di sebalik tembok
ada sepasang mata yang sedang menangis
tunduknya sujud menyembah Tuhan
sedang dunia di luar begitu gemilau dengan godaan
di sebalik tembok
ada satu hati yang sedang basah
memuja mengEsakan Tuhan
sedang di sebelah sana
ada banyak hati yang ketandusan rahmat
di sebalik tembok
ada dia yang mengusung senapang
berjaga-jaga demi agama Tuhan
sedang di balik sana
mereka masih berperang dengan nafsu
entah bila mahu menang
di sebalik tembok
ada darah mujahid yang rindukan Tuhan
mengalir bagai tiada penghujung
sedang dunia sebelah sana
masih elok bersimpuh dengan duniawi
asyik hingga terlupa kisah A'd dan Tsamud.
di sebalik tembok,
masih kasih Tuhan berlabuh.
yang engkau perlu hanyalah sedikit pengharapan
pengharapan pada Tuhan
kerna kasih Tuhan sentiasa melimpah.
terpulang engkau untuk memilih.
No comments:
Post a Comment