Amarah.
“ takdir Allah telah
putus, dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata
‘barangkali’ dan ‘kalau’. Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian
untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada
Allah dengan mengucapkan Innalillahiwainnailaihira’jiun “
. . .
Hari ini, angin pagi
isnin disaat diri sedang berpuasa hati dan anggota, Allah uji dengan perasaan
amarah. Jujurlah aku katakan , dalam banyak banyak perasaan, perasaan amarah
adalah perasaan yang paling mahu aku kawal. Kerana aku tahu, nikmatnya mengawal
amarah disisi Allah.
Bila orang yang kita
kasih sendiri yang sering menjadi punca kepada gelodak amarah, terasa mahu saja
kaki ini diangkat melangkah jauh darinya. Apa guna aku ada disisinya sedang aku
tidak ditarbiyyah dengan sikapnya, malah dia pula lama – lama keruh kerana
sikap aku.
Tapi, apakan daya
hamba. . terlalu sayang. Amat sayang. Paling sayang. Dialah kesayangan, lalu
mana mungkin aku meninggalkan dia sendiri. Walaupun jasad aku mungkin tidak
diperlukan, tapi aku tetap mahu menjadi orang pertama yang bersamanya disaat
dia memerlukan teman.
“ setiap kelemahan
dan kesilapan manusia adaah ujian untuk kita”
Yang diatas itu
adalah satu bait syair arab . Hari ini pertama kali terbaca ayat ini ketika
sedang menahan marah yang sedang mendidih, menitis air mata di atas lembaran
nota-nota. Terkesan dengan maksudnya yang begitu menarik tangkai hati. Benarlah
, dia ujian dan jika aku mengambil langkah dengan tidak waras, maka aku beerti telah
mengetepikan takdir Allah ke atas diri aku sendiri.
Marah dia, maki dia,
hamun dia, beerti aku telah menolak takdir Allah. Waiiyazubillah!
Tiga kali Rasulullah
SAW berpesan;
Jangan kamu marah
Jangan kamu marah
Jangan kamu marah.
Lalu. Mengapa masih
mahu marah?
Sekat ia jangan
sampai ke jantung!
Ikat ia sebelum
sampai ke halkum!
Jangan pamerkan
perlakuan biadap kita di hadapan Tuhan, tauhid kita perlu tepat. Yakinlah,
setiap sesuatu itu datangnya dari Allah, dan jua akan kembali kepada Allah.
Allah Maha Tahu
peritnya menongkah perasaan itu, lalu
serahkanlah saja kepada Dia.
Sebab Allah sentiasa
ada. Sentiasa.
“This world is like a
bridge to our final abode. If we fail, we’ll fall into the hell fire. And if we
pass, we’ll enter the gardens of paradise “
(:
---I just miss the
feelings when Allah knocks my heart for the first time , allahu---
No comments:
Post a Comment