assalamualaikum. cerpen ini ditulis by one of my best friends.and this is her first. so please,leave your comments^^'' apa yang kurang tolong baiki. moga Allah balas dengan segenap kebaikan. amin^^
and and and, memang agak panjang. chill and banyak kan bersabar :)
LOG IN

and and and, memang agak panjang. chill and banyak kan bersabar :)
BAB 1 : RINDU SEORANG PEJUANG
Siang melabuhkan tirainya. Kini malam membuka
episod baru. Aku menghela nafas lega selepas selesai solat isyak berjemaah
bersama imamku. Malam ini, keheningan malam hanya dinikmati seorang diri
lantaran si imam ada kerja yang perlu disiapkan di pejabat. Rindu pula rasanya
pada sebuah sekolah yang menghadiahkan ku 1001 kenangan dan tarbiyah. SMKA SHEIKH ABDUL
MALEK. Aku mencapai ‘diari Muslimah’ untuk mengubati kerinduan ini. Ku
selak helaian demi helaian sambil mengimbau nostalgia lama.
BAB 2 : HATI GERSANG
Alunan zikir asma allah menjadi santapan pagi
buat warga shams. ‘hanya dengan mengingati allah, hati akan menjadi tenang’.
Itulah tarbiyah shams. Bukan sahaja dengan asma allah, ditambah pula dengan
tazkirah dari pengawas yang bertugas. Memang tidak dibiarkan 24 jam dalam
kehidupan pelajar shams tanpa tazkirah. Aku bersyukur diberikan didikan yang
sempurna ini. Dengan menyebut namanya, dapat aku basahi hati yang sudah lama
gersang.
BAB 3 : SAAT AJAL MENJEMPUT
Pagi itu, seluruh bumi shams digegarkan dengan
satu berita tergempar. Seorang bekas guru sekolah kami telah kembali ke
rahmatullah. Innalillahhiwainnailaihiroji’un. Kami dimaklumkan bahawa cikgu
amin meninggal kerana tergelincir di bilik air sewaktu bangun untuk solat
tahajud bersama isterinya. Mayat diimamkan sendiri oleh anaknya yang ketiga.
Alhamdulillah, semua urusan pengebumian berjalan lancar. Aku dan beberapa
pelajar sekelas menempah sebuah van untuk ke rumahnya mengucapkan takziah
kepada keluarga mangsa. Namun disebabkan van penuh, aku mengambil keputusan
untuk membiarkan sahabat lain yang lebih rapat dengan cikgu amin memenuhi van
tersebut. Cukuplah doaku mengiringi pemergian itu.
“tadi sewaktu pengebumian cikgu, ana lihat
anaknya menangis. Sayu juga hati melihat, namun datang ibu saudaranya menyapa
ana. Katanya, anak cikgu amin tu, namanya ashraf. Dari pagi tadi, tiada setitis
pun air matanya gugur, dia kuatkan ahli keluarganya yang lain. Mungkin hatinya
terlalu sebak hingga tak mampu bertahan lagi,”cerita kawanku selepas pulang
dari rumah cikgu amin.
Aku cukup kagum dengan cerita itu. Walaupun
tidak ke sana, namun aku dapat rasai keadaan waktu itu. Teringat aku kisah umar
bin abdul aziz ketika di sebut tentang mati. Beliau akan menggeletar seumpama
burung kesejukan lalu beliau menangis sehingga basah janggutnya. Satu malam,
beliau menangis. Apabila tangisannya reda, isterinya fatimah bertanya,”wahai
amirul mukminin, kenapa kamu menangis?” beliau menjawab,”aku teringat nasib
manusia selepas di hitung di hadapan Allah. Satu kumpulan akan ke syurga dan
satu lagi akan ke neraka. Lalu beliau meraung dan akhirnya jatuh pengsan.
Cerita ibu saudaranya lagi kepada sahabat
ana,”semalam ashraf bagitahu mak cik yang dia bermimpi ayahnya tinggal di
sebuah tempat yang sungguh cantik sambil tersenyum padanya. Katanya, jika ayah
tinggalkan dia untuk hidup di tempat yang lebih baik, dia redha.”
Masya allah, bukan semua insan mampu berkata
begitu saat menerima kehilangan insan yang disayangi. Memang kuat dalaman
ashraf. Aku cukup kenal dengan ashraf, seorang bekas pelajar shams yang pernah
sekelas denganku sewaktu di tingkatan 2, namun dia berhijrah ke kisas selepas
mendapat keputusan yang cemerlang dalam
pmr. Kagum sekali aku dengan peribadinya. Dia pernah terkena kasut sewaktu
kawan-kawan nakal yang lain bermain. Aku menjangka yang dia akan bangun
melawan, namun tekaan ku ternyata salah. Dia hanya menyapu kesan kasut itu.
