Tuesday, December 28, 2021

Terus tenang

 0342H


Aku tahu semua ini akan mematangkan aku. Semua yang terhampar kini akan menjadi asbab yang bakal dihitung di akhirat nanti.


Sabar syahira.

Sabar.

Orang sabar Allah sayang.


Teruskan saja berbuat baik. Dan hamparkan ia ke hamparan lautan.

Andai ikan tidak terlihatkannya, Allah pasti mengetahuinya.


Terus saja senyum di sebalik air mata. 

Terus saja senyum di sebalik ujian.

Tuesday, November 30, 2021

Furqan turning one year old

 Alhamdulillah.


Actually dah lama sangat nak tulis. Tapi selalu waktu tak mengizinkan. Bak kata Fadz, kitorang berdua ni kena ambil diploma pengurusan masa🥲 sebab teruk sangat pengurusan masa dua dua. Kelaut dalam. 


Alhamdulillah anak ibu abi Muhammad Furqan dah satu tahun dah! Hehe membesar sihat tubuh badan, cerdas akal selalu ye anak ibu abi, adik abang Fahri ni❤️



Nak mengimbau sikit memori melahirkan anak soleh ni🌸

Walaupun pelbagai ujian yang Allah kirim saat melahirkan kamu ke dunia, Alhamdulillah ibu dah redha dan dah maafkan semua orang.

Furqan lahir 30 November 2020, jam 2320H, di Hospital Ampang (Wad 4D bed 16) Dengan berat 3.19kg dan tinggi 48cm.

Sehari sebelum, aku dan Fadz sakan berjalan ke Aeon big wangsa maju, pusing satu Aeon beli barang dapur, almaklumlah waktu tu baru lepas habis MCO. Selalunya Fadz je pergi beli barang sendiri. Jadi haritu aku teringin nak ikut sebab dah lama sangat tak keluar. Fahri tinggalkan kejap dekat rumah tokmanya. 

Balik dari jalan jalan tu okay je takde apa. Kalau ikutkan due date 9/12/2020 sama birthday dengan abang dia. Tapi perancangan Allah lagi indah. 

30hb tu pergi kerja seperti biasa. Walaupun dah sarat sangat tapi tetap aktif je macam biasa. Pagi tu ada turun darah sikit. Waktu tu dah takut eh nak bersalin dah ke, dah start rasa seram sejuk. Waktu Fahri warded awal, induce. Jadi takde pengalaman turun darah ke apa. 

Call Fadzlen cakap dah turun darah sikit. Nak kena pegi WCH. So pergi la sana dalam pukul 12 lebih macam tu. Sampai sana macam biasa doctor check bukaan baru 3cm. Wuu dah seram sejuk bila doctor cakap dah kena warded. 

Tunggu tunggu lagi, sempat solat zohor, solat asar semua. Pukul 5 lebih pakar datang review dia cakap alamat rumah dekat je. Tak payahla warded. Nanti air ketuban dah pecah atau memang dah tak tahan sakit sangat baru datang. 

Pulanglah aku ke rumah dengan jiwa yang tersakiti. Sebab tunggu punya lama tapi dia discharge so nanti nak beranak betul betul baru kena beratur balik tunggu kat situ😂

Fadz dah macam nak marah. Tapi yelah tiada daya dan kekuatan melainkan cuma dari Allah. 🤍

Malam tu maghrib fadz belikan nasi dia suruh makan dulu. Waktu tu dah terlalu sakit. Menangis tahan sakit sebab nak isyak dulu baru pergi hospital. Fahri waktu tu usia dia 2 tahun, hehe kecik sangat lagi alahai terbayang keletah dia yang comel asyik nak mintak ibu dukung waktu tu. Bila abi dia cakap ibu sakit, dia tanya ibu sakit kat mana😂

MashaAllah🌸

Usai solat isyak berjemaah, laju fadz angkat semua barang, dukung Fahri nak hantar ke rumah tokmanya. Jadi kebetulan, terus pergi ke Hospital Ampang dah dekat dengan rumah tokma.

