Thursday, December 31, 2020

My little Furqan


 Assalamualaikum.

Here i am again, ranting freeeeeeeee and full of myself again. Hehe.

Harini nak bercerita tentang seorang jejaka kecil yang comel, ulama' kecil kedua.

Muhammad Furqan nama diberi❤️

Bukti/kebenaran yang terpuji-

30 November 2020

Pagi itu pergi kerja seperti biasa. Cuma perasan pinggang agak sakit. Sehari sebelum, sakan berjalan kat Aeon Big dengan Fadzlen. Shopping barang dapur. Barang baby. Pagi tu bangun tidur sakit sakit pinggang. Ingatkan sebab banyak jalan. Kalau ikut due date, tarikh bersalin 9/12 (sama birthday abang Fahri) Rupanya itu tanda nak bersalinkan ulama' kecil kedua ni. Ada turun darah sedikit pagi tu. 

Jadi pergi ke Hospital check, doctor discharge home. Sebab bukaan baru 3cm she said. Dia bagi mc 3 hari. Suruh rehat kat rumah. And datang balik kalau ada tanda tanda bersalin yang lain. 

Pukul 6pm baru boleh balik rumah. Ambik Fahri kat taska. Makan, solat maghrib. Waktu tu sakit makin terasa. Contraction semakin kerap. Tapi tahan juga sebab nak selelsaikan solat dulu. Berkemas apa yang patut. Dan kemudian usai solat isyak terus ke rumah mama mertua. Minta mama tolong jagakan Muhammad Fahri. Terus pergi ke hospital. Sampai ke hospital dalam jam 9pm. Masuk je ke PAC, nurse yang bertugas minta baring di katil. Tak sempat baring, air ketuban dah pecah. Firstime experience air ketuban pecah sendiri. Before this, waktu bersalin kan Fahri, doctor induce. Jadi air ketuban doctor yang pecahkan waktu dalam labour room. But this time, everything was different except the pain. Huhu

Aku dah menangis takut tak tahu kenapa. Sebab sakit contraction juga barangkali. Doctor datang check katanya dah 6cm boleh terus ke labour room. 

Masuk je labour room, doctor cakap macam jantung baby lemah. Aku berdoa sangat harap harap tak operate. Sebab dah 6 cm. Moga baby sihat dan bersalin normal. Alhamdulillah, after a few doctors come and check. They allowed normal delivery. Waktu tu nak mintak epidural, sebab dah terlalu sakit. Tapi hospital tu takde pun staff dia datang tanya. Yang ada cuma sorang jururawat masyarakat yang junior. Takpelah kn, atleast ada peneman yang sentiasa cuba tenangkan. Baik JM tu. Jadi menahanlah kesakitan waktu tu. Dalam hati terus berzikir lailahailla anta subhana inni kuntu mina dzolimin. Awal awal pagi haritu, cakap dengan adik baby, adik lahir esok ye, bulan 12. Jangan harini. Sebab senang sama bulan dengan abang, sama bulan dengan anniversary ibu abi. Potong 1 kek je🤣 

Tapi bila dah sakit macam tu, terus pujuk baby. Cepatlah keluar jumpa ibu abi abang. Tak payah tunggu esok , adik keluarla🤣

Nurse pujuk cakap, 

"Mommy tenang, selawat banyak banyak. Jangan teran kalau takde rasa. Bukaan belum full lagi mommy"

Sebab dah terlampau sakit , nurse suruh mengiring badan ke kiri. Nurse cakap, bila memang rasa baby dah dekat bawah baru baring tegak. Ya Allah masa mengiring tu sakitnya Tuhan je tahu. Tak sure kenapa kena mengiring, tapi i think, lagi mudah bukaan tu terbuka. Tapi have to bear the pain la😭

Dan alhamdulillah,tepat pukul 11.20 pm selamat lahirkan Furqan ke dunia. Waktu Furqan lahir tu,tiada kata dapat aku tulis betapa leganya bila dah tak rasa sakit contraction tu. Intact alhamdulillah. Berkat kakja ajar cara push baby supaya takde perineal tear. Thankyou kakja. 🤍

Pengalaman dekat wad taknak cerita. Terlalu sedih. Sampai rasa nak balik rumah discharge terus je. Sangat teruk layanan😭 dah rasa trauma nak bersalin disebabkan layanan staff kat hospital ampang tu teruk sangat. Takpelah, maafkanlah. Mereka pun bukannya malaikat yedak. 

