Yang menerima kurangnya saya dengan redha.
Yang menerima sikap negative saya dengan sabar.
Kerana dia seorang anis ,
Maka seorang syahira  yang ini juga mesti belajar menjadi seorang teman yang setia.
Dan inshaAllah,

Untuk mereka yang  mencari zaujah solehah, yang reti memasak, yang pandai menjaga diri,
Dia juga adalah calon yang sangatlah tepat.
 So jika interested,
 sila PM Allah Yang Esa untuk further comfirmation :D!

Dear outsiders,
Nak mencari seorang “anis”, jangan hitung kelebihan yang ada pada dia. Kerana perlahan lahan kelebihan itu akan pudar makin kita kenal dia.
Berusaha  untuk cari seorang “anis” yang  bilamana kita duduk sebelah dia, kita dapat rasa yang Allah tu dekat. (:
Semua problem ada way out every each.
Just like the entire meteors on the night.
Ada time yang kita kena rigid dalam nak decide something,
And ada sometimes kita kena behave just like a river. Follow the world rules,
Just because of nak comfort others. Hadiahkan senyuman untuk insan lain jugak. Jangan tamak.
Takkan selamanya kita nak menangkan diri kita sendiri  saja kan?

Notakaki;
I know the fact that I’m not good enough to talk about somewhat friendship and etc,.
Despite that,
there will always a chance to fix the broken and glue them with love what.
never give up them just because of something that you can fix.
Our heart is belonging to Him, so whatever happened, back to Him no matter what.

Somehow kita kena sedar, ujian tu sebenarnya tarbiyyah dari Dia.
Allah knows we have heart. And Allah also knows we have nafs. and these things lah yang memandu hari hari kita..
But then, Allah ada pesan ,  He is closer to us than even everythings. So what is even worth than this? 

When He gives us a multiple choice question, there is one and only option to choose from. That is: the correct answer. 
Choose right. He has made the test simple.
Somehow, hardship itself is ease (:

“I‘ll try hard to be the best for you, maybe not today, but inshaAllah one fine day. ILY (: “ – haura’

Saturday, September 21, 2013

tuff !

Bukan semua benda kita boleh endure sorang sorang.
Even how tuff hati kita cuba bertahan.
Ada perkara yang boleh buat kita menanges, dengan hanya cuma 2 saat terlintas dalam hati.

Kita cuba berusaha menjadi sempurna di mata semua manusia,
Tapi failed. Tetap silap, tetap salah!
Lalu kita pon ambil satu tangan , letakkan di dada.
Dan berkata.. “ takpe, jadi ja diri sendiri “

Dan tiba tiba, angin kencang datang bertiup.
Guruh tiba tiba berdentum kuat.
Kilat panah memanah.
Pokok sebelah kita tumbang.
Betul betul meranapkan rumah usang kita.
Kita terduduk, menangis .
Kuat dan semakin kuat tangisan kita.

Tapi ,
Tak ada sesiapa yang dengar.
Alam seolah bisu di telinga manusia lain.
Mereka masih dengan kekalutan hidup masing masing.
Melupakan kita yang dilanda badai.

Dan di saat itu, muncul satu awan ..
Diam di atas kepala.

Angin yang kuat seolah Cuma angin bayu pagi, menyegarkan hati.
Guruh yang berdentum seolah alunan ketenangan, yang menyegarkan naluri.
Dan kilat yang memetir, bagaikan cahaya cinta yang melalu mengusik rasa.

Rupanya,
di saat mereka manusia lain melupakan kita yang resah dalam kepayahan,
Ada Dia yang menjadi shelter untuk kita mengadu .

Jadi,
Jangan menangis.
Kuatlah kerana Dia .



Cuma auditory nerve kita yang berfungsi ataukah ini sixth sense? Atau audio hallucination kah?
Otak, kau paranoid sangat. -.-“
28 th September 2013

F-1-152/ KSKB SAS

Wednesday, September 18, 2013

homecare?

kita yang tak pernah merasa hidup susah,
banyak mengeluh dari bersyukur.

kita yang tak pernah merasa susah nak hidup,
lebih banyak berangan dari berusaha.

since petang tadi, balik dari posting, saya jadi terfikir sorang-sorang. Sekarang posting di bahagian homecare HBUK, Tg Rambutan.. dan petang tadi melawatlah kami kami ke rumah patient yang tertera di dalam Psychiatry Case record . 

satu rumah, dihuni 3 lelaki. siblings, and unmarried.

dari luar, saya tanya abang MA yang bawak kami, 

" abang sharil, ni ke rumahnya ?" 
dia senyum, then dia cakap. 
" jom, masuk. "

dari pandangan mata kasar, andainya saya lalu kat depan rumah ni malam - malam hari mahupun siang hari, saya akan cakap kat orang sebelah saya :

" err, saya rasa ni rumah hantu. kita jalan laju sikit nak? "

takpun. saya akan pusing satu taman mencari laluan alternatif lain. 

faham?

tak reti nak describe macammana keadaa rumah tu. Patient tu was diagnosed as acute schizophernia. Quite teruk jugak. tak boleh nak imagined how he possibly continue living there.

then, terdetik dalam hati :