Sampai je Hospital Ampang, terus ke PAC. Staff sangat baik kat situ. Nampak kita tengah tahan sakit, dia terus bawa masuk dan baring kat dalam tak perlu tunggu kat luar. Check bukaan jalan dah 6cm. Siap siap untuk tolak ke labour room. 

Bila masuk ke labour room, dari pukul 9 lebih sampai 1120 malam baru bersalin. Hakikatnya sakit yang maha dasyat sampaikan waktu tu duk fikir ya Allah tolong lah ya Allah sakit sangat ni ya Allah😭

Lepas je bersalin, bermulalah episod yang sangat trauma untuk seorang syahira.

Bermula dengan PPK perempuan yang tiba tiba nak marah marah suruh aku turun dari katil sendiri dan berpindah ke katil di LUAR bilik tu sendiri tauuu, bayangkan baru lepas bersalin dengan darah yang banyak,dengan sakit tak hilang lagi dengan penat bersalin, disuruh turun dari katil OT yang tinggi tu cepat cepat. Waktu dia suruh aku cakap elok lagi, "sekejap ye " lepastu dia tinggikan lagi suara suruh aku cepat. Aku nak bangun duduk pun sakit. Cukup 3 kali dia tinggikan suara aku pandang dia aku cakap "awak tak nampak ke saya tengah cuba untuk bangun ni? Awak boleh sabar tak?!" Aku jeling pandang dia lepastu baru dia macam datang dekat tanya "eh sorry sorry, okay tak ni" takut la tu aku buat complain. Dalam hati waktu tu Allah je tahu. Nak turun dari katil dan berjalan terus. Sakitnya waktu tu Allah je tahu. 

Lepastu dekat luar bilik, nurse datang bawakan Muhammad Furqan anak soleh ibu abi yang kedua. Alahai merah mukanya lena ye tidur.

Nurse panggil abinya untuk azankan. Waktu ni kelakar sikit. Abinya azankan kat telinga kanan. Hehe kalut punya pasal. Lepastu baru abi dia sedar dan betulkan azan lagi sekali dan iqamah kan. Mujur sempat capai handphone dan tangkap gambar. Masa Fahri handphone tak bawa sebab waktu tu husband boleh masuk sekali. Jadi takde memori waktu tu. 


Lepastu nurse tolak ke wad 4D. Katil 16.
Waktu tu satu hari je duduk wad tapi rasa macam ya Allah lamanyaaaa nak balik🥲

Mintak segelas air dan biskut dgn nurse. Sebab terlalu lapar dan haus. Botol air tertinggal dalam kereta. Lupa nak bawa sekali sebab dah kalut. Fadz pun lupa. Dia ada call tanya nak apa apa tak tapi waktu tu dah jam 2 ke 3 pagi, mesti dia penat nak uruskan uri lagi nak balik uruskan Fahri lagi. Jadi aku cakap takde nak apa apa. Hakikatnya waktu tu tersangat lah haus. Bila minta dengan nurse dia cakap sekarang takde serve diet. Tunggu esok pagi😭
Sedih. Hahahaha. Menangis waktu tu tak tahu la kenapa sedih sangat. Tekak dah rasa macam berdarah sebab terlalu haus. Lepas dah berehat sekejap, susukan Furqan. Kuatkan diri bangun dari katil dan ke toilet untuk bersihkan diri. Waktu tu aku curi curi minum air paip. Sebab dah terlalu haus. Sedih kalau ingat balik. Moga Allah ampunkan dosa dosa aku. Ada la tu hikmah kan. Peringatan dan pengajaran untuk aku. 

Doctor lansung takde datang jenguk satu malam tu. Esok pagi pukul 7 lebih baru kalut kalut datang. Dahla line clotted air lansung tak jalan. Pagi tu nurse cakap alamak sepatutnya air ni dah habis puan. Nanti specialist marah ni kalau nampak air lansung tak turun. Aku dah bagitau staff malam tu yang drip tak jalan, dan sakit. Tapi dia cakap nanti dia flush okay. Tapi still tak jalan ingatkan dia datang balik rupanya sampai pagi tak datang dah. 