Subhanallah, mulianya dia.
BAB 4 : TIADA YANG KETIGA
“huh, laparnya. Happy nyer kalau kelas hari ni
batal.”aku bermonolog sendiri dalam perjalanan menuju ke kelas matematik. Jarum
jam tegak menunjukkan waktu makan tengah hari, namun hasrat untuk pulang awal
terpaksa dibatalkan kerana ada kelas tambahan math. Agak menyedihkan namun
kugagahi kaki melangkah.
“Aisyah, ada bawa majalah dari pihak aspuri
yang ana minta semalam?”ada suara menyapaku dari belakang..
Subhanallah, banin. Aku segera menundukkan
pandangan tanda mengerti keadaan kami waktu itu. Ikhtilat tetap di jaga
walaupun hanya kami berdua dan pastinya ada yang ketiga antara kami,syaitan.
Sebelum yang ketiga turut serta, lebih baik kami berwaspada agar terpelihara
dari sebarang fitnah.
“Maaf, ana memang lupa nak bawa. Majalah tu ada
pada sahabat ana. Insya Allah, esok ana bawa.”
“oo, esok kalau anti bawa, letakkan saja atas
meja ana boleh? Rasanya tak elok juga kalau sahabat lain tengok kita asyik bertemu”,balas
haiqal.
Aku mengangguk tanda faham apa yang
dimaksudkan.. Walaupun kami kerap bertemu atas urusan kerja, namun itu hanya
aku dan sahabat terdekat yang tahu. Bagi yang tidak tahu, mungkin aku sedang
‘mempromosikan’ diriku untuk di fitnah. Bahkan dalam pergaulan antara lelaki
dan perempuan, ada batas-batas yang perlu dijaga. Itulah keindahan islam,
diciptakan terbaik untuk manusia yang mengerti.
BAB 5 : CINTA HARAM ITU COKLAT,
CINTA HALAL ITU MADU
“Ya allah, cikgu dah ada.”aku bergegas masuk ke
kelas. Rasanya segan pula cikgu yang lebih awal. Sepatutnya aku yang menunggu
pemberi ilmu.
“oit, lewat nampak. Sesat tengah jalan ke?”aku
di sapa rakan di meja belakang, aqilah. Dia sangat terkenal dengan sikap
peramah tak tentu masa. Kadang-kadang aku pelik dengan dia, asyik bercakap dan
senyum je. Timbul juga persoalan dalam kepalaku, bila agaknya dia akan
badmood? Ternyata dia lebih
berpengalaman dalam aspek mengawal emosi.
“Tak lah, tadi lewat turun dari masjid.”aku
sengaja memendekkan perbualan untuk memberi perhatian pada guru di hadapan.
Setelah tamat waktu, aku bersiap pantas untuk
keluar dari kelas. Terngiang di telinga, makanan sedang memanggilku. Tangan ku hulurkan
pada guru tanda hormat dan terima kasih atas curahan ilmunya. Begitulah yang
diajarkan pada kami di shams. Sejak di tingkatan 1 lagi, didikan itu diserap dan
kini menjadi satu amalan.
“syah..syah..”
aduh.. bila masa plak nama aku jadi syah
ni..aku berpaling ke belakang menyedari ada seseorang yang memanggil.
“Apa?”,rasa agak menyakitkan bila perjalanan
pantasku untuk ke dewan makan di halang oleh sekumpulan senior. Aku cukup kenal
mereka, ‘heroin’ shams. Apa saja mereka akan buat untuk mencari keseronokan dan
kebebasan. Kata Cikgu Man, guru kaunseling sekolahku, mereka sukakan
keseronokan. Dan untuk mengubah mereka secara drastik, pasti tiada hasilnya.Walaupun
didikan yang sempurna dihidangkan di shams untuk peningkatan sahsiah individu,
namun masih ada yang tergelincir dari landasan itu. Mungkin pendekatan dakwah
yang lebih halus patut diberikan kepada mereka.
“Syah, ada orang bagi,”kata salah seorang
antara mereka.
“Apa ni ye?”
“Love letter”
Agak terkejut dengan kalimah itu,namun surat
sudah di tanganku dan mereka pun sudah berlalu meninggalkan aku. Dugaan apa pula
yang datang untuk aku kali ni.
“Bismillahhirrahmanirrahim. Allahhumma yassir
wa la tu’assir ”,moga-moga allah hindarkan aku dari segala kesulitan.
“Astaughfirullah”, aku tercengang membaca
warkah misteri dari seorang insan itu.