-Allah! alhamdulillah, aku punya rumah yang baik
-Allah! alhamdulillah, aku punya keluarga yang sangat bahagia.
-Allah! alhamdulillah, aku punya semua yang dia tak ada.

itulah kita, nikmat yang Allah bagi, kita takkan pernah nak bawak bersyukur.

sibuk nak mengeluh 24/7.
sibuk nak merengek 12/12

nak itulah, nak inilah.. padahal ada lagi mereka yang langsung tak bernasib baik.

tidur dengan najis, makan dengan binatang.
pernah ke terfikir untuk merasa syukur? 

tadabbur Ar- Rahman , Allahu (':

# ketuk kepala sendiri dengan botol bedak! -.-"

Monday, September 16, 2013

(^_^)"



sebenarnya tak tahu, apa tujuan post ni dilakar.

sejak dua tiga menjak ni, asyik fefeling je sensorang. Down semacam. Macam hopeless sangat . So, harini release stress. Selama ni asyik terperap dah  macam janda beranak kucing satu . 


harini keluar, dengan girlfriend (:
yelah, esok cuti hari malaysia kann . so harini teringin nak pergi mencari buku. Berjalanlah kami mendaki Jusco , ke MPH, ke Popular bagai.. tapi, buku yang dicari, tak nampak di mata. 

just love them without reason,
and the one i hug is harwani,
the most- garang- human. ngehngeh.

 sweet cenggitu.

girlfriend tanya,

"makcik, cari buku apa ni ? dah 2 jam kat dalam ni. ."
and i said : 
" sekejap lagi, anak anak pegilah jalan jalan dulu ya..hew "

buku apa ja? ^^

relax la, baru dua jam dalam MPH kan? . .

and lepas tak jumpa apa yang dicari tu, maka kaki pun diangkat menuju ke parking lot.  Arakiannya singgahla kami solat maghrib kat masjid batu - 8.

and tadi, masa kat masjid batu 8 tu, ada sorang mother solat sebelah saya. And, sebelah dia ada sorang little girl. comel MashaAllah, rasa nak gigit ja pipi dia (:

bila ummi dia ruku',
dia intai wajah ummi dia.

bila ummi dia sujud,
dia sujud sama- sama.

cemburu.

semalam dapat tahu, seorang sahabat saya dah nak menikah disember nanti. and i was like nak jatuh gusi bila dengar. i had my own story, and the future bride  groom tu baik orangnya (: 

So, bila dapat tahu berita tu, i was happy for him , alhamdulillah . Allah give the right person at the right time for him. and he deserve , Allahu Yusahhil A'laika (:

cemburu.
bukan sebab dia dapat kawen awal, bukan menggatal okei!

cemburu,
sebabnya dia tak perlu lagi bermujahid bermati mati- an menjaga hati. because everythings dah halal, siap dapat pahala lagi. Sape tak cemburu kan? (:

even bidadari pon cemburu, takkan manusia biasa ( macam aku) tak cemburu kan.. (tanda soal).

takpelah. jatuh cinta pada peti ais pon boleh laa, atleast merasa jugak sejuk tahap beku tu , so tak payah pegi korea dah. heh.

 (:

Ya Mannan,
suburkan Iman di dalam diri, 
ibarat suburnya rumput yang mekar hijau meski diinjak.

Ya Jabbar,
lapangkanlah Islam di hatiku,
selapang langit membiru di atas sana.

Ya A'ziz,
Lembutkanlah ihsan ku,
selembut bayu pagi menyapa hari.

Sunday, September 15, 2013

River flow



" pain will come, but i believe you will endure (: "

there have time when i was looking at the mirror,
and i see my ownself standing there,
i said to myself,
i should won the prizes for being such a great actress!

bila kita renung balik masa silam kita,
ia akan bawa kita ke satu dimensi khayalan,
dan hanya kita sahaja yang dapat mentafsir makna tersirat ,
dan di sebalik khayalan indah,
kadangkala ada impian yang masih tak tertunai..

dulu, 
while i was in form 3, i wrote in my diary all my dreams. banyak jugak wishlist nya . tamak halobaa tulis banyakbanyak sekaligus. 
ada yang dah jadi kenyataan , alhamdulillah (:
tapi banyaknya yang aku tulis  fail epic, boleh buat gelak ja.
so logic la kalau tak capai pon kan.

p/s :  hidup kita takkan selamanya indah. Ada benda yang kita kena  redha, ikhlaskan hati lepaskan ia pergi. Mungkin kita tak berjodoh untuk menjadi pemiliknya, tapi yakinlah, one fine day, Allah pasti letak kita di satu alley yang kita sendiri pasti boleh tersenyum megah. Ada benda yang kita tak sangka wujud boleh wujud dengan sendirinya hanya dengan izin Dia yang Maha Hebat di atas sana, lalu jangan bersangka buruk dengan Allah. Bertahan untuk setiap esok (:

kerana selepas setiap malam yang paling pekat, pasti ada esok untuk mentari menyinar. And its Hope . No wonder life is not easy as we wish it to be. .


" there's a road inside your heart,
made just for you,
don't be scared, 
take your first step, 
and then take two.
pain will come,
 but i believe you can endure it,
further down the road 
just trust a little bit more "