Terlalu sayang.
Hingga takut kehampaan dalam bayang
Terlalu cinta.
Hingga takut mengatasi cinta pada Pencipta.
Mahu bersederhana.
Tidak terlalu menunjuk apa yang ada.
Tapi ternyata.
Aku manusia tidak berdaya.
Lemah jua dalam air mata.
Maafkan aku atas setiap saat yang kau lalui
Dalam derita kerana tingkah yang melampaui
Aku sayang
Tapi tidak tahu mengucap sayang
Aku cinta
Tapi tidak istimewa dalam meluah rasa
Bagaimana mahu aku khabarkan?
Aku segan sendiri dalam impian
Terlalu puncak angan aku berdiri
Hingga aku gayat mahu menuruni
Risau sekali terkadang
Bimbang engkau berpatah arang
Namun aku tahu
Tuhan sedang merencana sesuatu
Aku mahu biar sahaja waktu
Menjadi pengadil buat aku
Aku sudah terlalu kelu
Dalam bahasa dan kata yang bisu
Aku mahu engkau tahu
Tiada satu saat yang berlalu
Tanpa aku cuba memperbaiki tingkahku
Tapi ternyata aku adalah aku
Tetaplah begitu
Dalam debu debu
Mengakaburi segala pintu
Sesat jasadku
Disitu.
Maafkan aku-
Aku sudah cinta. Terlalu.
No comments:
Post a Comment