Satu
jumaat, saat usia kian pantas mendaki puncak dan menurun lereng lereng usia,
Allah meniupkan namamu ke hatiku, a friend. And a ship long forgotten. Moga
rahmat Allah menemani setiap langkahmu dari sini ke negeri syurga.
………………………………………………………………………
Mataku
terarah ke satu sudut meja..“Bercinta kerana Allah”.
Tangan
pantas mencapai buku tulisan Misbah Em Mujidy,yang damai di atas meja, hadiah
dari seorang Adnin Fa’iqah yang aku
kasih 6 tahun yang lepas.
Helaian
demi helaian aku selak.
“pahala agung, bercinta kerana Allah” ..
haura,..genggam
erat tangan saya..pimpin tangan saya ke SyurgaNya..
Jangan
tinggalkan saya jika saya rebah,
Tegur saya
bila saya tersasar, semoga ukhuwah kita kekal hingga ke Jannah :’)- ila
mardhotillah
Sekeping
gambar aku dan dia, tersenyum girang . erat tangannya memeluk bahuku. mesra.
Ahh,.
Cepatnya masa berlalu. Seolah olah baru semalam dia jeling sombong kat aku.
Rindu seolah meranap lumat hatiku. Rindu pada dia, pada sebuah kenangan..
sungguh,. semua insan yang hadir dalam hidup kita, pasti akan pergi
meninggalkan kita, namun hanya parut kenangan yang akan sentiasa mekar berbunga
di hati..Allah.aku rindu…~
Rasulullah
pernah bersabda, orang yang mencintai sesama hamba Allah, semata-mata kerana
Allah nescaya akan dimuliakan oleh Allah- riwayat Abi Umamah.
“haura..
kenapa payah sangat nak jadi baik? Kenapa orang tak boleh terima kalau kita nak
jadi yang lebih baik? Kenapa bila ja kita nak jadi baik, banyak ujian yang
Allah datangkan? “
Wajahnya
merah, menahan tangis mungkin. Buku anatomi dan fisiologi aku tutup, lalu
tangannya aku genggam. Tiada yang lebih
perlu aku utamakan melainkan Cuma sahabat yang aku kasih, Fillah.
Baik tu
subjektif sayang .. Allah tak meletakkan definisi “baik” kepada sesuatu yang
tiada asas baik. Dan untuk mendapat asas kepada perkara “baik”, itulah yang
menyebabkan harga satu pengorbanan itu teramatlah mahal..
Nak jadi
baik tak susah .. Cuma bergantung kepada sejauh mana kita ikhlas. Aku senyum.
“Ikhlas tu
macam mana kita nak rasa awak? “
Aku senyum
lagi. Soalan nya ikhlas..penuh dengan semangat untuk belajar menjadi yang lebih
baik. Allah, muliakan dia sahabatku..hati ku terdetik doa buatnya.
“ikhlas tu
hanya ada pada hati yang merasa.. “
Tangannya aku
genggam erat seolah olah mengalir kasih sayang aku padanya.. Aku mahu dia tahu
bahawa kasih aku padanya tak pernah bertepi. Dan takkan pernah bernoktah.
“bila mana
kita ikhlas, hati kita pasti akan ada rasa something. Rasa yang mendamaikan jiwa, yang menenangkan
hati.. seolah olah mengalir bagai air yang sejuk di padang sahara yang terik.”
Wajahnya
tunduk menekur lantai. Aku tahu, masih bersarang kesedihan dihatinya..
“Kenapa
orang tak boleh terima kita nak jadi baik?..”
Aku
memandang mata beningnya. Sayu. Allah, kuatkan dia yang aku kasih.
Bukan
begitu sayang.. bukan orang tak boleh terima kita, Cuma mereka sendiri tidak
menyukai perkara kebaikan, lalu bagaimana mungkin hati mereka mampu untuk
sebati dengan diri kita? Haritu ,saya ada dengar IKIM , adalah satu kata kata
prof. Muhaya. Katanya, orang yang baik, Allah hanya izinkan dia berkawan dengan
orang yang baik jugak. Allah tak pernah
letakkan sesuatu jika tiada sebab. Dan mereka yang tak boleh terima kita
berubah menjadi yang lebih baik, beerti mereka tak layak untuk kita.
Cewah, ayat macam bangga sangat je kan,:D tak,
ini bukan ayat nak bangga diri ke hape,
ni ayat untuk bagitau semua orang yang
CHANGE TO GOOD IS NOT A CRIME. Kita bukan curi kabel ke apa, kita Cuma nak curi kasih sayang
Allah, salah kah? “ aku senyum
Dia
tergelak, hati aku damai melihat senyumannya. Beerti, aku Berjaya menghiburkan
hatinya,. Allah.alhamdulillah :’).
jadi awak yang saya sayang..jangan sedih sedih,
sebab Allah tahu apa yang kita tak tahu. Biar mereka sisihkan kita, tapi kita
jangan pernah sisihkan mereka. Hati kita Allah yang pegang, dan hati mereka
juga. Berdoalah. Mintak dengan Dia yang
di atas sana , yang tak pernah
sekali pun lupakan kita tu ..Allah tu
Maha Tahu sayang :’)”
“Kenapa ja
bila kita nak jadi baik, banyak ujian Allah datangkan?”
