Tuesday, November 20, 2018

Berjuang demi mimpi

Berjuang demi mimpi mimpi-

Kecil sahaja aku ini di mata mereka. Aku dibuli mental dan jiwa. Sudah beribu kali air mata menitis mengenang halnya diri. Sudah berjuta kali jatuh tersungkur bangun kembali. Demi Ilahi, kerja ini kerana Illah. Tiada daya dan tiada lelah, melainkan cuma hanya untuk Dia.

Sayap aku ini tidak laku untuk terus terbang tinggi. Aku harus mulai dari titik satu. Bertatih dan berdikit. Tiada satu hari yang aku lalu, menjadi jalan pintas untuk aku berjaya. Sekarang, ditakdirkan Tuhan aku punya kerja yang menjamin makan dan minum. Namun, penat dan lelah , perit dan sakit harus saja aku telan. Demimu Tuhan, semata. 

Sikit saja ikhlas yang berbaki. Aku usung segala pedih, bertukar ke tempat baru. Masih menggalas kerja yang sama, cuma dikeliling manusia yang baru, juga batu yang mencucuk langit. Gah. 

Hari pertama menginjak kaki, segalanya dilalu dengan hati yang pasrah. Hanya mahu menyara diri dan keluarga, tiadalah syarat lain melainkan cuma hanya kerana Tuhan.

Namun, tidaklah semudah itu mahu terbang. Tidaklah terus terapung tinggi. Tidaklah pantas membelah bumi. Hakikatnya hidup ini, tidaklah semanis mimpi yang kita bina. 

Dimaki. Dicerca. Diherdik. Sudah kalis diri ini. Di awalnya berjuta titis air mata yang jatuh sudah, mohamad fadzlen menjadi pendengar yang paling setia. Marah aku, tangis aku, dipendam jauh di lakaran hati, yang terluah cuma dengan luahan di balik pintu. Kekuatan aku bertambah, berdikit dikit membiasakan diri. Tuhan tidak kejam. Aku yakin aku mampu, sepertinya segala ini tidaklah pernah menjadi beban, bahkan cuma ujian untuk menambah titik iman di hati.

Kini genap setahun, aku kini sudah sama rata dengan mereka. Hampir. Tidaklah seluruhnya, tapi sekurangnya, aku kini dipercaya mereka, dan pendapat aku kini setaraf mereka. Alhamdulillah. Sabar itu ada hasilnya. Bukan sekadar menunggu tanpa berusaha, bahkan sabar itu beerti berusaha mengawal diri dalam tempoh yang Tuhan beri. 

Tidaklah hebat setanding yang lain,cuma pada aku, inilah tahap yang aku syukuri. Semoga Tuhan hadiahkan segala yang indah, membantu aku untuk kembali terbang, menyembuhkan sayap aku yang pernah patah. Walau aku tahu, aku mungkin tidakkan terbang segirang dahulu, tapi sesungguhnya, sekecil usaha itu yang dinilai dimataNya♥️


Doaku, selalu ada kebahagian, meski aku tidak lagi bisa terbang tinggi. 

Saturday, September 08, 2018

Another cheap-rant

Alhamdulillah, thummalhamdulillah

Tiada yang lebih indah, melainkan cuma kalimah memuji Mu- wahai ุงู„ู„ู‡ Yang Maha Esa♥️

Lakaran 1

Hampir 8 purnama kita berkongsi ruang dan waktu, meniti hari hari yang penuh dengan tawa dan tangis. Beribu onak kita telusuri bersama, hingga tidak terasa pedihnya ditiris duri. Berjuta rahsia kita singkapi, mengenal diri dan hati, membuka ruang untuk saling memahami.
Pesan ibu pada aku, kau keutamaanku. Aibmu dan aibku, biar bertemu hanya ketika kita berdua. Bukan untuk diadili di mata manusia lain. Aku sering titipkan pada Tuhan, untuk selalu menjaga aku dari menjadi isteri yang tidak diredhai. Waiyyazubillah.

Setiap purnama 22haribulan, aku tuliskan sekeping warkah. Untuk suami tercinta, kelak nanti di ulangtahun kami, akan aku serahkan 12 pucuk surat buatnya. Semoga, selalu ada kenangan yang takkan terpadam antara aku dan dia. Biar sekalipun terkadang ada tangis, itu lah kenangan yang mendidik hati untuk selalu bersabar, saling menguatkan dan tidak pernah putus harapan.

Lakaran 2

Sudah lama daerah ini terbiar sepi. Tanpa penghuni. Sesekali terlintas juga rasa mahu “public” kan blog aku. Tapi entah. Mungkin belum masanya. Masih selesa bersendiri di ruangan ini. Bisa bercerita tanpa runsingkan tanggapan orang. Ah, aku masih aku. Cinta pada penulisan tidak pernah padam. Masih ada, cuma tidak sesubur dahulu. Berkali aku bilang, mahu tulis buku, mahu tulis buku. Tapi, belum ada idea nak tulis tentang apa, dan lagi, laptop pulak problem. Bertambahla alasannya.

Oh ye, bercerita soal aku. Alhamdulillah sekarang Allah hadirkan satu ruh di dalam rahim, ulama kecil inshaAllah. Sudah meniti bulan ke-5. Nanti aku rajin, aku nak coretkan kenangan sepanjang tempoh mengandung disini. Weeeee. Semoga rajin Syahiraaaaa!

Lakaran 3

Aku sekarang sedang ‘struggle’ di tempat kerja. Aku kerja di tempat yang terdedah dengan radioaktif, aku bagi chemotheraphy untuk pesakit kanser. Dan, sebenarnya sangatlah tidak elok untuk wanita mengandung bekerja di situ. Tapi, apa boleh buat. Tiap kali bersuara mintak pindah, penyelia aku minta aku bertahan. Kerja penat tak payah cakaplah. Mana mana pun penat, tapi itulah. Aku risaukan kandungan aku. Setiap kali aku mintak untuk taknak handle chemo, mesti kena handle jugak. Alasannya,tak cukup orang. Semoga Allah menjaga aku dan kandunganku. Amin. Doa tu kan senjata, aku dah usaha,semoga Allah selalu lindungi aku dan keluargaku. Amin.

Nak hantar borang tukar jabatan, dah berkhidmat di radioterapi onkologi setahun, jadi aku agak lepas kot untuk aku mintak tukar jabatan lain. Semoga Allah mudahkan. Amin-

Hmm apa lagi ye nak cerita, macam bosan kan cerita aku๐Ÿ˜‚ ah lantaklah. Nak delete pun malas . Okaylah. Bye. Semoga syahira rajin menulis. Amin.

Saturday, March 31, 2018

Yang tidak cantik


Setiap kali pandang cermin, selalu rasa diri sendiri tak cantik. Kadang kadang, ada hari jerawat tetiba ada kat hidung , terus rasa macam ya Allah kenapalah aku tak cantik macam orang lain.

Tapi, bila duduk diam diam. Tengok diri sendiri dalam dalam. Cakap dalam hati, alhamdulillah. Sekurangnya Allah bagi semuanya serba sempurna. Lain orang lain nikmatnya, dan lain orang lain ujiannya.

Aku selalu cemburu dengan kakak kakak aku. Kulit wajah diorang cantik, cerah, siap ada lesung pipit. Tapi aku, gelap, kulit tak cantik. Serba kurang. Selalu rasa macam the unlucky one. Tapi sebenarnya, ada hikmah yang jaaaaaauhhh lagi besar dari apa yang aku cuma nampak zahirnya.

Sekarang aku berkahwin dengan seorang lelaki yang baik, yang tak pernah pun menidakkan aku. Aku bersyukur pada Allah, tidaklah segala ketidaksempurnaan yang aku rasa, menjadi asbab untuk aku kufur. Bahkn, natijah dari rasa syukur atas segala yang Allah beri pada aku akan menjadikan aku wanita yang terbahagia. Begitu.

Kuncinya pada erti syukur yang aku bina dalam diri.

Jika sedikit syukurnya, maka sedikitlah bahagia.
Dan sebaliknya.

Cantiknya aku, bukan pada wajah. Maka, aku kenalah selalu berusaha untuk indahkan akhlak. Melayan suami dengan sebaik baik layanan. Mencintai suami dengan sedalam dalam cinta. Dan menyerahkan segala urusan kepada Allah setelah berusaha. Menjaga adab bergaul, tidak mengambil mudah ikhtila.

Benda yang sudah terlalu biasa aku dengar, cuma aku yang selalu mengambil mudah.

Semoga seorang Syahira, akan selalu kuat meski tidak cantik meski tidaklah lawa, tapi akan selalu indahkan akhlak dengan manusia dan dengan Allah yang utama.

Jaga solat syahira.
Pesan pada suami, jagalah solat.
Pesan pada anak anak, jagalah solat.

Perkara pertama yang Allah akan hisab nanti adalah solat.

Bukan pada wajah
Mahupun skincare apa aku pakai.

Cukup tak kata kata semangat syahira?
Jerawat atas hidung pedulikan saja. Engkau cantik dengan cara engkau sendiri. Biarlah tiada manusia yang memuji, Tuhan sentiasa ada untuk kau disisi.


Wednesday, March 14, 2018

Persis.

“Boleh saya tak nak dengar?”

. . .

Sebab saya tahu kita semua manusia, tiada satu pun yang sempurna. Maka, kita sentiasa ada peluang untuk memilih. Silakan. Tiada sedikit pun halangan. Menjaga hati sendiri bukan beerti kau tiada rasa sayang pada manusia lain, tapi itu tanda kau bijak dalam memilih. Silakan sayang.

Sebab aku, juga pernah punya rasa yang sama. Dan aku tidak begitu kuat. Tidak punya berani. Maka, aku memilih untuk tidak memilih. Aku yakin. Seiring waktu, aku akan sembuh.

Seperti selalu.

Kelmarin, aku lemah begitu. Harini, aku lebih kuat membatu. Mencipta hati sekental adamantium. Begitu.

Hidup aku, tidak lebih bagai seekor itik yang berenang renang di dalam kolam. Nampak tenang zahirnya. Hakikatnya, kaki aku penat mengayuh. Jika berhenti akan tenggelam. Lalu, pilihan apa lagi yang aku punya? :)

Thursday, March 01, 2018

Random rant on me turning 25

I wasnt ready for this.

Turning old.
Turning 25, to be precise.

Hamdala❤️
Atleast i know, growing old is never an option.
But growing up , yes.

So here i am, ranting again in my old blog✌๐Ÿป

Lama tak menulis. Lama tak melakar. Lama tak mencurah rasa. Semua rasa yang hadir, banyak yang sudah aku tapau. Aku kira,aku benar benar sudah dewasa.

Buktinya?
Aku sekarang sudah kurangkan menonton cerita korea. Dewasa kan?
Dan, aku sekarang kalau marah dah tak hempas pintu. Aku cuma diam, masuk toilet. Menangis๐Ÿ˜‚. Matang kan?

Mengarut. I know. I actually feels like writing but yeah, somehow i wish i wasnt born to love writng. Because its actually hard to spent time on thinking which words should i pick so it sounds good. Guysss, life is really not easy on me.

So, back to the main point. I think, i gonna write things basically about hows life hit me hard. And cheer me up.

First, currently in 3 years working, i had transferred into 3 different hospitals. 2 in johor and right now im in metropolitan city, guess where? Parisssss! Nope.

K. Tak lawak doe.
Kl. Bandar yang serba sibuk. Nak pergi beli roti pun rasa tak tenang. Sampaikan hubsy aku tak bagi aku keluar rumah sendiri. Nak pergi beli air soya pun jangan sendiri. Pastikan berteman. Seeeeeeee. Tu sebab dia sayang aku sebenarnya. Eh, oh lupa. Saya dah berkahwin dengan seorang jejaka melayu jawa * tunjuk cincin* . Sebab dah lama tak menoreh kat sini, jadi saya rasa saya patut buat satu entry special untuk dia nanti. Hiks. Galok.

K. Berbalik pada cerita tadi.
So esok 2 mac, aku dah doplohlima. Bukan biasa biasa. Selama ni rasa macam tiap kali orang sebut doplohlima rasa macam dah tua wei dia. Sekarang, giliran aku pulak merasa tua.

Tapi aku bersyukur. Allah masih sudi anugerahkan aku usia. Semoga aku tak akan siasia kan segala yang tuhan bagi. Cukuplah kadar apa yang ada, semoga berkat segalanya dengan izin Tuhan. Itu yang utama.

Sebenarnya, impian aku masih belum tercapai. Kalau ikut dalam list aku, aku masih punya 5 tahun untuk mengejar impian aku. Tapi, lepas aku fikir fikirkan, aku kira taklah salah untuk aku mengejar impian aku sambil aku menyempurnakan impian orang lain.

Maka, kerna itu aku memilih untuk bernikah. Di usia 24 tahun, aku menjadi seorang isteri. Sebab aku yakin, dalam impian aku, ada sebahagiannya adalah dia. Dan aku, adalah sebahagian doanya yang dititip untuk Tuhan saban waktu. Allah menggerakkan hati aku dan dia, malah memudahkan urusan kami. Hamdalah.

Sebahagian dari aku adalah dia, dan sebahagian dari dia adalah aku. Semoga Tuhan selalu sudi memandang kami, meredhai langkah kami. Abadan abadaa.

Dan, aku masih belum sambung pengajian aku. Masih di takuk diploma. Belum ada rezeki aku. InshaAllah satu hari nanti.

Biarlah aku lambat sikit, asal aku tahu, aku tidak pernah mengalah. Macam Asma nadia cakap “ gelar sarjana bukan satu satunya cara yang dibutuh manusia untuk terbang, terbanglah!”

Wah, terus rasa nak terbang. ๐Ÿ˜‚

Okay. Lagi, apa lagi aku nak membebel. Post setahun sekali. Hm. Dah tak ada idea. Nanti ada idea aku buat entry lain. K. Selamat ulangtahun syahira! Saaaaayangggg syahiraaaaaaaa banyaaakk banyakkkkk! ❤️

*cumicumi*
K. Bye.