kita hamba, hanya
mampu meminta dengan penuh keterbatasan. Sedangkan Tuhan selalu memberi dengan
kesempurnaan. Belajarlah bersyukur. Telan semua perit dan payah ,biar hadam
hingga ke dasar intestine. --
Sudah lama mahu bersuara, tapi risau andainya ada saraf yang
silap menghantar impulse, lalu impak yang positive menjadi tikaman negative,
yang perlahan lahan akhirnya membawa engkau makin jauh dari aku. Tapi aku tidak
mahu bersabar lagi. Aku mesti bergerak, sebelum aku benar² rebah!
Dalam bersahabat, bersangka baik adalah tingkatan yang
paling terbawah. Dan sungguh,aku tidak mahu selamanya berada di takuk lapuk.
Setiap kali aku cuba mendekat, aku selalu merasa engkau jauh. Dan bila engkau
benar dekat, aku jadi kaget. Tingkah engkau sudah tidak sama. Barangkali masa
benar menjadikan engkau matang. Atau aku yang terlalu prejudis?--
Tapi, seiring masa juga tali ini makin kendur. Halaqah sudah
menjadi asing, dakwah semakin susut, tarbiyyah kian kering. --
Dulunya, kita pernah berjanji ,untuk menjadi sahabat sampai
Syurga. Tapi, belumpun sempat kita menginjak usia tua, ukhuwah sudahpun mulai
rapuh. Apakah ini yang kita namakan ukhuwah till Jannah? Atau cuma itu
trademark setiap bulatan gembira? --
Az-zukhruf:67
" dan sahabat karib pada hari itu sesetengahnya akan
menjadi musuh kepada sesetengahnya yang lain kecuali orang² yang
persahabatannya berdasarkan taqwa "
Aku hairan. Kita bertemu, tapi tidak mendekatkan kita dengan
Tuhan. Kita bersua muka, tapi tidak mengingatkan kita kepada Tuhan. Apakah
nikmat 'sahabat yang baik' sudah ditarik Allah? Allahu Allah. waiyyazubillah.
Terkadang aku jadi penat untuk memahami. Mahu sahaja aku
melupakan sahaja , tapi apakan daya hamba. .aku rindu. Rindu kita yang dahulu,
yang berkongsi cerita dan air mata. Tidakkah engkau juga rindu seperti aku?
kalian kesayangan aku, mana mungkin aku kuburkan sahaja. Aku mahu bertahan,
kerana nilai ukhuwah ini terlalu mahal untuk aku gadaikan. Tidak mahukah engkau
turut bertahan bersama aku?--
Sahabat, ini nota hati aku yang tidak mampu aku luah dengan
kata². Ini coretan rasa yang tidak mampu aku gambarkan dengan tingkah dan
bahasa. Aku juga terkadang tersadung di persimpangan , dan aku harapkan engkau
akan menghulurkan tangan. Tapi aku silap, itu semua kisah semalam. Di saat kita
semua masih utuh dan kukuh. Dan aku berdoa, suatu masa, saat itu akan kembali.
Titian kasih sayang kita adalah Allah, lalu mana mungkin ia bisa patah!--
“Autumn days will fade away, but memories will always stay
the same. I'm hoping you will never change. Just don't ever change " -
dear juliet, never change