Sayang ku
yang Allah kasih, Nabi Muhammad tu kekasih Allah, tapi dalam sejarah islam,
Nabi Muhammad adalah seorang Nabi yang ujian datang kepadanya tak putus putus.
Allahuakbar. Ada ke nabi balik mengadu mengeluh? Tak ada kan, ada ke nabi makin
jauh dengan Allah bila dapat ujian yang hebat- hebat? Tak ada jugak kan,
Allahurabbi. Hebatnya baginda Rasulullah. Orang pakat semua baling batu pada
Rasulullah waktu Nabi kat Thaif . tapi nabi buat apa? Ada nabi balas baling bom
ke ajak geng ke serang, ada? Tak. Nabi tak buat semua tu , Nabi Cuma angkat
tangan dan mintak dengan Allah supaya Allah bagi hidayah pada mereka. See, doa
tu senjata mukmin. Senjata yang paling ampuh!
tapi kita ?
pernah terfikir? Dah kena booooo~ sekali terus longlai semangat nak berdakwah,
tu tak kira kena menganjing bagai lagi.., sah sah kalau kena menganjing bagai
terus makan panadol 15 g ( 30 biji), heh. Suicide terus. Allah dah cakap dalam
Quran. . bilamana kita cakap “ok, aku ni orang beriman tau..” pasti, lepas tu Allah akan terus uji kita.. tu
janji Allah. (2:214) Saya bagi satu
analogi, dalam kita belajar, nak tahu kita betul betul paham ke tak sesuatu
topic tu, cikgu akan buat exam kan? Haa macam tu la jugak Allah.
Dia nak tahu
sejauh mana kita kuat bertahan dengan apa yang kita cakap. Makin hebat
ujian yang Allah bagi, makin tinggi darjat kita disisi Allah,
inshaAllah. Tu la aim sebenar kita ”
adni
fa’iqah tunduk menekur lantai.
 |
bulatan gembira^^ |
“Awak,
pandang sini..”
“ walau
siapapun awak dulu, saya tetap kasihkan
awak..
Walau
siapapun awak nanti, saya akan tetap sayang awak.. saya tak nak Allah tarik
nikmat syurga dari kita, sebab Allah dah berjanji, jika ada diantara
hambaKu yang berkasih kerana Aku, maka
pintu syurga terbuka seluasnya untuk mereka.. jadi, saya taknak termasuk orang
–orang yang rugi. Bukan Cuma rugi dunia, malah rugi berlipat kali ganda di
negeri akhirat sana, nauzubillah”
Aku senyum sendiri.
Kenangan lama singgah menyapa malam ku.
Sekeping gambar lama aku tatap. Rindu masih tak bertepi :’)
Allah,
temukan kami di SyurgaMu Ya Allah. Amin.
Dan kini,
seorang Adnin Fa’iqah benar benar
menjadi wanita acuan Al-Quran. Peribadinya mulia, tutur bicaranya seolah
menebarkan haruman taman –taman syurga,
damai. Ya, dia mungkin tidak sempurna Aishah isteri Rasulullah, tapi
ketidaksempurnaan dirinya bukan bermaksud dia tidak layak untuk disanjung
sebagai seorang wanita yang dihormati.
Kerana
mencintai sahabat adalah jaminan untuk ke syurga, maka aku mencintainya
bagaikan Khadijah mencintai Muhammad.
Kerana
mengasihi sahabat adalah kemuliaan di sisi Allah, maka aku mengasihinya setulus
Adam mengasihi Hawa. Biiznillah..amin.
Haura’
Kskb sultan
azlan shah/28 mac 2013
#notakaki:
mungkin tak semua mampu untuk membahagiakan hati sahabat, dan setiap orang
punya cara tersendiri. Dan ini cara saya. Untuk melafazkan depan depan, saya
takde kapur kasut atau kiwi kasut nak
cover muka nih, tak ada topeng atromen nak tutup gelabah nih, takde
bantal yang cukup besar nak hide rasa
segan^^” ngehee~
Dia ( yang
dimaksudkan) adalah seorang wanita solehah dan muslehah inshaAllah . dan cukup
syarat untuk jadi isteri solehah. Hii^^
walau siapa pon pemilik hatinya selepas Allah dan Rasul nanti, saya
yakin, awak pasti bahagia punya dia, seperti mana saya bahagia mengenalinya, bahkan
lebih lagi ..
Amin ya
Allah.