“ bestnya kalau dapat
main skateboard time ceni “
“ awak pandai main
skateboard ke?”
. . .
“tak”
“bestnya kalau dapat
berenang ! “
“wah! awak pandai
berenang ke?”
. . .
“tak”
harini, balik kerja
pukul 5 sampai kolej pukul 6. lepastu, turun bawah court exercise kejap. Hampir
satu jam menikmati udara petang, sayup dari jauh azan memanggil memecah sepi
dari surau rumah seri kenangan. Aku bergegas naik ke bilik. Melangkah ke bilik,
gelap. Lampu tak dibuka. Tahulah aku, roommate aku belum balik lagi. Tadi siang,
katanya nak ke workshop, repair motor . Aku pun switch on lampu, buka kipas,
tutup tingkap. Suasana maghrib sepi. Yang kedengaran cuma bunyi kipas yang
berpusing kerana adanya arus elektrik yang mengalir,lalu menggerakkan
motor-motor menjadikan ia sempurna sebagai sebuah kipas.
Beberapa minit aku
berteleku di atas kerusi mengadap meja, menghilangkan peluh dan lelah. Kemudian
aku bangkit menyambar tuala lalu bergegas mempersiapkan diri untuk fardhu
maghrib.
. . .
Dulu suatu waktu, aku
pernah ada seorang sahabat, sahabat susah jatuh bangun berlari berkejaran
bersama. Cliché sikit, bestfriend forever la nama dia. Dan kemudian, kami
terpisah dua benua. Dia kini dengan hidup dia, dan aku kini dengan jalan
pilihan aku sendiri.
Aku tak mintak masa
tu berulang, bagi aku memori yang ada cukuplah sarat ia sampai ke ini cuma. Tak
larat aku nak kendong lagi, bimbang terlalu berat menahan akhirnya aku sendiri
yang tertinggal di daerah sini tanpa kompas.
Aku sayang dia, sebab dia penyayang.
. . .
First love aku senior
sekolah aku. Alaa zaman tu zaman duduk hostel, ushar meja letak nota. Zaman budak
sekolah baru nak up. Takde message semua sebab henfon kat hostel kira kategori
barang haram.
Jatuh cinta tu kes
sepak bola masuk longkang. Takde cerita sweet sweet bagai, cerita gaduh
banyakla. Tapi nak buat macane, takdir Tuhan hati manusia tu kan selalu kena
uji. Satu sikap dia yang buat aku tersadung jatuh cinta tu sebab dia penyayang.
At last, bila masing
masing dah sedar yang kitorang sama-sama jatuh cinta, kitorang nekad nak stop. Payah
la jugak at first, mengigau la jugak. Tapi dia kuat woo, sebab dia kuat la aku
pun boleh lepaskan semua childish feeling tu. Islam tu indah, takkan kau nak
conteng agama sebab cinta. Gila kau korban agama sebab mende yang tak pasti
macam tu.
Dia penyayang, sikap
tu tebal dalam diri dia. Sebab tu aku sayang kenangan tu walaupun dah almost 3
tahun cerita tu tamat.
. . .
Zaman matrikulasi
zaman paling indah dalam hidup aku. Aku ada roommate, nama dia epip. Keh, nama
dia rare sebab dia orang ceruk Cameron.
Lepastu satu hari,
kitorang jogging pagi pagi hari. Kalau kat matrik tu, kiranya kalau kau jogging
pagi hari tu memang antara yang bertuah la, sebab dapat jogging dalam kabus
tebal. Lawa and goosebumps everywhere sebab akan ada habang-habang sado jugak
yang selalu jogging awal pagi.
Lepastu, satu hari
dia tanya aku
“ syahiraaa, kau
betul ke suka izman (bukan nama sebenar)?”
“laa kau kenapa Tanya
soalan pelik macam tu?”
“takdelah, aku rasa
kau deserve someone better. . .”
Perbualan tentang topic
tu habis kat situ.
