Wednesday, June 15, 2022

Telatah Fahri


Semalam balik ke rumah, aku dan Faz masuk ke rumah tapi hanya bagi salam perlahan. Kebisaannya kami ucapkan salam kuat kuat. Kerana masing masing dah terlalu letih, jadi ucapan salam tu hanya meniti di bibir perlahan. 


Aku terus masuk ke bilik dan tiba tiba Fahri datang "ibu , ibu tak cakap assalamualaikum pun tadi"


Aku pun tersenyum sendiri. Anak kecil ini begitu peka sekali hehe alhamdulillah. Terus aku memandang wajahnya dan berkata "oh yeke abang, abang tak dengar ibu bagi salam tadi ke? Okay ibu cakap lagi sekali ye- Assalamualaikum wa a'la ibadillahissolehin" sambil Fahri turut sama mengucapkan salam bersamaku. 


"Okay ibu , dah"

Terus dia keluar🤣


Tak sempat nak ucap terima kasih sebab ingatkan ibu dia ni😂


. . .

Gambar waktu bawa Fahri ke playground. So happy dia menikmati dunia kanak-kanak❤️


Dah 2 malam Fahri terbangun dan menangis. Tapi aku kentalkan hati juga tidurkan dia kat katil dia. Kalau ikut rasa nak marah, rasaaaa sangat. Tapi mujurlah tak marah marah.


Fahri sedang tumbuh dewasa. Punya banyak emosi untuk berbagi. Sedang berusaha menyelesaikan kemelut perasaan dan emosi nya. Dia anak kecil yang sedang belajar tentang hidup. 


Moga tumbuh membesar menjadi anak yang taat akan perintah Allah , anak yang soleh, yang sentiasa berbuat baik kepada ibu abi dan adik adik.


Terima kasih abang Fahri, sentiasa membahagiakan dan jiwanya penuh dengan cinta❤️

Friday, May 13, 2022

two weeks paused

 

im coming here again to rant on my life issue.


lately,

aku gagal mengawal kemarahan.

gagal mendidik diri untuk sabar, hinggakan Fadz sendiri come to me and ask "ayang ok tak?kenapa sekarang selalu arah marah?"


i cried.

aku tak tahu whats happening inside my head. 

aku rasa sangat pressure lately.

Fahri semakin tumbuh membesar dan sangat aktif. Alhamdulillah for the blessing ya Allah.

kadang aku lost control when he played hard on his brother. He punch he kick and all aku jadi marah. Dan lagi lagi bila dia lost himself sepahkan satu rumah oh wow aku terus rasa nak mengamuk.


padahal sebelum ni, Fahri memang pun selalu sepahkan toys and all, selalu main kasar dengan Furqan. Tapi aku takde pun mengamuk atau marah atau menjerit macam orang gila. Paling paling aku cubit dia.

why la aku ni?

dah tak sayang anak ke Syahira?

kenapa macam tu?

aku asyik fikir solusi mengawal diri, aku cuba pelbagai cara this past weeks. Aku cuba tonedown tapi lepastu naik hantu balik apebende entah dalam kepala aku.

kesian Fahri Furqan dapat ibu macam aku T.T

ya Allah in this time please heal my heart ya Allah.

jadikan aku Syahira yang sabar.

jadikan aku Syahira yang tenang.

aku nak mendidik anak dengan cinta, dengan kasih sayang, dengan taqwa.

bukan dengan kekasaran apatah lagi dengan herdikan.

hilangkanlah baran dalam hati aku Ya Allah.

moga nanti,

aku tergolong dalam kalangan orang orang yang sabar.

kelak para malaikat menyambut ku di pintu Syurga Mu dengan kalimah "salamun alaikum bima sobartum" amin ya Rabb.

Syurga untuk Syahira.

Syurga untuk Syahira yang sabar .


sayang selalu,

fahri dan furqan

:')

Friday, February 25, 2022

Lelah yang dicintai Tuhan


Ya Allah.

