dulu, orang yang kita pernah rapat lagak bestfriend forever
ke mana dia pergi ada kita. Hari ini, kawan yang pernah kita pertaruhkan
separuh nyawa kita untuk dia dah pun menjadi coretan kenangan. Taknak kata apa,
sebab hakikatnya memang begitu.
" kadang-kadang orang kita rapat bergelak tawa sekali
makan satu meja tidur satu bantal bukanlah oran g yang kita paling rapat
sebenarnya. "
"apa keling ayat macam tu ."
"dan orang yang kita tak rapat, kadang dia orang yang
paling kita rapat"
"falsafah saaaangat tu"
". . dan, kadang orang yang kita sayang dan orang yang sayang
kita hari ini mungkin juga akan berubah esok hari"
"kenapa?"
"tak kenapa, falsafah hidup memang begitu"
"Lol"
***
suatu waktu dulu,
ada hati yang aku mesti jaga, mesti aku lambung lambung,
kadang pula hati sendiri terkesot sampai bawah katil. Tapi, aku tak ambil
pusing, sebab aku mahu usahakan agar benar kasih sayang tu kerana Tuhan. Penat
jugak sebenarnya, pernah la rasa nak give up, nak forever alone. Gitu. Tapi,
mengenangkan ada tugas yang mesti dilakukan, sakit mana pun aku tahan juga.
Pernah aku mengadu pada dia yang aku namakan wawa . Pada dia
aku melepaskan keluhan aku pada rasa bersahabat yang bagai langsung tak
dihargai. Aku luahkan air mata yang menyesak dada. Pada dia juga aku ceritakan
tentang kondisi hati aku yang makin rapuh dalam jalan juang. Aku rasa, aku tak
punya teman untuk seiring berjalan atas batu kerikil. Setiap kali ada, setiap
kali itulah Allah jarakkan aku.
dalam diam, wawa menggapai tangan aku. Katanya, hidup memang
begini. Dia juga begitu, adakala dia rasa kawan itu cuma ada bila time nak
outing pergi shopping, bila nak berprogram yang fun-fun. Usrah terabai, sebab
yang menggerakkan cuma sedikit. Yang lain, tak memberi tenaga hanya tahu
melabelkan diri .
tidaklah. tidaklah aku rasa aku ini hebat dalam lapangan
dakwah, tapi satu rasa yang sering membuat aku down bila berada dalam jalan ini
adalah bila mana sahabat kita yang dah kita pertaruhkan nyawa kita atas diri
dia tiba-tiba berpatah arang kerana dunia shawl dan android lebih mengujakan
dia.
tidaklah bermaksud aku tidak begitu, aku juga sama. Kerana
merasa lemahnya aku, maka kerana itulah aku mencari-cari dan akhirnya hati aku
terpaut pada satu dahan yang dah bertahun aku tinggalkan. Alhamdulillah,
walaupun aku bukan tergolong dalam kalangan "sayang" mereka itu, aku
kini boleh stand atas kaki aku sendiri, kerana akhirnya aku sedar, untuk hijrah
kita perlu korbankan sesuatu. Korbankan dia yang paling berharga buat aku suatu
ketika dulu, dia yang sering aku bahagia dengan cuma ada dia, dia yang membuat
aku seronok bersahur setiap pagi walaupun cuma biskut mayat dan milo kosong.
sekarang aku faham, erti sahabat bukan pada kita yang
melabelkan sahabat, tapi pada sejauh mana dia membawa kita mendekat dengan
Tuhan.
aku harap, hadir aku pada dia suatu waktu dulu, pernah mendekatkan dia dengan Tuhan. Sepertimana dia membawa aku pada Tuhan. Dan, meski hari ini tidak lagi kita yang dahulunya seiring sejalan , aku kirimkan doa moga engkau bertemu dengan insan yang lebih baik dan lebih layak buat engkau, berbanding aku yang serba kurang.
"bila aku tengok gambar lama, baru aku faham erti kawan
sementara"
aku tak salahkan sarawak, tak salahkan pantai puteri. Tapi
di situlah tempat yang meninggalkan coretan pilu untuk aku. Kalau boleh mahu
aku putarkan waktu dan padamkan segala cerita air mata yang ada di situ.
aku juga tak salahkan waktu yang hilang. Juga waktu yang aku sia-siakan untuk menghargai orang di sekeliling aku. Tapi, bohonglah kalau aku kata aku tidak menyesal.
andai saja boleh aku ulang, dan putar waktu. (':
ukhuwwah dan kasih sayang itu kita tak boleh paksa orang
untuk terimanya. Ia adalah satu hasil yang terjadi kerana tindak tanduk kita
sama ada ikhlas dari hati atau cuma sekadar atas kertas bisu, dan kita sendiri
juga turut terkena penangan ukhuwah dan kasih sayang tu sehingga buatkan kita
mahu lebih dekat dan lebih sayang pada entah siapa-siapa itu.
saat perkenalan kita bermula,
kita ibarat telah berjanji untuk sama jatuh sama cedera sama
bangun sama melompat. Kena bersedia menghadapi setiap mehnah dan tribulasi yang
bakal muncul. Hidup ini formula dia senang, di mana ada jalan disitu ada
kejayaan, timbangannya pun mudah, berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Di
mana ada manis, pasti bersamanya ada juga pahit. Maka, kita kena berusaha
pasakkan minda bawah sedar kita untuk bersedia menangguk segala kelemahan
sahabat kita, dan walau apa apa pun yang terjadi , kita tidak akan mudah
melepaskan diri kita dari dia. Sahabat kita juga mesti berfikiran yang sama .
dan , ukhuwwah itu bukan milik orang tertentu, ia milik
semua orang hatta seteruk mana pun darjat dia. Kerana, mungkin ukhuwah yang
kita julang pada hari ini adalah tanda sayang yang tak berbelah bahagi lalu
menjadi tiket yang tak terbayang untuk ke syurga.
konklusi yang dapat aku fahami,
bahawa sikap aku yang mudah menjauhkan diri bila diri aku
ternyata tidak dihargai adalah satu tindakan yang salah. Biarlah mereka tak
include kan aku dalam group geng watsep mereka, biarlah mereka tak pernah ajak
aku melepak menonton minion atau apa sahaja, tidak beerti aku mesti melepaskan
mereka. Cinta itu tak bersyarat, walau apa pun yang mereka lakukan, aku berhak
sayang mereka seikhlas hati aku. Tak perlu aku pendam seperti orang yang hilang
anak, aku mesti hidup untuk mereka agar mereka tahu satu masa nanti bahawa aku
sebenarnya ada untuk memapah mereka kalau mereka jatuh.
konklusi ini adalah teori semata, dan ianya memerlukan
aplikasi agar objektif dan matlamat ukhuwwah itu sendiri tercapai.
jangan sayang mengikut musim.
bila senang mendekat, bila susah saling menjatuhkan. Jangan.
cukuplah, sebenarnya hidup kita ini saling menyakitkan hati
orang yang terdekat . Kita terlalu sibuk mencari punca sehingga menuding jari
ke situ ke sini. Sampai kita lupa bahawa yang silap itu kita yang salah itu
juga kita.
entri ini, aku tulis.
kerana aku tahu dalam bersahabat, ada yang terguris dan
termakan hati. Ada yang bergusti di laman sosial hingga lupa Tuhan sentiasa
menyaksikan.
![]() |
throwback: ehee 1214 (: |
rindu zaman kanak-kanak T.T