Salam
perkenalan aisyah. Moga2 tulisan ini mampu merungkaikan segala yang tersembunyi
di hati. Amir dah lama menyembunyikan perasaan ni. Rasanya dah lama kita
berkawan, izinkan status kawan itu, amir minta ditukarkan. Jadikan amir teman
aisyah. Amir akan jaga aisyah sebaik mungkin._amir_
Allah, kuatkan hambamu ini. Takkala hati baru
mula bertapak untuk melakukan penghijrahan, dugaan datang menguji. Benarlah
penghijrahan memerlukan kesabaran dalam 3 perkara : kesabaran dalam ketaatan,
kesabaran dalam menerima musibah dan kesabaran dalam tidak melakukan maksiat.
Hatiku berbelah bagi. Memang sudah lama status kawan itu tercatat pada kami,
namun status tersebut tak mungkin akan dinaikkan dengan sewenangnya. Aku tak
mempunyai sekelumit pun perasaan padanya. Cinta itu anugerah namun aku punya
calon sendiri untuk menjadi imamku. Imam yang dirahsiakan Allah untukku, dan
aku yakin andai aku serahkan segala-galanya pada tuhan, pasti rencana yang baik
di aturkan untukku. Aku bertekad tidak akan terpengaruh dengan cinta sementara
ini. Allah berfirman dalam satu hadis qudsi yang bermaksud, ’meninggalkan dosa
itu lebih mudah bagimu daripada merasai kepanasan azb neraka.’
BAB 6 : AMANAH ALLAH
“Kak aisyah!”,panggil junior asrama ku.
Terperanjat aku dibuatnya, manakan tidak, otak bercelaru memikirkan sesuatu.
“Ooh nisa, dah makan?”
“Dah, baru aje keluar dari dewan makan. Mak
long dah tutup dewan.”
“Laa, dah tutup ke? Awal nyer. Makanan dah
habis ke?”
“Eh akak ni. Awal apa nye sekarang ni. Kan mak
long biasanya tutup dewan makan pukul 3.30. ni dah pukul 3.45.”
Aku mengerling jam di tangan nisa. Ternyata
memang aku dalam keadaan separuh sedar. Masalah tadi sedikit sebanyak memang
mengganggu fikiranku.
“Tak pe la akak. Nisa pergi dulu ye. Ada usrah
pengawas pukul 4 nanti.”
“Oo,ok ok.. jaga diri.”
Memang rajin budak ni. Ramai yang memuji
disiplin yang terpamer padanya sejak awal melangkah ke shams. Sesuai dengan
namanya, Khairunnisa (sebaik baik wanita). Sangat menjaga amanah yang
dipertanggungjawabkan. Pernah sekali aku bertanya, ’tak letih ke asyik ada
usrah je?’ kagum aku dengan jawapan nya yang padat dengan peringatan berguna
untuk ku. ‘bukan tak letih akak. Tapi ini amanah saya. Mulanya memang saya
berniat menolak jawatan ni, tapi disebabkan pucuk kepimpinan atas memohon
supaya saya terima, saya terima kerana Allah.
Pada zaman Sayidina Umar dulu, beliau sendiri dirasuk kebimbangan kalau-kalau beliau dilantik menggantikan Khalifah Sulaiman. Namun disebabkan Umar memang terlalu layak memegang jawatan tersebut, tampuk kepimpinan segera diserahkan kepada beliau. Pada awal pelantikannya sebagai khalifah, banyak perkara yang mengagumkan telah dilakukan. Hebatnya peribadi Umar, beliau tidak menaiki kenderaan rasmi kerajaan, tidak menggunakan pelita kerajaan dalam urusan peribadi, malah mendermakan banyak kepentingan dan milik peribadi pada kerajaan. Jika seorang khalifah semulia itu memohon supaya dia tidak dicalonkan, siapa saya untuk memikul amanah seberat ini. Kerana itu sabda Nabi,
Pada zaman Sayidina Umar dulu, beliau sendiri dirasuk kebimbangan kalau-kalau beliau dilantik menggantikan Khalifah Sulaiman. Namun disebabkan Umar memang terlalu layak memegang jawatan tersebut, tampuk kepimpinan segera diserahkan kepada beliau. Pada awal pelantikannya sebagai khalifah, banyak perkara yang mengagumkan telah dilakukan. Hebatnya peribadi Umar, beliau tidak menaiki kenderaan rasmi kerajaan, tidak menggunakan pelita kerajaan dalam urusan peribadi, malah mendermakan banyak kepentingan dan milik peribadi pada kerajaan. Jika seorang khalifah semulia itu memohon supaya dia tidak dicalonkan, siapa saya untuk memikul amanah seberat ini. Kerana itu sabda Nabi,
*jangan kamu minta jawatan. Jika kamu minta,
lalu diberikan kepadamu, pasti kamu akan diwakilkan padamu (tanpa mendapat
bantuan daripada Allah). Dan jika kamu tidak meminta dan diberikan padamu,
pasti kamu akan mendapat pertolongan daripada Allah.*”
Lidahku kelu dengan penerangannya. Ternyata
inilah permata shams yang akan bersinar kelak. Keperibadiannya di sanjung
tinggi walaupun dia agak pendiam orangnya. Aku sendiri pun mengaguminya
walaupun umurku lebih tua darinya.
