“You are a shining
star, so beautiful you are, my baby... You light up my world “
Adik nama apa?
Mohamad afiq naufal.
Oh,yeke,comelnya nama..darjah berapa ?
Darjah 3.
Sekolah kat mana ni ?
Sekolah agama rakyat dot dot dot
Waaa.. ni mesti pandai baca quran kan?
Aah, ustaz ajar.
Cuba baca surah ikhlas, tahu?
Tahu. (mula membaca patah demi patah dengan fasih)
Allahu, bagusnya. Besar nanti jadi hafiz ya, hafal quran.
Nanti boleh tarik mak ayah masuk syurga.
Nak ! tapi tak reti baca quran besar laju laju.
Takpe, habiskan iqra’dulu sayang.
Senyum.
Sucinya budak budak cenonet. Moga lukisan hidup yang bakal
dicoret kan mengharumkan lagi daerah akhirat mereka. Amin.
****
Satu hari, saya ditugaskan untuk handle usrah budak budak
semester baru di dalam minggu orientasi diorang. So, as a akak naqibah saya
bercerita lah itu ini itu ini. Untuk menambahkan lagi perasa , saya bawakan
satu hadis kepada mereka . hadis ni dah sangat common ;
“ apabila matinya seorang anak adam, hanya 3 perkara yang
akan dibawa.
- Amalan sewaktu hidup
- Doa anak soleh
- Sedekah jariah”
Saya pun cubalah berinteraksi dengan “anak – anak usrah”
saya. Dan dalam masa yang sama saya berceritalah kepada mereka satu demi satu.
Dipendekkan story, masuk lah bab ‘ doa anak yang soleh’.
Dalam kalangan ahli usrah saya, ada yang sudah bergelar ibu.
8 tahun lebih tua dari saya. Jadi, by hook or by crook, saya kena menjaga
kata-kata saya supaya boleh di digest dengan baik tanpa menimbulkan salah
faham.
Saya berceritalah satu kisah tentang satu kubur yang harum
,luas dan cerah, dek kerana doa yang tidak putus dari anak nya. Eh, tetiba saya
pandang sekilas akak tu, dia macam lap ayaq mata. Tak tau lah dia mengantuk ke
apa, saya pun Tanya,
“ kak Azlin okay? (bukan nama sebenar :P) “ dia angguk
angguk. Saya pun sambunglah sesi usrah tu dengan menyanyi pulak. Wohaa, walau
saya sedar suara saya macam pak kaduk tercekik ayam, saya tetap enjoy menyanyi
lagu nasyid anak soleh, kumpulan aiman. Anak anak usrah saya makin menunjukkan
minat, siap menyanyi sama sama dengan saya. Enjoy. Macam macam soalan yang
ditanya, dan tiba tiba tu, kak azlin tanya dengan teragak agak. Malu mungkin.
“ syira ( bukan nama sebenar ), kalau kita ni jahat, boleh ke dapat anak- anak yang
soleh?”
Oh, dalam hati saya dah dapat agak kenapa kak azlin Tanya
soalan tu. Dia Cuma seorang wanita biasa. Berpakaian yang biasa biasa, tshirt short
sleeve dan legging hitam . bertudung , tapi cuma sekerat dada. Saya senyum.
Dalam diam saya cuba menyusun ayat yang terbaik, supaya kak azlin tidak merasa
dirinya teruk, dan tidak pula menolak hujah saya.
“ akak, (berdehem).. dan adik adik yang Allah kasih. Iman tu
tak dapat diwarisi. Mak ayah baik mungkin anak dia drug addict bagai. Anak
hafiz hafizah, mungkin mak ayah dia kaki disco, nauzubillah. Dan baik tu pula amat
lah subjektif. Sama lah macam makanan. Ada yang cakap ayam barbecue tu sedap
walaupun rupanya hitam. Dan mungkin bagi orang lain, tu tak cukup sedap. Baik
ni kalau nak dihitung dengan pandangan manusia, memang akan sentiasa serba tak
kena. Tapi kita mesti ingat satu perkara, baik di mata Allah is everythings.
Tak kesahla kau macam mana di mata manusia, yang penting, tu, Dia yang di atas
sana”
“ pernah dengar tak system barter? Sape sape yang sekolah
sampai darjah 6 ja mungkin tak tahu. System barter ni kita bagi barang untuk
ditukarkan dengan sesuatu barang. Macam tu jugalah kita dengan Allah. Allah
tawarkan kepada kita rahmat dan nikmat, tapi dengan syarat kita tukarkan dengan
iman dan taqwa. Yes, I know. Bukan senang, cakap pung pang pung pang bolehla
kan, aci cuba try buat? ..
Saya pun berceritalah tentang seorang cikgu fizik (katanya)
yang Cuma seorang yang biasa biasa, tapi anak anak nya semua nya menghafal al
quran. Kak azlin Nampak berminat.
****
Anak – anak yang soleh tu jugak merupakan salah satu nikmat
dan rezeki. Ada mak ayah yang bukan kaki surau, bukan kaki masjid, bukan kaki
solat puasa bagai. Solat main aci redah ja..puasa main tarang ja. Zakat punya
la bakhil nak bayar. Tapi still dapat anak anak yang soleh solehah. Yang sejuk
mata memandang. Untungkan? Ya, sangat untung.
Tapi itu Cuma dunia, kat akhirat?
Anak anak bila dah besar dan cukup matang, mereka bebas
memilih hidup mereka. Bimbingan dan tauladan dari mak ayah sebenarnya salah satu cara nak kenalkan mereka dengan
addin yang sebenar.
Jadi , tak mustahil seorang anak yang soleh itu lahirnya
dari Rahim seorang ibu yang bukanlah solehah, stok stok tudung besar besar
gedabak.
Mungkin Allah bagi peluang dan nikmat itu untuk membuka pintu hidayah
dalam hati seorang ibu. Who knows kan? Yang penting berdoa. Tak salah pun menjadi
yang lebih baik. Menjadi baik adalah satu proses hidup. So, jangan malu untuk
berubah. Selagi matahari belum terbit dari barat, selagi itulah pintu taubat
masih terbuka seluasnya untuk kita .
At the end of the usrah, kak azlin datang dan hug me katat ketat.
Dia cakap, syira,. Terima kasih.
Dalam hati dah rasa nak menangis. Allahu, nikmat iman tu
bernilainya masyaAllah. Jangan Kau tarik nikmat iman yang Cuma tipis ini ya
Allah!
Dan itulah pengalaman usrah dengan orang yang lebih dewasa.
Cukup untuk membuatkan saya rasa macam kena taufan kat dalam hati ni.
Dear my future
ansarullah,
“Harumlah sayang
dengan agama.
Mekarlah sayang
dengan taqwa.
Jaga langkahmu jangan
tersasar.
Usah terlena di sudut
dunia,
Ibu dan abi menanti
doamu,
Moga diangkat ke
langit dimakbul Tuhan.”
Amin.
“you are a miracle, you brought joy to my soul, and pleasure
to my eyes. I ll pray that you find your way ,may God bless you and protect
you. inshaAllah , amin ’’ - maherzain-
Was written this post on:
5th july 2013 | Friday | KSKB SAS
No comments:
Post a Comment