ditulis pada 15 januari 2013, tepat 1.35 petang.
Mungkin
bagi orang lain, semua ni biasa. Tapi bagi seorang syahira, semua ni luar
biasa. I was never thought these things will make me crazy and something
stupid. And undoubtedly. I was like crying over and over. Heh.
It was out
of my intention to cry, even all of the eyes are staring at me, I cant behave
myself to stop.
Harini
memang mencatat sejarah, 15 Januari 2013.
Pukul 2
pagi, terjaga dari tidur. Hati gelisah serba tak kena. Cepat cepat bangkit dari
katil, kertas cadangan masih tak siap. Essay English tak record lagi. Dan, dah
lama aku tak qiam. Entah bila tertidur tadi. dengan tangan still genggam pen kot.Awal dari biasa.
Usai
segalanya,tangan laju menekan keyboard menyiapkan kerja yang separuh siap, dan
kemudian baru aku sedar. Mimpi aku tadi pelik. Aku senyum. Sejak bila pulak aku
ni budak farmasi, setahu aku ,aku ni medical assistant. Aku senyum lagi.
"Awak ditangguh latihan untuk sesi 2013.dan awak akan dibuang dari
diploma farmasi! "
Saya tak
salah cikgu. Saya yakin saya tak salah.
AWAK
DITANGGUH LATIHAN.MUKTAMAD.
Saya tak
salah, dan demi Allah ,saya tak salah.
Aku
menjerit. Tapi kenapa semua orang seolah tidak peduli?
Saya tak
salah!! Aku menjerit lagi. Tapi, masih tiada yang peduli. Aku pandang kiri, aku
pandang kanan. Gelap,tiada cahaya. Perlahan lahan aku buka mata.
Oh Allah,
rupanya aku bermimpi.
Alarm
handphone mengejutkan aku dari mimpi. Allah. Mimpi yang sama. Apa yang Kau cuba
sampaikan pada aku ya Allah?
Dan pagi
itu, tidak seperti biasa. Aku tak sempat habiskan surah yaasin yang menjadi
rutin harian. Pagi itu aku kalut menyiapkan assignment recording. Dan aku sampai ke
dewan kuliah dalam keadaan exhausted. Jantung makin kuat berdegup. mungkin
kerana terlalu laju berjalan tadi. Mungkin.
Dan, dengan
tiba tiba subjek psikologi pagi tu diganti dengan ketua program yang membaca
nama-nama mereka yang telah dikenakan
anecdotal atas pelbagai kesalahan. Ketua program seriously marah pagi itu, dan
aku seolah olah dah ready. tak cuak . Bersedia untuk apa? Aku pun tak tahu, tapi yang aku
tahu, aku bersedia untuk something.
Nama demi
nama, akhirnya. Nama aku terlafaz juga dari mulut ketua program. Aku senyum
yang terkejut, senyum yang menahan sebak. Senyum yang menahan air mata. aku pandang kiri, semua orang seolah terkejut. entah. Langkah
aku perlahan ke pentas hadapan. Aku cuba cool, chill, steady. Tapi air mata
seolah olah tak sabar ingin menyapa pagi.
Tangan dah
start tremor (baca: menggigil),beratnya hati saat nak tulis nama sendiri..dan
bertambah berat hati saat nak turunkan tandatangan atas consent tu. Air mata
dah mula menyapa saat aku turunkan tandatangan pertama. Dan makin laju untuk
tandatangan kedua dan ketiga.
Aku bersoal jawab dengan hati, kenapa aku? Kenapa
tidak orang lain? Kenapa baru sekarang? Disaat aku mula diberi amanah? Kenapa
tidak waktu sem 1 dulu? Hati aku Cuma mampu diam. Seolah berserah dengan
segalanya. Air mata seolah make up semulajadi yang menghias wajah .
Sampai ke
tempat duduk, Fatimah dan anishah, genggam tangan aku erat. And time tu baru
aku sedar, semua mata pandang aku. Aku menangis macam dah bertahun tak
menangis. Entah. Kecewa dengan diri sendiri mungkin. Salah aku jugak sign
attendance tak betul betul, at last, dapat anecdotal atas kesalahan meniru
tandatangan. Padahal, tu memang tandatangan aku pun.
Semua ni
buat aku berfikir. Kalau kita tak menimbulkan kecurigaan , takkanlah orang lain
nak curiga dengan kita.kan?
Samalah
macam bab couple bagai tu.
Kita menafikan
yang kita couple, tapi cara kita behave dengan golongan versus tuh , cara kita
borak, cara kita senyum, semuanya just like kita dan dia couple. So, salah
siapa? Salah kita sendiri atau salah mereka yang salah faham? atau salah jiran sebelah rumah? ada akal kan? fikir lah :))
Kalau mereka
semua salah faham, so fahamkanlah mereka. Jangan buat mereka makin salah faham.
bila dah difitnah, mulalah hangiinn satu badan tak tentu pasal. kan?
Okey, dah.