“When I’m sad,
someone asked me what’s went wrong, and asking me to be strong. But how can I
be strong? when you are not trying to pick me up off the ground!“
. . .
Sweater puma yang
disarung di tubuhnya, dan topi sudu bertulis lalilahaillallah . hoodie ditarik
menutup kepalanya. Okeh! Aku dah ready. Bisik Felix bersemangat.
Sesekali kelihatan
dia menginjakkan kakinya, menjinjit melihat suasana yang gamat di depannya. Alunan
ya hanana memecah sepi malam, terasa segar saraf bila lidah turut mengalun
perlahan senada.
Dia lihat kiri kanan,
ada satu kelompok pemuda memandangnya hairan. Ah, persetankan semua tu, hati
Felix berbicara. Mungkin cara dress up dia agak tak sesuai, tapi lantaklah. Yang
penting dia dapat tengok wajah-wajah ulama’ yang menyejukkan mata tu.
Pukul 11.30 malam. Majlis
tamat dan Felix bergegas mahu pulang. Bingit telinganya nanti menahan bebelan
pakcik guard yang dah gaya warden penjara tu. Dari jauh dia melihat seorang gadis berbicara dengan seorang lelaki berkopiah putih dengan rida' di bahunya tersidai.
dah kawen kot. hatinya bersangka.
Dalam cepat dia melangkah, tiba tiba bahunya melanggar
sesusuk tubuh serba hitam yang sedang tunduk menekup wajah. Dia cuba mengimbangkan badannya dari jatuh ke arah lembaga
hitam itu. Dibetulkan cap nya yang senget sedikit. Felix angkat kepala,
dihadapannya seorang gadis berpakaian serba
hitam jatuh terduduk, tangannya memeluk lututnya. Luka barangkali. Felix segera
tunduk dan meminta maaf. Tangannya laju
mahu melihat keadaan gadis itu, namun belum sempat tangannya mendarat ke arah gadis
itu, terasa bahunya ditolak ke belakang.
“ jangan ! jangan
sentuh saya! “ suara gadis itu kelihatan sebak. baru lepas mennagis mungkin.
Felix terpempan. Apa gaya
aku tadi ada macam muka perogol bersiri ke? Felix diam dan menjarakkan diri
sedikit.
“sorrylah, aku nak
tolong kau je tadi. Kau boleh bangun tak? Kau datang sorang ke? Mana kawan –kawan
kau lagi?”
“ maaf. Saya tak
biasa. Kawan saya dah pergi kat parking. hm, saya tertinggal payung tadi, sebab tu
patah balik. Tak apa, awak boleh pergi. Saya okay, terseliuh sikit saja. Saya boleh
call kawan saya’’ dia tunduk menekur tanah. Handphone dikeluarkan dan
kedengaran dia berbicara perlahan.
Felix hilang akal. Ish,
baik sangat budak ni, karang aku tinggal nanti kang entah sape-sape je datang ushar. eh, kata ambik payung , mana payungnya? felix bermonolog sendiri.
“takpelah, aku teman
kau sampai kawan kau datang” felix melangkah menjarakkan sedikit kedudukannya,
dari tadi dia lihat gadis tu seolah segan dengan dirinya.
“ kau umur berapa ni?
Mak kau tahu tak kau datang sini ni? Dah lewat ceni, tak elok la anak dara
berembun’’ felix menghamburkan semua solan yang menerjah di fikirannya, untuk
elak dari sunyi yang menambahkan lagi cuak dan segan.
“ 21 . tahu, dah
bagitau, mak saya izinkan sebab pergi ramai-ramai” dia tunduk lagi.
Felix hilang akal
lagi. Ish budak ni, patbelas patah aku tanya dua patah dia jawab. Hampeh betol.
“kau nama apa, ? “
felix mengipas-ngipas dirinya menghalau nyamuk yang mulai mencari rezeki di
tengah malam.
“Maryam” halus
suaranya menjawab.