Esoknya nurse shift pagi mintak izin nak buang je drip tu sebab takut pakar marah katanya. Aku aahkan je lah. Malas nak layan fikir nak balik je waktu tu. 

Waktu pakar buat round, boleh pulak doctor yang present tu cakap 27years old female vietnam🥶

Aku yang dengar ni rasa macam nak jerit apooooooooo sejak bila aku jadi vietnam oi memang la muka selebet tapi melampau korang history taking tak ambik main belasah je suka hati. 

Tapi dia kena marah dengan pakar dia la time tu. Kesian la jugak. Pakar dia cakap " what? Vietnam? Did u see the patient last night? "

Dia jawab Yes i did. Whattttt lagi sekali rasa nak jerit apoooooo bila masa korang datang. Satu malam aku tak tidur tahan haus tahan sakit no one come and ask. 

Eee cubit pipi dia. 

Longs story short, anak ibu Muhammad Furqan dan berak kencing jadi boleh discharge. Pukul 8 pagi aku dah ready dah nak balik tapi nurse cakap pukul 12 jugak ni baru siap discharge note. Lambat.

Tapi tunggu la jugak dengan jiwa dan tak sabar nak keluar dari situ. Balik je tu jumpa Fadz, masuk kereta terus aku menangis bagai tiada hari esok dah🤣

Alhamdulillah. Hari ni dah setahun peristiwa tu berlalu. Aku dah maafkan semua orang, dan moga Allah ampunkan aku juga. 

Dalam hidup, tiada perkara yang lebih beerti melainkan apabila Allah redha akan kita, dan rahmati kehidupan kita.

Apalah guna hidup punya segala tapi di akhirat rugi semua. Moga Allah jadikan anak anak aku, anak anak yang soleh musleh muttaqin❤️

Selamat ulangtahun kelahiran Muhammad Furqan bin Mohamad Fadzlen.

🌸Bukti yang Terpuji🌸


Sekian coretan dari ibu Fahri Furqan. 
Yang masih belajar erti hidup. 
Yang masih sedang berusaha membina cinta setiap waktu🤍


Sayang selalu anak anak ibu🥰



Wednesday, October 27, 2021

Kelmarin

 



Hari ini sama seperti hari hari tangisku yang lain. Aku jatuh sendiri dalam esak tangis yang sudah keberapa juta kali.


Dan kemudian aku tidur dalam tangis yang tiada ubat. Kemudian lagi, aku bangkit esok pagi seperti seorang syahira yang sama. Seperti tiada luka. Seperti tiada calar. Kerna, saat malam tiba aku telah menampal segala koyak di jiwa dengan lukisan harapan pada Tuhan. 


Aku tahu aku tiada arah untuk dituju. Cuma Tuhan yang setia teman walhal kerap kali aku ini derhaka padaNya.


Masih Dia yang paling setia menerima aku, sisi gelap dan sukarku. Terima kasih Allah, terima kasih Tuhan. Tiada daya dan upayaku melainkan dengan izinMu tuhan🤍


Oktober 27,2021


Aku tahu aku tidak pernah sempurna, menjadi isteri mahupun menjadi ibu. Kerana itu aku redha, akan takdir segala yang Allah hamparkan, setelah segala usaha, moga yang baik baik Allah izin cuma🤍


Rindu ya Allah. Rindu mahu menjadi baik. Rindu mahu mengubat hati dengan kalam cintaMu. Rindu mahu merasa hati disentuh kasih dan sayangMu.


Betapa jauhnya aku dari Mu Rabb.

Moga Engkau sentiasa ampunkan silapku. Amin

Wednesday, September 22, 2021

Mine

 


I have hurt myself too much.

I hope i will recover soon.

This is the life that Allah had choose for me. 


Be sensible for your own self, your own feeling syahira. Dont be too hard on yourselves. You deserve to be happy, every bit of happiness.




Tuesday, September 21, 2021

Trying neww tools

 


Ok everyone.

This is just a random post while waiting to clock out.


Trying a newwwww live signature

Hehe.

