Hari ini sama seperti hari hari tangisku yang lain. Aku jatuh sendiri dalam esak tangis yang sudah keberapa juta kali.
Dan kemudian aku tidur dalam tangis yang tiada ubat. Kemudian lagi, aku bangkit esok pagi seperti seorang syahira yang sama. Seperti tiada luka. Seperti tiada calar. Kerna, saat malam tiba aku telah menampal segala koyak di jiwa dengan lukisan harapan pada Tuhan.
Aku tahu aku tiada arah untuk dituju. Cuma Tuhan yang setia teman walhal kerap kali aku ini derhaka padaNya.
Masih Dia yang paling setia menerima aku, sisi gelap dan sukarku. Terima kasih Allah, terima kasih Tuhan. Tiada daya dan upayaku melainkan dengan izinMu tuhan🤍
Oktober 27,2021
Aku tahu aku tidak pernah sempurna, menjadi isteri mahupun menjadi ibu. Kerana itu aku redha, akan takdir segala yang Allah hamparkan, setelah segala usaha, moga yang baik baik Allah izin cuma🤍
Rindu ya Allah. Rindu mahu menjadi baik. Rindu mahu mengubat hati dengan kalam cintaMu. Rindu mahu merasa hati disentuh kasih dan sayangMu.
Betapa jauhnya aku dari Mu Rabb.
Moga Engkau sentiasa ampunkan silapku. Amin