Aku dulu, bukanlah
hotstuff zaman matrikulasi. Tapi, nak buat macammana, orang minat kita bukan
kita boleh buat apa pun. Kesnya sebab gaduh dalam kelas lab kimia, gaduh sampai
aku angkat pipette tu nak hempuk dia. Last-last dia confess dulu. Tapi, aku
hormat dia, sebab dia mintak cara baik. He also a nice guy what, and he deserve
a great woman who will stand behind him and give him a rock to roll when the
world slide, dan yang pasti, a great woman tu bukan aku. Sebab aku tak suka
berdiri belakang orang, aku pendek. Berdiri belakang nanti tak nampak depan .
haha. Okay itu tak lawak syera! -.-
Okay balik kisah
epip, satu malam tu dia down. Dia menangis masuk bawah blanket aku. Sobsobsob dia duk menangis, aku tak reti pujuk orang tengah nangis, sebab aku pun akan
nangis sekali. And memang pun, aku nangis jugak malam tu.
A few minutes
kitorang tenggelam dalam tangisan, lepastu tiba tiba aku nyanyi lagu
kehidupan-raihan. Lirik dia kan sangat menyentuh hati. Aku start nyanyi kat
part
“jangan difikir
derita akan berpanjangan, kelak akan membawa putus asa pada Tuhan. . . .”
Pheww, aku rasa aku
sweet sangat dengan epip masa tu. Haha. And, kemudian epip stop nangis. .
Dia pandang aku
dengan mata berkaca dia tu. .dengan hidung merah dia, ah perfectlah gaya orang
baru sudah menangis.
“syahiraaaaa. . . . .
. . . “
and aku rasa, aku dah hit punchline bila aku tengok dia senyum (:
Epip baik sangat
dengan aku, dia tak pernah biar aku buat silap lama-lama. Sebab tu aku sayang
dia dan kalau aku rindu dia, aku akan baca surat dia. Old school sangat. Haha. Epip
ni kawan yang sangat susah nak cakap dia sayang aku, tapi semua tindakan dia
obvious sangat yang dia sayang aku.
Dia penyayang, dan sangat
penyayang (:
. . .
Suzie. Masa farewell
kitorang, dia antara yang paling dasyat. Sebelum aku pergi lagi dia asyik mood
swing . Main main tiba-tiba dia nangis. Dia belanja aku spaghetti favourite aku
masa malam last kitorang pergi tutorial sama-sama. Lepas dia belanja, dia bad
mood. Dia langsung takde mood malam tu, dia nangis, balik bilik dia.
Najaa. Dia bestfriend
aku yang paling matang among kitorang 4 orang. Masa first aku nak keluar dari
matrik, dia orang pertama yang tahu. Dia menangis. Tapi, lepas tu dia okay. Dia
ni hati kering,haha. Susah sangat dia ni nak menangis. Aku selalu lepak bilik
dia, tengok korea sama-sama. Hobi kitorang sama, tengok korea. Tapi, dia ni
lagi dasyat. Dia punya gila korea tu sampai semua benda nak ala-ala korean
style.
Al-fatin. Princess. Dia
lawa, so tak hairan la dia ramai admire. Memang lawa pun, sangat. Lembut lagi. Tapi
actually dia ni jenis yang tak ignore orang. Dia akan datang bilik aku bila nak
pergi kelas, ataupun bila tak siap tutorial. Aku suka kacau dia tidur, sebab
dia ni pantang ada masalapang, mesti nak tidur.
Ain izzati. Sekarang kat
UMP, dah jadi ustazah :P dia paling rajin, paling berwibawa, atlet kat matrik
dulu. Kuat membebel, macam mak nenek, tapi hati dia tu mashaAllah baiknya tak
tahu nak cakap. Dia suka makan telur masak kicap, sampai aku pun terbawak
sekali habit tu sampai sekarang. Dialah orang yang tolong aku angkut barang dulu
masa nak pindah blok ke blok B ,tehee :3
Hakikatnya, mereka ni
sejarah dan kenangan yang takkan hilang. Sikap yang penyayang yang ada pada
mereka buat aku menangis kalau aku rindu.