Simple things that make me happy, yeayyyyyy! 







Thursday, September 16, 2021

nir ilham-

di satu hari khamis yang indah, seorang Syahira sedang mencari idea untuk menulis.

puas pusing ke kiri ke kanan.

masih juga idea tidak kunjung tiba

hello idea, ke mana awak pergi?

kenapa awak dah tak seperti dulu?

kenapa awak begitu sekali berubah?

hello idea, 

awak dah taknak kembali kepada tuan awak kah?

awak dah lupa jalan pulangkah?

hello.....

anybody home?





jika bisa aku lakar semua cerita tentang aku dan hidupku, adakah itu juga dikira sebagai karya? atau layak cuma dipendam segala di daerah ini..


entah.

dan sekarang, Muhammad Fahri sudah pun terjaga dari lena tengaharinya. 

dia datang duduk di sisi ibu, dan bertanya

"ibu, buat apaaa tuuuuuuuuu"

maka, mari kita fokus untuk berbicara dengan si anak kecil ini.

bye blog.

nanti syahira datang lagi.


Friday, August 20, 2021

Ha ya t.

 " sulit bagimu, tidak beerti sulit bagi Allah"


perjalanan hidup kita telah ditulis oleh Allah dengan cara yang paling indah. Mungkin ada antara kita yang rasa dirinya kurang bernasib baik, rasa serba serbi kurang, rasa payah menempuh ujian. Aku juga sama.

Perjalanan kita berbeza, tapi tujuan kita satu. iaitu Syurga yang Allah janjikan untuk hambaNya yang bertaqwa.

Aku tak pandai bermadah kata, tak pandai mengatur bait kata menjadi ayat untuk aku lafaz. Aku lebih banyak menyimpan dari meluah. Ada kala aku luah juga, tapi medium ku adalah air mata. Aku terlalu payah untuk mengkhabarkan kepada dunia betapa aku sedih. Cukup dengan senyumku dan ceritaku di laman sosial mengaburi mata insan lain.

Aku tahu, tiada manusia terlahir sempurna. Tiada orang yang tidak pernah berbuat silap. Aku harus membuka peluang untuk diri aku sendiri, untuk aku bertapak melihat dunia dari persepsi berbeza. Aku harus memberi ruang kepada diri aku untuk bernafas dengan penuh yakin di bumi Tuhan. Aku tahu, rezeki ku telahpun dicoret Tuhan untuk aku menghabiskan waktuku di sini, tapi tidak salah untuk aku bercita-cita. Tidak salah untuk aku bermimpi. Semuanya pun percuma :) 

Sedangkan si buta Allah hadiahkan celik hatinya, apatah lagi aku yang sempurna pancaindera. Pasti ada hasilnya jika aku benar berusaha.

Kini, aku mula berjinak jinak dengan dunia bisnes. Terasa mahu mencabar diri melakukan sesuatu yang jarang aku lakukan. Aku mula dengan menjadi 'dropship' produk orang lain. Dulu, aku cuba cuba jual coklat. Tapi terlalu sukar, mungkin kenalan aku tidak ramai, dan aku juga kurang pandai mempromosi. Dan kemudian, aku cuba lagi menjual barang barang bayi. Carseat, stroller, babycot dan banyak lagi. Alhamdulillah ada juga hasilnya, dan aku masih teruskan hingga kini. Cuma sekarang agak perlahan, mungkin kerana pandemik, jadi orang kurang membeli barangan. 

Tapi aku yakin, ada rezeki aku dalam bisnes. Selagi aku usaha. Aku nak sambung degree dengan hasil duit bisnes sampingan. Ya Allah, perkenankanlah ya Rabb. Amin.

Sekarang rasa seronok bila mula nampak hasil walau cuma Rm2. Hehe. Mensyukuri sekecil kecil perkara. Moga Allah redha🤍

Lama tak menulis. Terasa kekok bila go through balik blog ni, baca balik apa yang diri sendiri pernah menulis dulu. Begitu banyak yang berubah. 

