Saturday, July 20, 2019

Syahira dan kasut

19th July 19
Friday

اللهم صل على سيدنا محمد♥️

So, here i am again after a decade. Ranting on how my life was about. Literally, life is always being good. Alhamdulillah. 

Dalam setiap fasa yang aku lalui, hari demi hari. Berlainan rasa, berlainan segalanya. Syukur pada Tuhan, masih diberi izin untuk selalu berusaha menjadi yang lebih baik. 

Ujian Tuhan pada hamba-Nya, kadang tertulis dalam bentuk yang tak kita sangka. Terkadang lucu, seperti tangis dalam gelak. 
-
17 Julai 2019.
Aku ada kursus yang memerlukan aku untuk pakai pakaian sukan. Sebab aku ke tempat kerja dengan uniform, jadi sangatlah jarang aku berbaju biasa ke tempat kerja. Malam sebelum kursus aku dah siapkan semua, kecuali kasut. Kasut aku sangkakan dalam kereta. Sebab tak pernah keluarkan dari situ. Tapi, tiba hari kejadian, pagi tu check dalam kereta, kasut tu takde. Rupanya kasut tertinggal dekat rumah in-law. 
-
Dan, ditakdirkan Allah pagi tu aku agak stress. Macammacam dalam kepala nak buat serentak. Bila tambah lagi satu hal,termenangis aku dekat kereta. Dalam kereta cuma ada kasut climb husband, kasut hiking dia, dan sepasang lagi kasut jalan jalan dia. Dia pakai size 7, dan aku size 5. Nak tak nak, terpaksa jugak aku sarungkan kasut hiking dia. Sebab, yang tu je yang warna hitam yang talinya boleh adjust ketat sikit. 

Jadi, pakailah aku kasut lelaki size 7 ke kursus. Rasa macam pakai sampan dekat kaki. Lain macam luas dia punya space. Mesti semua jari kaki aku macam pelik kenapa tiba tiba harini tuan dia upgrade rumah jadi banglo.

Dan tiba tiba, teringat satu peristiwa kasut waktu darjah 6. Dulu, keluarga aku adik beradik ramai, semua masih sekolah. Jadi, kami mak abah didik sangatlah sederhana. Apa yang ada, itu lah rezeki kami. Aku dulu pengawas sekolah, pergi ke sekolah dengan kasut hitam. Satu hari, di hujung minggu, adik aku yang nombor 7 yang waktu tu baru berusia 8 tahun, begitu rajin nak tolong basuhkan kasut sekolah aku. Sudahnya, sebelah kasut hitam aku jadi warna putih, sebab dia letak clorox sekali dalam sabun. 

Aku menangis teruk sebab aku tahu mak tak ada duit untuk beli kasut lain. Abah pulak kerja di pulau pinang waktu tu. Maka, pakailah aku ke sekolah dengan sebelah kasut berwarna putih kelabu asap dan sebelah lagi hitam. Ramai yang tegur, siap gelakkan lagi. Maklumlah masih lagi bersekolah rendah, bukan masing masing faham pun erti susah payah. 

Sampai sekarang. Berbelas tahun berlalu. Peristiwa itu masih segar. Kalau sembang adik beradik memang tergelak je semuanya. Dan tiba tiba harini jadi lagi sekali peristiwa kasut😂

Tapi harini, lepas habis je game explorace aku terus balik tukar sandal. Terlalu besar kasut nya tu.

Aku pun tak tahu kenapa aku tulis cerita ni. Mungkin sebab aku rasa aku bangga dengan diri aku. Aku bangga dengan kebolehan diri aku dalam mengatasi rasa malu yang tak bertempat. Sebab selalu, malu aku selalu tak bertempat😂 nak makan tapi malu, nak pergi toilet tapi malu, dan yang paling teruk, nak buat baik tapi malu. 

Syahira hari ini bukan lagi syahira yang kelmarin.
Masa kita sudah terlalu singkat untuk sibukkan diri dengan hal dunia dan hal manusia lain. 

Semoga seorang syahira,terus bertatih dan berdikit dikit menjadi hamba yang terbaik untuk Rabbul Izzah♥️

1 comment: