Saturday, August 24, 2019

Surat untuk aku

Ogos 24, 2019
1633H

Jangan pernah meminta sesuatu di luar mampu mu. Jangan pernah mengharap sesuatu yang kau mahu itu turut dimahu orang lain.

Kita berbeza.

Dari aku untuk aku. 
Jika aku kecewa dengan perkara yang tidak aku fahami mengapa, aku akan pejamkan saja mata. Berpura pura lupa. Berpura pura bahagia. Berpura pura seolah tiada apa yang berlaku.

Dan, bila waktu itu muncul,saat alam sunyi tanpa hiruk pikuk kota. Yang ada cuma hening senja di ufuk, awan yang mulai hilang di pandangan. Cahaya jingga yang pekat tembus ke tingkap kaca. Aku dapat merasa sesuatu yang aneh,hati aku sayu. Entah mengapa. Seoalah perasaan yang cuba dibuang mati kini datang kembali. Kekecewaan kerana mengharap pada sesuatu yang hakikatnya cuma dunia. 

“ jika engkau mahu apa yang ada padanya dunia, maka dunialah semata yang engkau peroleh”

Namun, 

“ jika engkau berusaha menjadikan dunia sebagai batu loncat untuk akhirat, maka, berbahagialah. Engkau akan tersenyum. Lambat atau cepat. Pasti”

Wahai syahira yang berwajah duka,
Senyumlah seperti anak kecil yang bahagia mendapat bola. Dia tidak tahu bahwa satu masa bola itu bakal bergolek, dan dia akan penat mengejar. Yang dia tahu, bola itu ada di pandangannya, jika terlepas dari tangan, masih wujud di depan mata. 

Wahai syahira yang berhati gundah,
Tuhan berjanji akan memberi bahagia. Cuma pada hati yang tenang mengingatNya. Tadah tanganmu, rajinkan sendi mu bersujud. Sabar, sabar, sabar. Dan solat lah. Allah akan memberimu tenang. 

Wahai syahira yang kian lemah,
Kita ini sebaik baik ummah. Maka jangan pernah mengalah dengan bisik bisik musuh. Kita kuat dengan cara yang paling indah, punya senjata yang paling ampuh,iaitu doa yang tidak kan terhijab,terus kepada Allah♥️

Dari aku untuk aku,
Berbuatlah baik, walau dengan mereka yang membencimu. Hamparkan kebaikan di tengah lautan. Andai ikan tidak terlihatkannya, Allah pasti mengetahuinya.

Sayang selalu,

Aku.