BAB 7 : ALHAMDULILLAH
Ku rebahkan badan ke atas katil dengan lemah.
Perut bergendang seolah-olah meminta sesuatu. Segera aku mandi untuk bersiap ke
surau bagi menunaikan solat asar berjemaah.
Allahhuakbar allahhuakbar!
Ya allah, aku perlu bergegas ni. Kan tak
fasal-fasal dapat ‘surat saman’. Beginilah tarbiyah di shams mengajar kami
solat berjemaah. Kalimah ‘surat saman’ sangat menggerunkan hati pelajar asrama.
Mana tidaknya, kalau dah banyak sangat surat tu, dibuang asrama la nampaknya.
Selesai berjemaah bersama, ku panjangkan
rintihanku pada Ilahi,“Ya allah, Kau Maha Mengetahui keadaan aku sekarang
sangat lapar. Berilah dari rezekiMu untukku. Sesungguhnya tiada kenyang untukku
tanpa rezekiMu.”
Suatu hari ketika rasulullah telah dikunjungi
oleh malaikat Jibrail, membawa tawaran daripada Allah untuk menukarkan semua
bukit-bukit batu di sekitar Mekah menjadi bukit emas. Rasulullah ketika
mendengar tawaran itu menjelaskan sikapnya kepada Malaikat Jibrail itu melalui
doanya yang bermaksud,
*“Tidak wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku lebih
suka dalam hidupku berkeadaan lapar sehari dan kenyang sehari, kerana ketika
waktu lapar dapatlah aku bertadharruk (merintih merayu) terhadapMu ya Allah,
dan apabila aku dalam keadaan kenyang maka dapatlah aku mensyukuri nikmatMu ya
Allah.”*
“Kepada semua pelajar shams, Insya allah kita
akan sama-sama membaca mathurat. Minta semua pelajar berada dalam satu
halaqah.”
Aktiviti selepas waktu asar memang
diringkaskan, contohnya bacaan mathurat, tazkirah, ataupun bacaan quran tanda
menghormati hak asasi pelajar. Walaupun peraturan asrama sangat tegas, namun
toleransi untuk kami masih ada.
“Lewat pula ketua pengawas kita hari ni. Apa
kes?”
Aku memandang ke arah yang ditunjukkan
sahabatku, amalina. “Mesti sengaja datang lambat. Nak rest lebih kat hostel”bentak
amalina sambil matanya mengerling tanda perli. Lantas berdiri seorang sahabatku
mengusap belakangnya. “Kamu sedang buruk sangka padanya. Mungkin dia ada kerja
yang perlu disiapkan. Siapa tahu? Daripada kamu buruk sangka padanya, lebih
baik kamu pergi bercakap dengan akak tu. Mana tahu kamu akan dapat
penjelasannya.”
Aku mengiyakan tanda menyokong kata fatimah.
Lagi pula, pemimpin kami itu bukan selalu lewat dalam beribadah padaNya. Kenapa
dengan satu kesalahannya, harus dibesarkan?
Selepas bacaan mathurat,aku menyambung bacaan
quran untuk memenuhi waktu lapang sebelum makan petang. Sesetengah pelajar
turun ke padang untuk riadah bersama ahli dorm masing-masing. Biasanya, kami di
bahagikan turn untuk turun padang. Peraturan sebegini tidak terlalu membebankan
dan aku yakin jika dikekalkan, pasti akan membuahkan hasil. Buktinya kini,
walaupun pada mula-mula peraturan ini dikeluarkan, ramai yang angkat muka tanda
protes, namun kini lebih ramai yang melibatkan diri untuk sama-sama bermain.
Tanpa disedari, sunnah Rasulullah dapat dihidupkan. Mukmin yang kuat lebih
disukai allah berbanding mukmin yang lemah.
Aku menuju ke arah Kak Nadia selepas selesai
membaca quran dan menghafaz sedikit ayat. Sudah lama rasanya tidak menyapa
pemimpin serba boleh itu.
“As..”
Belum sempat aku memberi salam padanya, terdiam
seketika aku mendengar luahannya pada Sang Pencipta. Rupanya dia masih belum
selesai berdoa.
