Arnab yang menjadi perantara aku
dan Allah hul adzhim (‘:
Seekor arnab
juga adalah symbol kepada dunia. Tidak kekal. Yang hidup, pasti sampai saatnya
dia mati.
Dia tiga beradik, lahir 5 April
2015. Seekor dari mereka sudahpun terlebih dahulu dijemput Ilahi. Aku ini
manusia yang tidak kental hati bila berdepan dengan kehilangan,kerana bila
sudah sayang payahnya nak melepaskan Allah saja yang tahu.
Pemergian arnab yang comel itu
buat aku sedar, yang aku tak ada kenangan yang banyak dengan dia. Cuma ada 3
keping gambar yang aku tangkap masa dia tengah tidur. Cuma itu. Lalu, dua ekor
lagi aku ambil, letak dalam bakul cantik-cantik. Sebab ibu arnab terlalu ganas,
sampai mencederakan anak-anak dia jadi aku nekad biarlah aku yang jaga. Aku
letak dalam bilik, sampai masa menyusu aku keluarkan ibu dia dari sangkar dan
letak dalam bakul. Sampai anak arnab kenyang –siap tergolek dengan perut
memboyot barulah aku pisahkan lagi mereka.
14 April 2015
masa tengah nak menyusukan
anak-anak arnab dapat berita penempatan kerja dah keluar. Aku yang excited
mengadap lappy terus lupa anak-anak arnab dalam bakul- depan pintu dengan ibu
dia. Ibu arnab sifat dia tak protective macam
kucing. Dan bila dia rasa terancam dia akan lari. Aku tak sedar entah
kucing liar mana masuk dan culik seekor dari anak anak arnab aku.
Adik aku yang bongsu datang cakap
“ kakak, arnab kakak tinggal sekor ,sekor lagi mana?”
Masa tu aku rasa kelam sekejap.
Mana arnab aku?
Aku cuba positivekan diri. Sebab
arnab aku yang ini dia bertubuh besar
sikit dan sangat suka memanjat. Jadi aku cuba positive kalau kalau dia memanjat
pastu sesat kat celah celah sofa atau meja ,sebab arnab aku ini masih buta dan
pekak. Mata dia belum terbuka, dan telinga dia belum boleh mendengar. Dia cuma
ada deria bau untuk buat dia kenal jalan dia.
Bila adik aku cakap yang dia
Nampak tadi ada kucing oren duduk depan pintu tengok bakul, aku pun terus
berlari keluar cari kucing tu, masa tu hujan renyai , aku risau kalau kalau
baby arnab aku masih hidup, mesti dia kesejukan. Baby arnab dia tak boleh sejuk
sejuk, dia tak boleh basah. Sebab bulu dia belum cukup tebal, dan kulit dia
nipis. Aku pusing satu rumah, aku ikut kucing tu tapi tak ada jugak.
Lama mencari, sampai aku lupa
yang aku belum solat zohor lagi.
Masa tu, dalam hati berat hanya Allah yang
tahu. Dalam solat aku menangis, sampai habis solat. Dalam doa aku mintak dengan
Allah, moga baby arnab aku cuma sesat,bukannya dibawa lari kucing liar. Renyai
hujan seolah menambah rasa yang membuku. Aku buka camera, tengok video-video
dia, tengok gambar gambar dia. Baru semalam aku ambik gambar. Bila diangkat dia
menggeliat comel. Aku rakam gambar dia. Gambar dia dan adik dia, dan gambar dua
ekor lagi anak arnab aku yang dah pun besar dan sihat.
Aku harap, nanti dia jumpa jalan
balik. Tertidur dengan kamera di tangan. Dalam mimpi, dia muncul. Macam cliché
, macam drama pun ada. Tapi hakikatnya aku mimpi dia datang, depan pintu bilik.
Terjaga dari tidur, cepat cepat aku bukak pintu bilik. Hampa. Sungguh mimpi
benarlah mimpi.
Keluar bilik, emak bagitahu.
Jiran sebelah Nampak kucing oren macam gigit arnab bawak lari ke rumah hujung
jalan. Emak cakap, jiran sebelah cuba kejar kucing tu sebab nak selamatkan anak
arnab tu tapi dia tengok kepala anak arnab tu dah terkulai. Dengar saja kepala
arnab terkulai, aku masuk bilik dan menangis sekuat hati. Seksanya kematian
dia. Padahal dia baru ja tengah happy kekenyangan dapat menyusu dengan ibu dia.