“ hah Maryam.perempuan
ni, tempat dia kat rumah. Majlis macam ni memang elok, tapi bila dah tengah
malam ceni, kau agak la kan. Pompuan ni darah manis, baik kau tengok live ja
kat tv, yang penting ni kat dalam ni.. “ felix menepuk dadanya .
". . . niat kau tu, kalau
niat kau nak tengok sebab memang benda ni baik, baguslah. Tapi kalau sebab kau
nak tayang solehah kau, baik tak payah” laju felix membebel. Entah dari mana datang
idea ke otaknya yang menyala-nyala. Maryam
tertunduk.
eh, aku dah label dia ke apa ni? ah lantaklah, bukan kenal pun. Jangan abang kau abanglong kawasan sudah, mati aku nanti kalau dia mengadu,eheh. hatinya bercakap seorang.
“ kau memang spesis tak
bercakap dengan budak lelaki eh? Asal dari tadi aku tengok kau tunduk je. Kau tengok
tanah tu lama-lama buat apa?”
‘’maaf. Saya tak
biasa” laju dan lancar, namun masih kedengaran lembut menyapa gegendang
telinganya.
Pergh, meruntun
hatikuuu.
ayuuuuuuu
Felix senyum. Ceh,
geng- geng ostajah nii,spesis isteri
cerdik dan solehah, wakakaka , felix tergelak di dalam hati.
Kau ni lawaaa, pakai
purdah macam ninja pun Nampak lawa jugak. Felix tersengih , namun cuma terdetik
di hatinya sahaja segala pujian itu.
“aku panggil kau
ninja je la eh, senang sikit sebut. Ahahahahahahha” felix menghamburkan tawa,
namun tiada balasan .
“ehem, sorry. Aku main-main
je” felix terdiam bila melihat jelingan mata Maryam yang seolah menyampah
dengan dirinya.
Tiba tiba kedengaran
suara memanggil nama Maryam.
Sahabat-sahabat nya
segera mendekat bila melihat Maryam yang terduduk. Sampai sahaja kawan-kawnnya,
Maryam segera memeluk salah seorang dari kawannya dan menangis.
Eh, felix mulai cuak.
Pehal ni, nanti sah sah kawan-kawan dia ingat aku apa-apakan dia.
“eh, aku tak buat
apa-apa ,korang jangan salah paham pulak kat aku, aku cuma temankan dia je
tadi, kesian takkan nak duduk sorang-sorang dalam gelap ceni” sekali lafaz
felix membina ayat mempertahankan dirinya.
Kawan-kawannya
memapah Maryam. Sebelum pergi Maryam berpaling, dia mengeluarkan buku notanya
dan mencatit sesuatu, lalu dihulurkannya kepadaku. Dan terus berlalu.
“jazakallah , apa pun
nama awak dan siapa awak, semoga Allah temukan kita dalam keadaan yang jauh
lebih baik. Terima kasih tolong saya, dan saya datang sini, inshaAllah segalanya
adalah demi Tuhan .assalamualaikum- ninja”
Aku tergelak membaca
patah akhir yang dilakar Maryam. Malam itu, walaupun teruk aku kena maki dengan
pak guard, aku sengih ja. Dah gaya jatuh cinta pandang pertama. Phewwww
Apa, aku dah kena
sumpahan hadis orang melayu ke apa nih?
Cinta pandang
pertama, ewahh.
Malam tu aku tidur
dengan bibir tersungging sengih. Lahai, bukan budak ninja tu confess ailabiyu ke
apa pun , yang aku bergegar sangat hati ni kenapa? -.-
Comes to your sense
la felix. Fuhfuhfuh!
. . .
“Perempuan yang tak
cantik, tapi kerana dia ada agama , kau akan nampak dia sebagai manis. Perempuan
yang tak kaya, tapi kerana dia ada agama, kau akan nampak dia sebagai seorang
yang redha. Perempuan yang keturunan tak berdarjat, tapi kerana dia ada agama,
kau akan nampak dia seorang yang rendah diri. Perempuan yang tak pandai, tapi
kerana dia ada agama, kau akan nampak dia sebagai ibu mithali “ –penulis.sahaja/terfaktab
-Bersambung-
No comments:
Post a Comment