Yang penting, Furqan sihat❤️

Begitulah ringkasnya pengalaman bersalinkan Muhammad Furqan ulama' kecil kedua🤍

Semoga anak ibu membesar dengan penuh cinta, jadi anak yang taat perintah Allah, cintakan Rasul, taat ibu dan abi, kasihkan semua makhluk. Amin❤️




Wednesday, December 09, 2020

Ulangtahun kedua,ulama' kecil




Selamat ulangtahun kedua ulama' kecil ibu abi

24 purnama
Berlalu dengan penuh cinta
Kamu yang kini begitu bersemangat
Begitu banyak celoteh
Yang setia menceriakan hidup kami

Muhammad Fahri ku,
Selamat dua tahun sayang.

Semoga Allah mencintai kamu sentiasa
Merahmati hidup kamu 
Sentiasa dalam kasih sayang Allah

Ibu dan abi akan selalu ada
Setia mendukungmu dan melindungmu
Kamu yang teristimewa
Yang memakaikan ibu mahkota keibuan
Yang menyarungkan abi jubah kebapaan

Kamu yang pertama menghuni rahim ibu
Yang pertama kami tatang penuh cinta
Yang sentiasa dalam doa kami

Ibu halalkan setiap titis susu ibu yang menjadi darah daging kamu,
2 tahun yang indah.
2 tahun yang penuh memori.
Menyusukan kamu hingga kamu berusia 2 tahun bukanlah tugas yang mudah
Syukur Tuhan selalu sudi rezekikan kebaikan
Alhamdulillah.

Kini tiba masa,
Untuk anak soleh ibu abi bertatih untuk tidak lagi tidur dengan susu ibu.
Kamu boleh sayang.
Ibu tahu kamu kuat.

Sedih juga ibu mendengar rayuan kamu.
Menitis juga air mata rindu mahu kamu tidur dalam pelukan
Tapi kini, kita berdua harus biasakan diri
Agar nanti kamu bisa berdiri menjadi orang yang kuat mempertahankan matlamat yang halal.

Mungkin pada orang lain, berpisah susu itu mudah. Tapi tidak pada ibu dan anaknya.

Sokongan dari suami, keluarga adalah penguat.
Si anak masih rindu dan mahu
Si ibu masih dalam sebak yang nyata sukar menahan pujuk rayu

Moga kita berdua kuat.
Kita boleh, sayang. 
Fahri boleh.
Ibu yakin.

Di awalnya memang akan terasa sangat sukar, tapi inshaAllah, Allah akan beri jalan keluar.

Allah ada sayang.
Allah ada.

Ibu abi sayang Muhammad Fahri.
Selamat Dua Tahun kesayangan ibu abi

💚

Saturday, November 28, 2020

Erti sebuah keberadaan

Terlalu banyak perkataan yang tidak dapat meluahkan makna sebenar. Adakalanya, kita sangka hujah kita sudah ampuh untuk menang, tapi ternyata tidak semua orang membaca dengan nada yang kita mahu. 

Pada apakah lagi mahu kita sandarkan rasa kehilangan sedangkan yang memberi ada hanyalah Allah? 

Tiada yang kekal melainkan cuma Allah.

Rasa sakit yang menikam akan sembuh.
Sedih yang mencengkam kelak akan ditunasi senyum.
Keberadaan hari ini akan hilang jua satu hari.

Kerna,
Erti kekal itu hanya untuk Allah.
Bukan milik kita, manusia. 

Kerna itu juga, 
Belajarlah menghargai.
Tidak perlu lebih.
Tidak perlu hadiah yang mahal.
Cukup dengan berterima kasih
Untuk sekecil kecil perkara.

Cipta memori untuk kita kenang hari esok.
Bila tiba satu saat,
Yang kekal cuma rasa bahgia yang pernah kita miliki.

Sebuah keberadaan itu hanya akan kelihatan bermakna dan mahal apabila kita tidak lagi memiliki dia.

Hargai apa yang ada.
Syukuri setiap rasa yang Allah izin kita punya.

Bismillah.
Alhamdulillah.
Thummalhamdulillah.