“Ya Allah, berikan kekuatan untuk ku memikul
amanah ini. Jangan kau biarkan aku sendiri dalam perjalanan ini. Kau Maha Mengetahui
betapa beratnya amanah untuk menjaga biah solehah di bumi shams. TanpaMu, tiada
upaya untukku pikul amanah ini. Amin.”
“Amin.Alhamdulillah”,ku aminkan doanya bersama.
“Ouh, bila kamu kat sini? Dah lama? Kenapa ucap
alhamdulillah?”
“Maaf, tadi saya datang nak menyapa. Tapi
rupanya akak belum selesai berdoa, saya terdengar doa akak. Alhamdulillah, kami
serahkan jawatan pada akak. Memang akak pemimpin yang layak.”
Sistem undian dari pelajar shams akan
dilaksanakan apabila ingin memilih pemerintahan yang baru. Bersifat demokrasi
dan lebih adil. Pilihan raya untuk memilih calon-calon yang sesuai dilaksanakan
secara besar-besaran dan calon yang dipertandingkan akan memberi ucapan untuk
meyakinkan pengundi. Manifesto yang dilakar oleh calon-calon yang bertanding
akan ditampal di kawasan sekolah sebelum hari mengundi.
“Emm, akak hanya laksanakan amanah.”
Cukup ringkas jawapan nya, namun aku tahu, di
sebalik jawapan itu, tersimpul satu tanggungjawab yang berat untuk di pikul.
BAB 8 : PERSAHABATAN UMPAMA
UNTAIAN TASBIH
6.00 petang.. alhamdulillah, tibanya waktu
perut diisi. Kaki melangkah pantas menuju ke dewan makan bersama dua sahabat
karib, Amalina dan Fatimah. Belum sempat kaki berpijak pada lantai dewan makan,
ada seseorang memanggil kami dari sudut asrama.
“Akak….akak..”
Pantas kami berpaling dan memerhatikan seorang
junior bergegas menuju ke arah kami dalam keadaan tercungap-cungap.
“Kak Tirah jatuh kat depan blok. Dia tergelincir,
mulutnya berdarah. Terkena batu bata.”
Subhanallah. Kami berlari menuju ke kawasan
sekolah. Niat untuk menikmati rezeki Ilahi tiada lagi, terbayang di minda
keadaan sahabat kami. Mana mungkin hati tidak berdegup kencang sebelum dapat
melihatnya. Dia lah sahabat kami yang banyak membantu dalam bidang pelajaran.
Pernah aku gagal dalam ujian matematik tambahan, katanya, “Allah Maha Pemurah.
Banyakan berdoa padanya. Mungkin ini ujian dari Tuhan untuk menguatkan anti.
Allah takkan menguji hambaNya melebihi kemampuan kita. Dan ingat, Allah tidak
akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka mengubahnya sendiri. Teruskan
berusaha, jangan tunggu kejayaan datang bergolek. Tiada kejayaan semanis madu
tanpa pengorbanan sepahit hempedu”.kata-kata itu memberikan semangat padaku
hingga aku berjaya mendapat B dalam peperiksaan seterusnya.
“Ya Allah Syahira, macam mana boleh jadi ni?”,tanyaku
pada Syahira,juga sahabat rapatku yang sudah berada di situ.
“Ana tak tahu. Ana baru sampai.”
Kulihat Amalina kaku di samping Fatimah.
Manakan tidak, mulut sahabatku itu berlumuran darah dan mukanya pucat. Dia
sudah tidak sedarkan diri. Air mata mengalir tanpa mampu ditahan lagi. Benarlah
jelas Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, orang islam yang tidak berasa tersentuh hatinya
apabila melihat saudara seagamanya dizalimi dan ditindas, sebenarnya mereka itu
tidak mempunyai hati.
Kami sama-sama mengangkatnya menuju ke asrama
sambil Syahira memaklumkan berita ini kepada warden. Agak lelah rasanya
mengangkat sahabat yang lebih kurang 50kg beratnya, namun disebabkan tali ukhuwah
yang terbina lebih kuat dari kudrat kami, misi berjaya. Athirah di hantar ke
klinik ditemani warden dan kapten asrama. Mujurlah dia selamat. Walaupun aku
dapat lihat beberapa jahitan di bibirnya, namun dia masih selamat.