Adui, mula la mata ni berkaca. Hahahaha apooo la syahira mudzaffar ni.

Sudah 28 tahun usia aku. Entah apa yang sudah aku capai dalam hidup. Kadang bila di usia ni, punya anak, punya pasangan hidup, impian dan cita cita terpaksa aku diamkan seketika. Rezeki belum ada. Nanti bila tiba masanya, anak anak dah besar sikit, moga Allah izin dan bukakan jalan untuk aku realisasikan impian dan cita cita aku.

Aku yakin, Tuhan selalu ada menemani setiap detik jantungku. Dia sedang menilai sejauh mana sabarku dalam menjalani hidup yang Dia kurniakan.

Segalanya adalah nikmat.

Meski hadir dalam bentuk tangis atau tawa. Semuanya adalah nikmat terindah.

Moga kelak, 

Allah menjemputku ke SyurgaNya, dengan salam penuh kemuliaan dari para malaikat

"Salamun 3laikum bima sobartum"

🤍

Perkenankanlah Ya Rabb.

Perkenankanlah.

Saturday, March 20, 2021

all about 2020

Assalamualaikum blog kesayangan !

i know its been so looooooooongggggg since the last time i wrote here, dont tell me.

so, the stats still remain the same. My personal blog still undercover from those who knows me. So i still feeeeeeeel freeeeeeeee to write anything here.

back to basis. HAPPY NEWYEAR SYAHIRA

DAH 2021 SYAHIRA! Dah masuk bulan Mac baru beria nak taip entry kan. Hiks

So, 2020 closed its door. My best achievement last year was giving birth to a 3.19kg baby boy, normal delivery, alone without husband, without any painkiller, without episiotomy. Hamdalah, i couldn't do this without Allah mercy, Alhamdulillahi MashaAllah. Later aku tuliskan satu post istimewa untuk ceritakan tentang adik baby pulak, Muhammad Fahri dah jadi abang, hehe. bersedialah untuk terus tidak tidur malam wahai seketul syahira yang kuat tidur.

Since 2020 was all about pandemic, so i dont have much stories to tell. All i have is my journey from home to work, from home to childcare Centre and return home again.  

oh ye, aku mix kan bahasa melayu dan english kat sini. Sebab lidah gedik nak speaking, tapi tulatu, masih belum pandai mana menulis dalam bahasa omputih tu. 

Oh satu lagi, aku dah transfer ke unit brachytherapy since February last year. Alhamdulillah, it was all good, new experience, new environment. And the best is semua staff kat situ mashaAllah baik baik, staff nurse yang bukan jenis bencikan dressar macam yang pernah aku alami sebelum ni. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi dapat colleague yang baik-baik, sangat banyak mengajar, alhamdulillah.

Pengalaman pertama juga beraya dan berpuasa di Kuala Lumpur, mujur juga ada keluarga mentua di sini, ada la jugak feeling hari raya tu walaupun hati merindu nak balik kampung. Mama masak semua sedap sedap! berganti aku makan dari pagi raya sampai petang. Dan bercerita soal puasa pulak, my baby husband yang sangat rajin selalu masakkan menu berbuka. Sebab Fahri being so clingy, balik taska je nak ibuuuuuu nak ibuuuu je manjang, bagus juga. Boleh aku mengelat dari masuk dapaur. Hehe. Thanks Fadz, raajin sangat masak, sedap sedap pulak tu. Dan 30 hari juga berterawih di rumah, bersama Fadz dan fahri. Pengalaman baru, Allah didik diri untuk lebih menghargai masa bersama keluarga.

dan 2020, aku gagal memohon post basic. Haih, menggeletis nak sambung belajar, tapi Allah belum izin. Kalau ikut hati nak je skip post basic ni terus je apply degree. Tapi tulatu, duit belum cukup. InshaAllah, ilmu Allah tu luas syahira, sampai masa Allah izin, doa banyak banyak ye.

itu sahaja kot cerita 2020 yang masih berjaya aku ingat. Yang lain dah selamat dilupakan.

sekian entry pertama 2021. Ketemu lagi di lain waktu, BYE!