“ sama ada kau
menjadi pejuang yang menyumbang, atau petualang yang menumbang. Seperti antara
syurga dan neraka, tiada pilihan di tengah-tengah”
. . .
Bulatan gembira
sepenakut-penakut aku, bising-bising aku, aku sebenarnya ada
anak-anak yang nak kena jaga, yang nak kena belai , yang nak kena pujuk.
Mereka
anugerah yang Allah bagi, tak sikit. Ramai.
Mereka aku panggil
super junior, aiwah ala-ala Korean style sikit.
Semalam, kami
berhalaqah selepas isyak. Walaupun ada anak-anak yang tak dapat hadir, aku
teruskan jugak liqa’ kami, memandangkan sudah agak lama kami tidak sama-sama
tenggelam dalam taman-taman syurga, pastinya rindu tidak tertahan lagi .
Tajuk malam itu : sekularime musuh islam.
Tajuk ni antara tajuk
hot yang kalau tak baca memang payah nak digest, kalau tak study nak terang pun
tak tahu acano.
Secara summary nya,
sekularisme ni adalah satu keadaan yang mana agama dipisahkan dari kehidupan. Macam
contohnya, dalam pentadbiran, agama tak
akan dicampur adukkan . Bagi mereka agama tu hanya untuk di masjid masjid surau
surau segala. Sekularisme ni jugak sebenarnya satu doktrin yang cuba
memalingkan manusia dari fitrah agama dan lebih mencintai duniawi semata-mata.
sekularisme ni ada
pulak adik beradik dia.
Ada pat orang
semuanya.
Yang paling sulong,
nasionalisme. Yang second kapitalisme, yang third sosialisme, yang bongsu komunisme.
Semua isme-isme ni
adalah sangat bercanggah dari agama.
Nasionalisme :
Nasiaonalisme ni
merupakan satu kefahaman yang menanam kecintaan kepada bangsa dan Negara lebih
dari mencintai agama. Mereka menjadikan bangsa dan Negara sebagai asas kepada
kesetiaan,hingga menimbulkan banyak permusuhan sesama islam. umat islam
berpecah belah, dan islam tidak lagi menjadi penjaga kepada segala pergerakan
dan perbuatan mereka. Umat islam pula dikosongkan dari cita-cita dan keinginan
islam. lalu, ditiupkan pula semangat nasionalisme ini ke dalam diri.
Takrif ini
menjelaskan bahawa nasionalisme adalah fenomena yang meletakkan kesetiaan dan
ketaatan manusia kepada negara, mereka meletakkan kepentingan negaranya di atas
segala kepentingan yang lain samada ianya merupakan kepentingan peribadi
ataupun kepentingan negara-negara lain. Fahaman ini adalah bertolak daripada
andaian bahawa tumpuan utama bagi ikatan politik adalah terletak kepada bangsa.
Doktrin ini dibawa
masuk oleh Pakcik Machiavelli, Uncle Rousseau, dan Johan Gottfried. Ia adalah
satu fahaman baru yang muncul di zaman moden akibat daripada pergolakan sejarah
yang berlaku di Eropah iaitu pergolakan yang lahir daripada perjuangan
masyarakat barat untuk membebaskan negara-negara mereka daripada tekanan
pentadbiran dan kezaliman kuasa gereja.
Kapitalisme:
Memang sudah menjadi
lumrah manusia untuk mengejar kesenangan dan kemewahan hidup. Tiada manusia
yang mahukan kedaif dan kepayahan dalam hidup mereka kecuali kewarasan
pemikiran mereka di angkat oleh Allah. Islam tidak melarang umatnya untuk
mengumpul harta dan menjadi kaya raya selagi methodnya tidak melanggari
batas-batas agama. Islam menetapkan kewajipan pembayaran zakat dan saranan
bersedekah untuk menolong umat islam yang memerlukan.
Fahaman kapitalisme
yang berasaskan oleh pemikiran yang jahil. Penciptaan fahaman ini hanya untuk
memperjuangkan hak kebebasan berekonomi tanpa batasan.
