November 14, 2015
Hold fast to dreams,
for if dreams die,
Life is a
broken-winged bird, that cannot fly”-langston hughes
Aku tak pernah se happy tu kerja, perasaan dia macam first
time aku full heartedly doing something. Dan , bila nak melangkah keluar tu
baru terdetik dalam hati “ Allah, terima kasih sebab hadiahkan aku memori yang
dah lekat dalam hati .
It was my last day at emergency department.
Tapi sungguh, aku rasa seronok kerja, seronok bila orang
sekeliling sama sama buat kerja dengan kita, takde yang curi tulang, doctor pulak
walaupun emosi sekejap tak tentu tapi still tak jerit jerit bodohkan kita. Maybe
sebab apa yang dia order semuanya siap on time-
Pukul 3am, redzone dah takde pt. HO tidur dekat bed 6, MO ,
PPP senior dengan SN tidur kat kaunter. Aku habiskan #chenta dekat cardiac
table. Sambil membaca sambil layan perasaan. Tengok semua orang tidur nyenyak,
aku jadi tersenyum. Penat mungkin. Tadi berperang dengan macam macam shock,
VT-VF-nasiblah ada si Lucas , haha. Thankyou Lucas-machine CPR yang tak pernah
penat
Aku seorang dressar- dressar yang baru melangkah ke alam pekerjaan, yang masih blurr bila orang sebut start
strep untuk patient MI- and i was like, strep? What strep? Streptomycin? eheh
Hari-hari kalau tak kena marah tak sah.
Tapi, kadang aku sabar. Aku diamkan saja.
Pernah jugak satu hari, sabar aku menipis. Bila patient
india jerit jerit untuk abrasion wound
yang cuma sikit dekat kaki, aku jadi kurang sabar. Tapi aku diamkan
lagi. Bila aku letak bp cuff untuk check tekanan darah dia, dia jerit maki maki
aku, cakap sakit. Padahal aku Nampak baru sekejap tadi dia tampar bahu kawan dia
pakai tangan tu. Sandiwara yang amat -.-
Aku pun jerit wohoii engko jangan nak berlagak depan aku,
jangan nak buat buat sakit , aku tampau engko kanggg ! sambil singsing lengan
baju bersedia untuk hadiahkan penampar sulung- heh.
Tapi sayang, jeritan itu cuma bergema dalam hati- lepas
habis jerit dalam hati, dan patient tu dah masuk dalam tunggu, aku tergelak
sensorang. Lawaknya lahai aku ni. Penakut sangat. Hhaha.
Entah apa yang aku berani.
Tapi bila fikir fikir balik, atleast aku boleh kawal marah
aku. Sabar tu senipis mana pun dia, tetap dia ada bersarang lagi. Pesan pada
diri- sabar itu iman (:
Aku ingat lagi, first time aku kena marah dengan dr farah
mirzana, aku terkelu. Sebab aku tak pernah kena jerit macam tu setelah sekian
lama, tiba tiba kena jerit dekat pintu yellow zone. Aku macam down 5 minit,
pastu aku pergi depan Syaaban tanya kenapa, aku cakap kena marah sebab lupa nak
present umur patient kat doctor. Syaaban gelak ja, dia cakap tu baru sikit.
time tu aku macam dah , oh, ni baru sikit? Maksudnya,there
will be another second third fourth and yada yada. And satu yang aku belajar,
aku tak pernah lupa lagi dah nak present umur patient kat doctor. Terima kasih
dr Farrah mirzana (: !
dan, selepas itu, apa yang syaaban cakap semuanya betul. Hahaha.
Banyak sangat , amat-paling kena marah, kena maki, kena jerit. Berapa banyak
kali aku menangis tak dapat menahan rasa. Marah sabar bertukar ganti sampai aku
hilang punca. Jatuh bangun balik, jatuh kena sergah, bangun balik. Jatuh balik
sebab dikata bodoh, aku balik aku belajar. Aku balik aku menangis. Aku balik
aku tidur. Aku lupa waktu aku semakin berlalu. Aku lupaa saat dan minit tak
berhenti berlumba meninggalkan aku. Dan bila terjaga, cepat cepat aku bangkit,
belajar balik segalanya, belajar balik bertatih. Belajar terima semua qada’ dan
qadar Allah- belajar redha.