BAB 9 : UKHUWAH ITU INDAH
Menjadi kebiasaan kami,selepas bacaan surah
al-mulk jam 11 malam, pasti akan diadakan sedikit tazkirah ringkas. Dalam
halaqah mulia yang dinaungi para malaikat,kami sama-sama memperingati antara
satu sama lain. Walaupun hanya dengan sepotong ayat ringkas, namun ia sangat
berguna buat kami sama ada untuk masa kini atau akan datang. Jelas sabda Nabi
junjungan :
*sampaikan dariku walaupun hanya dengan
sepotong ayat.*
Dijadikan manusia ini sentiasa lupa, dan dengan
majlis tazkirah ini lah, segala ilmu yang makin “pupus” dari dada manusia akan
kembali hidup. Terkenang aku satu kisah yang di bawa oleh ketua dorm kami,
tentang peribadi Rasulullah s.a.w. “adik-adik, sebagaimana kita tahu Nabi telah
lama meninggalkan kita, namun kenapa hingga sekarang kita masih boleh bernafas
dalam nikmat islam? Kami dibiarkan tertanya-tanya dengan soalan tersebut
beberapa minit, namun halaqah membisu dengan jawapan seorang teman, katanya
“kerana kesabaran Nabi”. Mukanya berubah seakan-akan menahan sebak di dada. “Ajaran
islam di bawa dan tersebar hingga ke hari ini kerana kesabaran nabi menempuh
segala-galanya demi islam. Sewaktu Rasulullah berdakwah di Thaif,baginda
dilempar dengan batu dan najis.namun baginda tetap senyum dan bersabar.lalu
Jibrail turun dan bertanyakan kepada baginda, “bukit yang mana engkau mahu aku lemparkan
kepada mereka ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab,”tidak mengapa ya Jibrail,
sesungguhnya mereka masih belum mengerti.” Jibrail berkata lagi,”tetapi mereka
menghinamu ya Rasulullah.” Baginda menjawab,”tidak mengapa, jika mereka tidak
mahu beriman, mungkin anak-anak mereka akan beriman.”benar kata nabi, lihat
sahaja Abu Jahal, musuh no.1 nabi,siapa anaknya?Ikrimah ibn Abu Jahal, seorang
islam malah perawi hadis.Subhanallah, hebatnya pekerti pesuruh Allah”,temanku mengakhiri
ceritanya sambil teresak-esak.Siapa sangka halaqah yang pada mulanya tenang
menjadi sebuah halaqah ukhuwah yang cukup indah. Masih segar dalam ingatan
bagaimana cara penyampaian tazkirah itu cukup menyentuh hati yang sudah lama
ingin mabuk cinta dengan kekasih Allah.. itulah istimewanya tazkirah. Di
samping saling memperingati sesama sendiri, ukhuwah yang terjalin dapat
dieratkan dengan ikatan yang lebih kuat.
BAB 10 : TAHAJUD SEORANG HAMBA
Malam itu, tepat jam 4.30 pagi, kami dikejutkan
dengan satu pengumuman dari pondok pengawal.
“Kepada semua penghuni aspura dan aspuri,
kalian diwajibkan turun ke surau sekarang juga untuk qiamullail bersama-sama.”
Memang sudah menjadi satu kebiasaan, beginilah
rutin kami pada hari Jumaat. Qiamullail yang diimamkan oleh beberapa orang
‘imam muda’ shams jelas memberikan banyak istifadah buat kami. Walaupun
kadang-kadang solat sambil mata terpejam, namun tiada yang membantah.
Qiamullail berakhir lebih kurang jam 5.30 pagi
dan kami diberikan rehat lebih kurang 30 minit sebelum masuk waktu subuh. Ramai
yang menggunakan waktu itu untuk
menyambung bacaan quran, namun ramai juga yang mengambil peluang keemasan ini
untuk tidur sebentar.
Subuh Jumaat kami adalah subuh yang paling
indah buatku kerana disertai dengan sujud sajadah, dan ada kalanya ditambah
pula dengan qunut nazilah. Qunut nazilah yang biasanya dibaca oleh seorang
banin yang aku cukup kenal, haiqal sangat menyentuh jiwa. Nadanya cukup sayu.
Selepas selesai solat, aktiviti untuk menaikkan jihad dalam diri delima shams.
Dalam halaqah yang mulia, sambil berpegangan tangan, kami sama-sama melaungkan
…………..ALLAH TUHAN KAMI. ALLAH MATLAMAT KAMI,
RASUL IKUTAN KAMI, AL QURAN PANDUAN KAMI……….
BAB 11: REZEKINYA
Alhamdulillah, akhirnya dapat aku merasai
rezeki dari Sang Pencipta. Setelah dua kali gagal, kali ini allah berikan aku
kemenangan. Aku berjaya makan dengan izinnya. Terkenang aku satu hadis qudsi
dalam kitab imam al-ghazali:al Mawa’iz fil Ahadis al-Qudsiah, firman Allah : “Wahai
anak Adam, tidak ketinggalan suatu hari pun melainkan datang daripadaKu rezeki
untukmu, tetapi pada malam harinya Aku didatangi oleh malaikat mempersembahkan
amalan kejahatan daripadamu. Kamu memakan rezekiKu kemudian kamu membalasinya
dengan melakukan kederhakaan terhadapKu.” jauhilah aku dari melakukan kederhakaan
padaMu ya allah.
