30-jun- 2017
Lama juga kita bersabar, berselisih faham, berdiam diri. Rupanya dalam segala macam perkara, ada sesuatu yang Tuhan sedang rencanakan. Allahu.
Tigapuluhenamduakosongtujuhbelas
Tarikh kita. Pertama kali engkau menjejakkan kaki ke teratak buruk aku. Pertama kali engkau bertemu darah dan dagingku. Debarnya bukan biasa biasa. Hingga terlupa aku akan pin di tudungku.
Jumaat kita. Engkau sudi menghulur janji. Pinangkan aku dengan ikhlas demi Lillah. Mahu sahaja aku menjerit mengatakan terima kasih. Tapi suara itu cuma bergema di hati. Terlalu segan bercampur syukur.
6 syawal kita. Cincin di jari tersarung molek. Menjadi tanda aku ini empunya orang. Tertutup sudah jalan insan lain. Selagi tali ini kita jaga, kita pelihara dengan penuh rindu, dengan izin Tuhan kekal lah ia hingga saat kita diijabkabul.
Semoga hubungan ini kita bina dengan Allah menjadi akarnya, agar nanti segarlah bunga dan daunannya dengan cinta yang tulus dan kasih yang ikhlas.
Aku kini bukan lagi anak kecil. Maka, harus bagimu menasihatiku dengan cara yang hikmah. Kerana sifatku sendiri ini maha kusut untuk difahami. Hingga aku sendiri terkadang tidak mengerti. Sayanglah aku berpada agar tidak terjejas cintamu pada Tuhan.
Cinta aku pada kamu, mungkin terlihat bisu tanpa lolongan dan pekikan. Tapi ketahuilah, cinta ini di antara tangga tangga aku untuk mencari redha Allah, maka engkau istimewa bagiku. Seperti istimewanya rencana yang sedang diatur Tuhan.
Semoga, kita selalu sabar. Dan tidak berhenti memanjat doa. Agar nanti, doa doa ini menjadi rantaian hingga ke langit sana❤️
Syahira.
2 julai 17
0206H
No comments:
Post a Comment