Kesannya, wujudlah
golongan kaya menjadi semakin kaya dan golongan miskin terus papa kedana. Fahaman
ini juga ditolak kerana ia menyebabkan peradaban kemanusiaan menjadi rosak,
moral dan akhlak mereka runtuh, dan ia juga punca segala bentuk kezaliman dan
penindasan sesama manusia kerana kejahilan dan kebodohan manusia sendiri yang
tidak tahu hakikat kehidupan yang sebenarnya.
Sosialisme :
Fahaman ini
dicetuskan untuk memperjuangkan nasib dan hak kesamarataan orang bawahan dan
nasib buruh. Walaupun Nampak macam baik dan adil namun sebenarnya socialism adalah
sesuatu yang melanggari fitrah.
Walaupun kerja yang
dibuat oleh pekerja sangat banyak, namun nilai upah atau ganjaran yang
diberikan tetap sama dengan pekerja yang sedikit kerjanya. Paham tak macane
konsep dia?
Maksudnya lebih
kurang kau buat kerja penat-penat, tapi gaji kau tetap sama dengan orang yang
kerja goyang kaki. Kira macam tak fair la.
Komunisme :
Komunisme adalah
fahaman sosialis ala Karl Marx dari Jerman. Dia berketurunan Yahudi dan
meluaskan skop sosialisme dengan memperjuangkan nilai kekuasaan untuk membina
sistem kesamarataan.
Sistem ini menafikan
hak mencari harta bagi yang mampu sebaliknya harta seseorang diagih kepada
orang ramai tanpa usaha golongan yang menerima itu. Fahaman ini diteruskan oleh
Lenin,kerana itu ia disebut marxis-leninisme,
kesimpulan :
kita
sebagai umat terpilih, kita tak diberi pilihan lain selain dari menjadi muslim.
Sebab kita cuma punya dua pilihan,
Sama ada nak jadi
muslimin atau jahiliyyin.
Benda fahaman macam
ni hakikatnya ada lagi sisa-sisa dia dalam diri . dan kita kena ingat, kalau
kita pilih fahaman selain dari islam, syahadah kita boleh terbatal,
nauzubillahimindzalik.
Jadi, dalam buat apa
apa pun, jangan jadi macam babi yang berjalan tak tengok kiri kanan, menonong
ja sodok semua yang ada depan. Kaji dulu, banyakkan baca buku.
Ubah dunia dengan
buku, sebab dengan membaca lah ilmu kita akan bertambah, dan kita takkan lagi
duduk dalam kotak yang tersepit dengan didnding kiri kanan atas bawah.
. . .
Sebelum usrah habis
semalam, aku buka ruang untuk anak-anak aku luahkan perasaan. Dan, salah
seorang anak buah bertanya soalan kepada aku tentang sahabat. Dia macam nak
menangis, aku faham perasaan dia.
Tapi bagi aku, bab
sahabat memang payah kalau kita duduk dalam komuniti kolej . memang nak cari
sahabat yang sempurna tu payah, jadi terimalah segala ketidaksempurnaan tu
supaya menjadi pengerat kasih sayang kita dengan dia.
Kalau sayang,kata
sahaja sayang.
Kalau cinta, kata
sahaja cinta.
Kerana sahabat tu
anugerah, bukan hak milik.
Cari kelebihan,
jangan asyik pandang kekurangan. Nanti lama-lama kita jadi buta melihat dunia
hingga lupa nak cermin diri. Lalu, terjadilah penyakit hati yang meleraikan
tali cinta. Maka tergolonglah kita dalam kategori orang-orang yang rugi. Sangat
tak untunggg. .
. . .
Sayang anak-anak, kerana
Allah. (:
anak-anak aku ni baru nak belajar kenal dunia remaja. Aku ni dahla kecoh,haila macane nak jadi contoh yang baik ni. Pakai selipar jepun pun ada gambar hello kitty lagi, pakat kena gelak ja di hanak-hanak tu. haila --"
Jadi syahira,kau kena
jaga thiqah. Jadi contoh. Boleh?
kau bawak imej islam,di pundak engkau ada agama yang mesti kau tegakkan dalam diri engkau dulu.
sokay sokay sokay,janganstress.sokay sokay sokay. keh!
Okay?
Okayyyyy !
No comments:
Post a Comment