17 April 2015 Jumaat
Kullu man kaana faan. Wa yabqa’
wajhillahi zuljalaliwalikram.
Sungguh dunia dan isinya tiada
yang hidup lebih lama dari sesaat bila saja seruan izrael telah bergema
memanggil menjemput ke dunia abadi.
Superman. Dia yang aku gelar
sebagai superman kerana kuatnya dia bertahan disisi aku. Seekor arnab comel
yang sangat suka memanjat tangan dan kaki aku. Aku tak tahu di mana silap aku
dalam menjaga dia, sungguh jika Allah izinkan aku sedikit waktu lagi mahu aku
curahkan sayang yang tak bertepi buat dia. Namun perancangan Tuhan lebih indah
dan penuh berkat berbanding aku yang selalu merancang dengan emosi dan hati
yang penuh contengan.
24 April 2015
Chici arnab yang sangat comel,
arnab karpet pula dijemput Ilahi. Maka kini, tinggal cuma seekor arnab di bawah
jagaan. Chaca-
Allah, ampunkan aku jika
sekiranya pemergian mereka adalah kerna aniaya aku pada mahlukMu. Sedang aku
begitu cuba menyayang mereka sepenuh jiwa .
Allah, pada siapakah lagi harus
aku mengadu rindu dan sakit ini? Berpisah dengan binatang kesayangan sudah
mengundang peritnya jiwa, bagaimana jika aku kehilangan insan yang mengisi hari
hari aku?
Allah, sungguh di dalam bisik dan
di dalam tawa hanya denganMu jua aku tenang. Dan sungguh kataMu di dalam kitab
suci AlQuran, bahwa mati itu adalah sebaik-baik peringatan.
Allah hadirkan seekor arnab
sebagai pengubat pilu tika putus harap, yang mampir menghadiahkan tawa dan
bahagia. Sungguh anugerah Allah pada aku tidak bertepi padahal aku ini selalu
melupakan dia.
Luka pemergian dia masih lagi
membawa air mata rindu meskipun telah lama dia tinggalkan aku. Aku ini kalau
sudah sayang berlari sejuta tahun pun masih payah melupakan. Allah, sungguh rindu ini rindu yang penuh
misteri, asaskan lah ia dengan cintaMu agar tidak lari aku dari jalan Mu dan
agar kekar kaki aku ini melangkah di jalanMu.
Arnab arnab yang aku cinta,
terima kasih kerna sudi jadi
peneman tidur dan jaga aku. Terima kasih kerna hadir sebagai seekor arnab yang penuh keindahan. Terima
kasih kerna tawarkan aku sebuah kebahagian meski ia sementara. Terima kasih
kerna bangkitkan aku dari lena panjang. Terima kasih mampir mengubat duka dan
air mata.
Allah.
Temukan kami di syurgaMu yang
serba indah.
Kerna ingin sekali aku
menjadi hamba terpilih yang dijemputmu
mengisi ruang Jannah
Bertemankan dia yang aku kasih
Allah.
Rindu ini membuatkan aku tahu di
mana akhir jalan hidupku.
Mata ini seluasnya terbuka dengan
ujian dariMu
Teruslah ketuk aku dengan
tarbiyahMu
Aku tidak mahu waktu aku menjadi
lembar yang sia sia di bumiMu
Allah.
Izinkan aku mengetuk pintu hati
ahli hatiku
Untuk bersama denganku ke
SyurgaMu
Kerna sayang aku tidak mahu
melangkah bahagia sendiri
Bantu aku wahai Tuhan pemilik
setiap detik waktu
Jadikan aku hamba yang Engkau
redha dalam lena dan jaga.
Wahai Allah pemilik langit
dan bumi serta seisi alam. Sampaikan
salam aku buat dia, superman dan cintaku baby arnab semuanya.
Moga mereka menjadi saksi atas
amal baikku di dunia. Ampunkan aku atas khilaf di atas muka bumi. Aku mahu
terus menangis mengenang dosa yang menggelapkan hati. Aku mahu bisa terus
terbuka hati untuk dipimpin terus dalam cahaya rahmatMu.
Salam sayang dari penghuni bumi
milik Tuhan; syahira-haura’/28 april 2015/9 rejab 1436H