Friday, February 25, 2022

Lelah yang dicintai Tuhan


Ya Allah.

Jadikanlah pandanganku pandangan yang sering memandang kebaikan. Walau dalam apa keadaan sekalipun. Jadikanlah hatiku hati yang sering mencari dan mengharap redhaMu semata ya Allah.


...


Hari ini, hari yang agak meletihkan. Berkejaran pulang dari kursus nun jauh di surau kuarters. Kursus ibadah untuk pesakit. Dalam renyai hujan meredah lopak hujan. Habis kotor stokin ku. Alhamdulillah. Diberi nikmat merasa tanah dan titis hujan ciptaan Al-Khaliq.


Usai penat berkejaran, masuk ke bilik prosidur terus mulakan kerja. Tenaga hampir habis, entah kelelahan atau apa. Tapi kepala terasa berat sekali. Tapi kerja harus dihabiskan dulu. Kerja kan ibadah. Bila dilakukan kerana Allah, inshaAllah, redhaNya semata yang aku mahu. 


Usai pesakit keluar dari dewan bedah, dapatlah sekejap duduk dan melakukan EBM. Dapatlah hari ini Allah rezekikan 7oz untuk Muhammad Furqan. Battery pam susu dah nak habis pulak. Semalam tak charge. Tak banyak sangat. Tapi inshaAllah sentiasa cukup untuk ulama' kecil ibu. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah izin.


Usai segala, jam 5pm baru pesakit terakhir berlalu diambil staff wad. Barulah dapat berkejaran untuk solat asar pula. Alhamdulillah. Allah beri nikmat merasa solat tanpa perlu berkira waktu waktu yang berjalan kerana hari ini balik kerja jam 5.30pm. Jadi masih punya banyak waktu sebelum thumbprint.


Sudah letak di kepala, menu hari ini adalah telur dadar dan sup sayur untuk si anak bujang dan panaskan saja daging masakan semalam yang masih berbaki separuh yang aku bekukan untuk aku dan Fadz. Sayang pula mahu buang. 


Tapi Fadz cakap, harini tak perlu masak. Dia order sahaja. Apalagi, tersengih terus. Wooohoo tak perlu berkejaran dengan anak anak di dapur.


Penat sebenarnya. Tapi bila fikir masak itu pun ibadah, dapatlah merawat penat yang menggasak minda dan emosi tu. Jadi bila Fadz cakap tak payah masak, nikmatnya rasa. Alhamdulillah. Boleh fokus kan masa  untuk anak anak soleh ibu. Tapi kepala hari ini tak begitu memberi kerjasama. Berdenyut denyut.


Sampai sahaja ke taska melihat air muka dua anak soleh ibu tu, begitu seronok melompat lompat mereka melihat ibu abi. Alhamdulillah, Allah izin punya nikmat merasa punya anak dan berkasih sayang. Allahu. Banyaknya nikmat yang Allah izin aku rasa. 


Jiwa hari ini terasa penat. Kelelahan sendiri. Lalu aku cuba menaip di ruangan ini, mencatit segala yang terjadi dan memandang nikmat yang Allah beri. Agar bertambah syukur aku kepada Al-Kabir,Ar-Rizq. 


Apalagi yang aku mahu gapai dalam hidup yang serba singkat ini melainkan cuma redha Nya ?


Mengapa begitu mudah merasa kecewa walhal telah dihampar segala yang indah di hadapan mata.


Bukankah lelah mencari rezeki itu adalah lelah yang Allah cinta?


Bukankah lelah mengurus rumahtangga itu adalah lelah yang Allah kasih?


Bukankah lelah menyantuni anak kecil itu adalah ibadah yang Allah redha?


Lalu syahira, mengapa menangis? Mengapa masih tiada rasa untuk bersyukur?


Moga Allah selalu bukakan mataku dan hatiku untuk melihat dari sudut yang lebih membahagiakan. Jangan hanya cuma memandang lelah itu sebagai beban yang memberat lalu menyakitkan kepala dan melelahkan spiritual sendiri. 


Rabbi Yassir, wa la Tu'assir. Rabbi Tammim bilkheir🤍


Syahira.

0109H

Jumaat terakhir Rejab 1443H

Masih hingusan dalam menjadi al muttaqin.