Jam 8pagi, semua penghuni aspuri akan sama-sama
beriadah. Jika riadah petang kami dibahagikan turn untuk turun padang, kali ini
semua diwajibkan berkumpul. Agak indah bila semua dihimpunkan bersama.
BAB 12 : IMAMAH
Kebiasaannya, solat zuhur diimamkan oleh banin,
namun pada hari Jumaat, memandangkan semua banin ke masjid, solat zuhur
diimamkan oleh banat. Selesai solat zuhur, satu tazkirah ringkas diadakan
diiringi dengan halaqah doa wahdah. Dan sebelum kami dibenarkan pulang ke
asrama untuk melakukan aktiviti sendiri, halaqah diakhiri dengan aktiviti
bersalaman. Ukhuwah lebih erat dapat dirasai.
Belum sempat ku selak helaian seterusnya, ada
sesuatu berbunyi dari bawah bantal.
BAB 13 : DIA IMAMKU YANG
DIRAHSIAKAN ALLAH
“FOR
THE REST OF MY LIFE.. I…..”
Mana pulak handphone ni..bentakku dalam hati.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam, Aisyah. Tak online ke? Buka
lah facebook. Ada berita menarik”
“Belum buka lagi. Nanti Aisyah buka ya. Baca
diari.”
“oo..buka la yer.ok, jaga diri”
Apa pula berita menarik ni. Aku bergegas ke
meja untuk melihat apa berita menarik yang diberitahu’nya’. Sebelum ‘log in’
facebook, aku menjelajah dulu ke blog mujahid
islam. Ada santapan baru untuk sidang pembaca nampaknya. Ku lihat
tertera kalimah shams di situ.
Andaiku diberi
peluang untuk berbicara,
Inginku
katakan pada seluruh permata shams,
Jagalah biah
solehah yang dahulunya cukup terjaga,
Jangan cuba
melanggar hukum Allah,
Jangan mencari
jalan yang salah,
Biar hidup
dikeji,
Jangan allah
membenci,
Jagalah islam
sebaiknya,
Jangan mengaku
kalah pada penentang islam,
Hatiku syukur
bila kalian gugur di medan perang,
Namun hatiku
syahdu bila kalian gugur sebelum berperang.
Masya allah, hebatnya dia. Aku segera mendaftar
masuk ke facebook pula untuk melihat berita menarik yang diberitahunya, yang
juga pemilik kepada blog mujahid islam.
LOG IN
SMKA SHEIKH ABDUL MALEK
Sila share..moga ada manfaatnya.
Assalamualaikum ikhwan wa
akhowat SHAMS....
Bagi menyertai pertandingan ini,anda diminta menghasilkan satu karya anda sendiri mengenai pengalaman serta biah solehah yang anda lalui sepanjang anda bergelar Shamsians.Terpulang kepada anda bagaimana cara penceritaan anda,gunakan kreativiti yang anda miliki.InsyaAllah,para pemenang akan menerima Hadiah yang istimewa daripada LPDS.
Syarat2 penyertaan :
~Terbuka kepada semua Shamsians (pelajar serta ex-student)
~Tarikh penyertaan bermula pada 7 Februari hingga 7 Mac 2012
~Karya tersebut hendaklah dihantar ke mujahidilmu2012@gmail.com
*_* memberi pendedahan kepada pelajar2 SHAMS tentang tatacara Islam yang seharusnya diamalkan agar biah solehah di bumi SHAMS sentiasa utuh...
Okey....Selamat Mencuba,
cuba jangan tak cuba...^__^
Bagi menyertai pertandingan ini,anda diminta menghasilkan satu karya anda sendiri mengenai pengalaman serta biah solehah yang anda lalui sepanjang anda bergelar Shamsians.Terpulang kepada anda bagaimana cara penceritaan anda,gunakan kreativiti yang anda miliki.InsyaAllah,para pemenang akan menerima Hadiah yang istimewa daripada LPDS.
Syarat2 penyertaan :
~Terbuka kepada semua Shamsians (pelajar serta ex-student)
~Tarikh penyertaan bermula pada 7 Februari hingga 7 Mac 2012
~Karya tersebut hendaklah dihantar ke mujahidilmu2012@gmail.com
*_* memberi pendedahan kepada pelajar2 SHAMS tentang tatacara Islam yang seharusnya diamalkan agar biah solehah di bumi SHAMS sentiasa utuh...