Diorang sahabat-kawan-teman
yang sangat penyayang dan sangat cintakan aku.
. . .
dan dia, nama dia
ertinya
Yang penyayang.
aku jatuh sayang pada orang yang penyayang.
orang yang ikhlas menebar sayang, selalunya akan berjaya menjala hati-hati yang rapuh di dahan dunia.
sikap penyayang yang dipinjam Tuhan, selalu berjaya membuat manusia terpesona.
. . .
Aku tak pandai main
skateboard. Duduk atas skateboard lepastu kayuh pakai tangan aku rasa aku
bolehla kot. Aku bukan perenang hebat, setakat dua tiga minit bertahanlah aku,
lepastu sah sah terkapai-kapai. Tak reti berenang.
Dalam hidup aku, aku
tak harap pun aku akan pandai main skateboard. Cukup pandang dari jauh, pun dah
cukup buat aku senyum. Aku tak harap aku akan jadi terer berenang tiba-tiba,
sebab selagi ada pelampung inshaAllah aku takkan mengalah dengan badai.
. . .
“ we all know a lot
of people that are happy only when they are unhappy”
. . .
Usai solat maghrib,
aku bangkit mengambil quran biru . sehelai dua aku selak, membersihkan ruang
hati. Seharian menghadap dunia, risau andai esok tiada lagi untuk aku. Aku duduk
termenung, mengambil pilot merah kesayangan.
Puas aku termenung, aku ambil
sehelai kecil nota, menconteng entah apa sahaja yang terlintas di benak.
Azan isyak berlagu
dari surau al-hidayah. Aku angkat takbir memuji Tuhan. Usai memberi salam, elok
saja handphone aku berlagu rixtone-me and my broken heart.
-private number-
Aku menekan butang
hijau, memberi salam perlahan. Satu suara lembut menjawab salam di sebelah
sana.
“ syahira, ini aina. Isteri
kepada abang Aiman (bukan nama sebenar)
”
‘’oh, ya. Kenapa ya
akak telefon saya?”
Jantung aku berdegup
pantas.
Aku membahasakan akak
kerana aku tahu umur kami berbeza 7 tahun.
“ syahira, akak ada
anak kecil, 3 tahun usia dia. Baru nak belajar kenal porak peranda dunia, akak
cuma ada seorang suami. Dialah kesayangan akak dunia akhirat, cuma dia tiada
yang lain. Mohon syahira faham situasi akak”
Suara itu perlahan
menikam perasaan aku lembut, tajam dan menghiris. Air mata jatuh setitis
mengalir di pipi, aku seka dengan tangan kananku. Senyum.
“ Allah, akak. .saya
ini cuma manusia biasa, mana betah melihat insan lain sakit. Akak, saya takkan
sesekali ganggu kebahagian akak. inshaAllah, kasih sayang akak dan abang aiman
akan selamanya mekar. Saya masih muda akak, saya punya banyak cita-cita dalam
hidup. Akak jangan risau, mudah saja bagi saya hapuskan perasaan tu “
aku
senyum. Apa yang aku katakan itu benar lahir dari hati, aku ikhlas.
. . .
Dari jauh aku lihat
aiman senyum. Aku membalas senyuman dia, aku melambai anak kecil yang
dikendongnya, dan aku hadiahkan senyuman untuk kak aina.
. . .
Disisi aku kini yang
ada cuma satu pelampung, dan satu skateboard.
Aku tahu, aku mesti
hidup walau aku tak tahu berenang dan bermain skateboard.
Sebab hidup aku,
bukan cuma di dalam kolam dan lautan, tapi juga di dunia memijak rumput dan
tanah yang berdebu.
Meski aku tidak tahu
bermain skateboard, aku mesti juga berpijak di atasnya walaupun cuma sekali,
biar aku jatuh, lalu baru aku tersedar sakitnya main skateboard ni.
Itulah hidup, bila
sakit baru tersedar.
Kalau asyik dilempar
syiling mana mungkin aku nak buka mata, cuba sekali dibaling batu pasti terus
aku berpaling.
No comments:
Post a Comment