This is my battle, to
stop is to die.
Hari-hari berlalu, aku kenal senior senior , mana yang aku
boleh percaya untuk kurangkan resah dan gentar dan mana yang aku kena get ready
mental and physical kalau assignment aku sekali dengan mereka. Dan, mana satu
senior yang memang akan tak ada the whole shift, which means “ syahira, kau nak
apa apa, kau tak tahu apa apa, kau survive la sendiri. Aku nak balik, tido. Nanti
aku datang, aku punch out” gitu-
Dan, sememangnya dari situ juga aku belajar. Belajar hati
dan budi manusia manusia. Ada yang aku percaya seluruhnya, sampaikan aku boleh
tak stop bercakap dan bercerita. Dan ada yang aku terlalu awkward, sampaikan
nak cakap nak pergi makan pun aku takut-
Ada yang mengajar aku, aku kena pandai beza bezakan naluri
rasa dan kena kuat. Lapangkan dada, pasakkan dalam hati, apa jadi kat tempat
kerja, jangan bawak balik rumah. Dan apa yang jadi kat rumah jangan bawak datang
tempat kerja-
Dengan cara tu, barulah aku takkan mental break down.
Tapi, hari hari aku mental break down sebenarnya. Hahaha. Siram
lah aku dengan kata kata motivasi macane sekalipun, kalau aku sendiri yang pilih
untuk stress, rebus buku motivasi bagi aku minum pat puluh hari pat puluh malam
pun takkan bagi kesan apa apa.
Serius, apa apa pun kau sendiri kena buka hati kau, untuk
positive- untuk ambil segala tribulasi yang datang sebagai ujian dan mehnah
untuk lebih Berjaya- for a bright future. Gitu-
“ Andai tiada
kebaikan pada apa yang kita benci,
takkan ada jua
kebaikan pada apa yang kita cinta”- salim A. Fillah
aku ingat lagi, masa practice table top, aku jadi team red
zone. Dan , dr rashdan panggil aku sebagai suara-suara halus. Sebab aku tak
berani nak ke depan, aku cuma berbisik pada si salam, yang waktu tu salam jadi
MO incharge kat red zone. Dan yang paling aku tak boleh lupa, bila boss inject
situation, orang orang dekat site semua dah penat dan kelaparan, makanya apa
tanggungjawab incharge red zone untuk pastikan keadaan terkawal. Salam cakap
hantar makanan kat diorang, incharge keraskan suara tanya, nak makan apa, aku
spontan jawab nasi lauk ayam.
Tersedak semua gelakkan aku. Habis, itu ja makanan yang aku
fikir kenyang :3
Masa tabletop, aku jadi incharge PPA. lahai, sweetnya
memories dengan budakbudak ni, dengan encik syahmi, dengan encik lan. Hahaha
Field triage jabatan, aku panjat tingkap nak selamatkan
loges. Seronoknyaaaa feel bila dapat buat something yang kita sukaa, walaupun
lepas tu kena banned. Haha.
10/6/2015- firstime aku datang lewat, aku punch in 0705. Pastu
takut yang amat takut kena marah macam masa student dulu. Masuk masuk ja kerja, terus pergi response
case, tak berhenti sampai petang. Dan petang tu, ada moulage first responder,
aku aku jadi team PRA 1, dan sangat kelaut -.-
Boleh bayang lagi kat kepala muka kecewa ciklan, pn
jehan,ciksyahmi, dan muka boss yang macam “ grrrr terukkk! “
At the end, helmeey (yang berlakon jadi patient) asystole kat red
zone. Wassalam-
Ahh dah zohor, lamanya aku menulis. Okaylah selesai part 1-