Okey....Selamat Mencuba,
cuba jangan tak cuba...^__^
By: fatin
Like: 876 like
Comment:
Haiqal: moga biah
solehah akan terus menyinar di shams.
Subhanallah.. betapa Engkau mengetahui hati ini
sedang merindu suasana islam dan biah solehah di sini.. akhirnya Kau berikan
aku wasilah untuk meluahkan kerinduan ini. Ku tatap dengan linangan air mata
membasahi pipi.
Ternyata “dia” lebih pantas dariku. Dengan hati
yang sarat dengan kegembiraan, aku segera menambahkan comment.
Aisyah: Insya allah. Semoga
dengan adanya pertandingan seperti ini, mampu memberikan peluang kepada insan
yang rindukan biah solehah di shams untuk berkongsi rasa.
Satu mesej diterima.
Menarik tak?Boleh la hantar luahan hati yang aisyah tulis dalam diari tu.
Jangan lupa masukkan cerita tentang kita. J
Segera ku balas : insya allah. J Moga-moga
dapatlah sedikit sebanyak pengalaman ini membantu meningkatkan biah solehah di
shams.
SEND TO..
-ABANG
Dia memang lebih pantas dariku. Sejak di bangku
sekolah lagi. Manakan tidak, siapa tidak kenal, Muhammad Firdaus Haiqal,mpp
(majlis perwakilan pelajar
) lah katakan. Aku banyak bekerjasama dengannya sewaktu di sekolah dulu, memang hasrat untuk menjadikan dia “imamku” ada, namun ku serahkan segala-galanya pada ilahi. Cinta itu fitrah, namun jika disalurkan pada jalan yang salah, akan menimbulkan fitnah. Masih aku ingat katanya sewaktu melawat shams selepas sekian lama bergelar ‘ex-student’. Katanya “di sekolah ini, pernah abang terpikat pada seorang Muslimah yang sangat menjaga pergaulannya.”Aku terdiam mendengar luahan ikhlas itu.sambungnya lagi,”abang suka dia sejak awal bekerjasama dalam urusan majlis sambutan maulidurrasul. Tapi abang tak lah ajak “couple”. Bagi abang, kalau dah ‘couple’ ni, tak indah lah, awal-awal dah langgar hukum Allah, macam mana nak bahagia? Abang perhatikan dia dari jauh, dia cukup menjaga agama. Abang sangat berharap dapat memperisterikan dia dan….”,
) lah katakan. Aku banyak bekerjasama dengannya sewaktu di sekolah dulu, memang hasrat untuk menjadikan dia “imamku” ada, namun ku serahkan segala-galanya pada ilahi. Cinta itu fitrah, namun jika disalurkan pada jalan yang salah, akan menimbulkan fitnah. Masih aku ingat katanya sewaktu melawat shams selepas sekian lama bergelar ‘ex-student’. Katanya “di sekolah ini, pernah abang terpikat pada seorang Muslimah yang sangat menjaga pergaulannya.”Aku terdiam mendengar luahan ikhlas itu.sambungnya lagi,”abang suka dia sejak awal bekerjasama dalam urusan majlis sambutan maulidurrasul. Tapi abang tak lah ajak “couple”. Bagi abang, kalau dah ‘couple’ ni, tak indah lah, awal-awal dah langgar hukum Allah, macam mana nak bahagia? Abang perhatikan dia dari jauh, dia cukup menjaga agama. Abang sangat berharap dapat memperisterikan dia dan….”,
“Dan?”
“Dan kini Allah serahkan dia sebagai amanah
abang. Dialah aisyah”.
Aku tersenyum waktu itu. Rupanya cinta yang
dilandaskan atas landasan keimanan memang tidak sia-sia.
Alhamdulillah, pergaulan yang dijaga, dengan
tarbiyah yang sempurna di shams, penyerahan segala-galanya pada ilahi, akhirnya
benar, DIA IMAMKU..

1.
U-TURN KE
JALAN LURUS (ZUL RAMLI M.RAZALI)
2.
KHUTBAH
TERAKHIR RASULULLAH (IBNU RIJAL)
3.
TAQWA
(TUAN GURU DATO’ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT)
4.
DUA TOKOH
UNIK DI DUA ZAMAN (WAN JI WAN HUSSIN)
5.
LALUAN KE
SYURGA (ABDUL FATAH ZAKARIA)
6.
82 WANITA
IDOLA SEPANJANG ZAMAN RASULULLAH S.A.W (DR.MUHAMMAD AL-QAISY)
7.
PENGALAMAN
DI SHAMS