![]() |
Selamat ulangtahun kedua ulama' kecil ibu abi
24 purnama
Berlalu dengan penuh cinta
Kamu yang kini begitu bersemangat
Begitu banyak celoteh
Yang setia menceriakan hidup kami
Muhammad Fahri ku,
Selamat dua tahun sayang.
Semoga Allah mencintai kamu sentiasa
Merahmati hidup kamu
Sentiasa dalam kasih sayang Allah
Ibu dan abi akan selalu ada
Setia mendukungmu dan melindungmu
Kamu yang teristimewa
Yang memakaikan ibu mahkota keibuan
Yang menyarungkan abi jubah kebapaan
Kamu yang pertama menghuni rahim ibu
Yang pertama kami tatang penuh cinta
Yang sentiasa dalam doa kami
Ibu halalkan setiap titis susu ibu yang menjadi darah daging kamu,
2 tahun yang indah.
2 tahun yang penuh memori.
Menyusukan kamu hingga kamu berusia 2 tahun bukanlah tugas yang mudah
Syukur Tuhan selalu sudi rezekikan kebaikan
Alhamdulillah.
Kini tiba masa,
Untuk anak soleh ibu abi bertatih untuk tidak lagi tidur dengan susu ibu.
Kamu boleh sayang.
Ibu tahu kamu kuat.
Sedih juga ibu mendengar rayuan kamu.
Menitis juga air mata rindu mahu kamu tidur dalam pelukan
Tapi kini, kita berdua harus biasakan diri
Agar nanti kamu bisa berdiri menjadi orang yang kuat mempertahankan matlamat yang halal.
Mungkin pada orang lain, berpisah susu itu mudah. Tapi tidak pada ibu dan anaknya.
Sokongan dari suami, keluarga adalah penguat.
Si anak masih rindu dan mahu
Si ibu masih dalam sebak yang nyata sukar menahan pujuk rayu
Moga kita berdua kuat.
Kita boleh, sayang.
Fahri boleh.
Ibu yakin.
Di awalnya memang akan terasa sangat sukar, tapi inshaAllah, Allah akan beri jalan keluar.
Allah ada sayang.
Allah ada.
Ibu abi sayang Muhammad Fahri.
Selamat Dua Tahun kesayangan ibu abi
💚
No comments:
Post a Comment