Panjang dan jauh seolah olah
Tak berhenti walau lelah
Tak mengalah walau lemah
Lelah seolah olah tiada nafas mahu dihembuskan
Sepertinya menggapai tangan di awangan
Kosong
Penat
Sepi
Ahhh
Perasaan makin menghancurkan hati
Tangis ini jatuh lagi
Pergi ,
Pergi segala pergi,
Bersama harapan yang pernah ku julang tinggi
Tak mengapa.
Ini belum akhirnya
Masih panjang jalan juangmu
Masih jauh destinasi yang kau tuju
Teruslah berjalan kerana Tuhan
Jangan berhenti kerana manusia.
Payah. Tapi inilah ni'mah.
Senyum. Dan jalan terus.