Saturday, September 19, 2020

Rapuh

"wahai Allah, bantulah aku dengan cara yang Kau mahu"

Sering aku terpesona dengan dunia yang sementara, terlalu menurutkan hawa nafsu, kadang terbabas sendiri di jalan yang tiada penghujung.


Aku tadahkan tangan ke langit, meminta kepada Dia yang punya segala.

"Wahai Allah! Bantulah aku dengan cara yang Kau mahu!"

Esak tangis berlagu. Merobek segala ego yang teguh tegaknya.

Berdoalah kepada Allah bukan mengikut nafsu, tetapi berdasarkan keyakinan bahwa Allah lebih tahu.

Allah lebih tahu.
Apa yang kita sembunyi dari mata manusia.
Dia tak pernah lena.
Allahu Allah.

Wednesday, June 24, 2020

Not yet the end of this world Syahira.

 I dont know either this is the best choice,or not. I asked الله to give me peace and tranquility if this marriage is good for us,for our dunya, for our akhirah. And yet, things after things. Life goes, and we both too. But it just us, living a life as a partner, but never have a heart of a partner.


Time goes by. We drive through all thing. I know we both are trying so hard to fix things. At least we tried. This is not yet the last option. We still have a very long journey.


Optimist.

If by the Grace of الله , i am given a chance to fix everything, i will do my utmost. To make sure we both wasnt hurt in anyways. And our kids will growing up in house full of Taqwa. This is what i always wanted to.


Living in Taqwa. Growing my kids with Taqwa. 


Kabulkan ya Rabb. Kabulkanlah :,)


Monday, May 11, 2020

Step in.

Im a human.
And i can improve a lot by doing mistake.
Bismillah♥️


Sunday, May 10, 2020

Tiada yang kekal

Tiada yang kekal.

Seperti hujan yang menyapu segala kotor yang membungkam. Juga salju yang memberi beku. 

Kita sekadar hidup hanya untuk Dia. Jika tertulis berjuta impian sekalipun, sandarannya tetap pada Tuhan Ya Rahman. 

Berlari seawal hari, mengejar rezeki di bumi Ya Razzaq, lalu pulang di petang hari, saat mentari lesu bersinar. Perginya penuh dengan hasrat di hati moga redha selalu terlukis, dan pulangnya penuh dengan rindu pada anak dan isteri. Indahnya nikmat yang Tuhan bagi. Tidak bertepi. 

Saban waktu, aku menghitung saat saat yang berdetik. Seolah hampa menguasai diri. Terasa benar lemah tiada mampu. Menjadi seorang isteri yang selalu gagal, menjadi seorang ibu yang penuh silap. Malam berlalu, dan pagi menjelma. Tiada yang berlaku persis yang aku mahu. Aku terlalu mengharap pada manusia. Sedang Allah yang mencipta tidak pernah aku bertanya mengapa.

Desir halus di sore hari, menjentik rasa yang sayu. Allah. Telah jauh aku berkelana di bumiMu. Tiada sedetik pun yang aku berterima kasih pada Mu atas segala ujian yang Kau hantar. Walhal, itulah tanda aku ini masih hamba. Jauh silap aku, banyak dosa yang memberat. Ampunkan aku ya Allah.

Aku mahu terbang tinggi. 
Aku mahu melaksana segala mimpi.
Aku mahu membelah langit dengan cinta.
Aku mahu memandang bumi dengan cinta pada Rabbi.

Terlalu tinggi cita yang aku tanam.
Pantas saja aku selalu kecewa.

Tuhan.
Pada apakah lagi harus aku bersandar jika bukan dengan cintaMu?

Sungguh aku tahu.
Segala resah yang hadir ini adalah rasa atas dosa yang ada.
Ampunkan aku Ya Ghaffur.

Jadikan aku syahira yang Kau cinta.
Jadikan aku syahira yang Kau redha.

Sungguh tiada yang kekal.
Dunia ini pinjaman cuma.
Aku ini sampai masa pergi jua.

Moga syahira dikurniakan kebaikan atas kehidupan yang sementara ini. Agar kelak di akhirat sana bisa dia bertemu dengan cinta yang Hakiki. Rabbul Izzah. Amin.

17 Ramadhan 1441H
Hujan.

Keramat.