Jadikanlah pandanganku pandangan yang sering memandang kebaikan. Walau dalam apa keadaan sekalipun. Jadikanlah hatiku hati yang sering mencari dan mengharap redhaMu semata ya Allah.


...


Hari ini, hari yang agak meletihkan. Berkejaran pulang dari kursus nun jauh di surau kuarters. Kursus ibadah untuk pesakit. Dalam renyai hujan meredah lopak hujan. Habis kotor stokin ku. Alhamdulillah. Diberi nikmat merasa tanah dan titis hujan ciptaan Al-Khaliq.


Usai penat berkejaran, masuk ke bilik prosidur terus mulakan kerja. Tenaga hampir habis, entah kelelahan atau apa. Tapi kepala terasa berat sekali. Tapi kerja harus dihabiskan dulu. Kerja kan ibadah. Bila dilakukan kerana Allah, inshaAllah, redhaNya semata yang aku mahu. 


Usai pesakit keluar dari dewan bedah, dapatlah sekejap duduk dan melakukan EBM. Dapatlah hari ini Allah rezekikan 7oz untuk Muhammad Furqan. Battery pam susu dah nak habis pulak. Semalam tak charge. Tak banyak sangat. Tapi inshaAllah sentiasa cukup untuk ulama' kecil ibu. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah izin.


Usai segala, jam 5pm baru pesakit terakhir berlalu diambil staff wad. Barulah dapat berkejaran untuk solat asar pula. Alhamdulillah. Allah beri nikmat merasa solat tanpa perlu berkira waktu waktu yang berjalan kerana hari ini balik kerja jam 5.30pm. Jadi masih punya banyak waktu sebelum thumbprint.


Sudah letak di kepala, menu hari ini adalah telur dadar dan sup sayur untuk si anak bujang dan panaskan saja daging masakan semalam yang masih berbaki separuh yang aku bekukan untuk aku dan Fadz. Sayang pula mahu buang. 


Tapi Fadz cakap, harini tak perlu masak. Dia order sahaja. Apalagi, tersengih terus. Wooohoo tak perlu berkejaran dengan anak anak di dapur.


Penat sebenarnya. Tapi bila fikir masak itu pun ibadah, dapatlah merawat penat yang menggasak minda dan emosi tu. Jadi bila Fadz cakap tak payah masak, nikmatnya rasa. Alhamdulillah. Boleh fokus kan masa  untuk anak anak soleh ibu. Tapi kepala hari ini tak begitu memberi kerjasama. Berdenyut denyut.


Sampai sahaja ke taska melihat air muka dua anak soleh ibu tu, begitu seronok melompat lompat mereka melihat ibu abi. Alhamdulillah, Allah izin punya nikmat merasa punya anak dan berkasih sayang. Allahu. Banyaknya nikmat yang Allah izin aku rasa. 


Jiwa hari ini terasa penat. Kelelahan sendiri. Lalu aku cuba menaip di ruangan ini, mencatit segala yang terjadi dan memandang nikmat yang Allah beri. Agar bertambah syukur aku kepada Al-Kabir,Ar-Rizq. 


Apalagi yang aku mahu gapai dalam hidup yang serba singkat ini melainkan cuma redha Nya ?


Mengapa begitu mudah merasa kecewa walhal telah dihampar segala yang indah di hadapan mata.


Bukankah lelah mencari rezeki itu adalah lelah yang Allah cinta?


Bukankah lelah mengurus rumahtangga itu adalah lelah yang Allah kasih?


Bukankah lelah menyantuni anak kecil itu adalah ibadah yang Allah redha?


Lalu syahira, mengapa menangis? Mengapa masih tiada rasa untuk bersyukur?


Moga Allah selalu bukakan mataku dan hatiku untuk melihat dari sudut yang lebih membahagiakan. Jangan hanya cuma memandang lelah itu sebagai beban yang memberat lalu menyakitkan kepala dan melelahkan spiritual sendiri. 


Rabbi Yassir, wa la Tu'assir. Rabbi Tammim bilkheir🤍


Syahira.

0109H

Jumaat terakhir Rejab 1443H

Masih hingusan dalam menjadi al muttaqin.